Resipi Kek Pisang Berangan



Kali terakhir buat kek pisang rasanya tujuh tahun lepas kot kalau ikut dari entri blog https://www.aziankhalil.com/2014/06/oh-anakku.html?m=1Lepas tu, macam tak pernah buat lagi dah kek pisang
Malas nak buat sebab takde sambutan

Kali ni buat sebab kat rumah ada pisang berangan..
Banyak pulak tu..
Pisang pisang ni diambil dari kebun kami,Suami yang tanam
Nak jual, tak rajin
Selalunya bagi kawan kawan dan saudara mara je

Untuk resepi kek pisang yang MY buat ni..
Sejujurnya.
MY cedok dari blog resipi Che Nom.
Hehehe..
Biazerrr..
Kita bukan blogger masak masak..
Mana nak tau resipi resipi ni semua..
Dalam majalah banyak sangat resipi kek pisang, tapi semua extraordinary punya resipi
MY nak yang simple dan basic aje..

Resipi Kek Pisang Bahan-bahan:-
4 biji pisang berangan - dilecek1/2 cawan gula perang1/2 cawan gula putih (MY kurangkan jadi suku cawan sebab MY ada diabetes mellitus)1 cawan minyak jagung4 biji telur1/2 camca garamSetengah penutup esen vanilaAyak ** 1 1/2 cawan tepung gandumAyak ** 1 camca kecil baking sodaAyak ** 1 camca kecil penuh membukit baking powder
Cara membuat kek pisang 
1. Mula mula sekali, ayak tepung + baking soda + baking powder dalam besen adunan kek 
2. Lepas tu, basuh telur dan lap kering. Pecahkan telur 1 biji dalam mangkuk kecil, kemudian masuk dalam blender.MY buat macam ni sebab kalaulah telur tu rosak, buang sebiji je... tak la membazir adunan atau telur yang lain


3. Sebelum mula memukul telur, MY panaskan dulu oven Noxxa. Kalau korang ada oven Europa, gunakan Oven Europa korang.  Set suhu dalam 170 darjah celcius. 
4. Lepas tu, masukkan gula dalam blender. Yer, pukul pakai blender je. Malas nak keluarkan mixer. Dalam resepi Che Nom pun pakai blender juga
Putar gula dan telur sehingga sedikit kembang

5. Sambil telur dan gula berputar dalam blender, lecek pisang dalam mangkuk lain

6. Bila gula dan telur tu dah kembang, masukkan esen vanila, pisang lecek dan minyak jagung. Kalau kat rumah takde minyak jagung, belasah je pakai minyak sawit atau cairkan marjerin mak yang dah setahun beku dalam peti ais tu

7. sambungkan semula putaran blender sehingga sebati kesemua bahan bahan. Dalam 2 minit gitu la.

8. Tuangkan bahan yang telah diblend ke dalam mangkuk berisi tepung yang telah diayak
9. Kacau dengan cara kaup balik sehingga semua tepung rata dan tidak berketul ketul

10. Masukkan dalam tin pembakar. Pemalas macam MY beli tin pakai buang aje, kalau kat rumah ada tin pembakar saiz 8 inci x 8 inci memang ngamlah. Kalau pakai tin pembakar tu, alas dulu pakai kertas minyak. Kalau pakai yang aluminium ni, takyah alas. Kek habis,lempar ke masuk tong sampah
11. Setkan suhu pembakaran 160 °C dan masa pembakaran pula setkan 45 minit





Alhamdulillah..
Menjadi cantik kek pisang MY kali ni
Berkali kali suami MY memuji
Katanya, lepas ni kalau tebang tandan pisang,Boleh la buat lagi kek ni
Bagi staf, bagi orang tu, bagi orang ni,bawa balik kampung
Tak malu la nak bagi orang kalau macam ni hasilnya
Rupa ada...rasa ada..
Perghh... masa ni.
MY dan kek pisang dah sama kembang dah rasanya kena pujiKahkahkah... 



 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2022/06/resipi-kek-pisang-berangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pisang Goreng Salut Gula Resipi Ibunda Hidang Dengan Teh O Memang Sedap

Pisang Goreng Salut Gula Resipi Ibunda Hidang Dengan Teh O Memang Sedap

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 194 hits
Pisang Goreng Salut Gula adalah sajian tradisi yang diwarisi dari orang orang lama Menu mereka kebanyakannya sangat ringkas sahaja namun sangat enak dan membuka selera Saudari Cahaya Aynee ada kongsikan resipi Pisang Goreng yang diwarisi da...
Resipi Pulut Inti Yang Sedap Berlemak Wangi

Resipi Pulut Inti Yang Sedap Berlemak Wangi

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 181 hits
Pulut Inti antara kuih lama lama yang mungkin kurang diminati oleh golongan muda Kalau nak beli agak sukar nak dapat rasa yang betul betul dengan tekak Kesudahannya jika hendak puas makan kenalah buat sendiri Jangan bimbang Tak susah mana p...
Dapur Fiezasani Resipi Ikan Bawal Masam Manis

Dapur Fiezasani Resipi Ikan Bawal Masam Manis

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 221 hits
Dapur FiezaSani beraksi dari dapur mak k fiezz hehe Duk kat rumah mak pun ingat boleh goyang kaki Memang idak lah Mak k fiezz dah beli stok bahan mentah suruh k fiezz yang masak sebab mak tak tahu nak masak apa Check it out dalam peti ais a...
Resipi Mudah Anti Gagal Cara Buat Brownies Biscoff

Resipi Mudah Anti Gagal Cara Buat Brownies Biscoff

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 232 hits
Biasa kan kita tengok bila orang buat brownies mesti muncul masalah itu ini Sama ada tak jadi kedut kedut ataupun brownies menjadi bantat Nah untuk makan petang yang istimewa pada hari yang syahdu ini kita persembahkan resipi brownies darip...
Pelbagai Resipi Sihat Menggunakan U S Potatoes Sempena Hari Pemakanan Sedunia 28 Mei

Pelbagai Resipi Sihat Menggunakan U S Potatoes Sempena Hari Pemakanan Sedunia 28 Mei

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 194 hits
Pada 28 Mei US Potatoes meraikan Hari Pemakanan Sedunia yang bertemakan A World Of Flavours bersama 20 orang personaliti berpengaruh di media sosial dengan menyediakan pelbagai sajian yang lazat dan menyelerakan menggunakan US Potatoes seba...
Wanita Ini Kongsi Resipi Bihun Goreng Tomyam Yang Dia Buat Niaga Boleh Cuba Buat

Wanita Ini Kongsi Resipi Bihun Goreng Tomyam Yang Dia Buat Niaga Boleh Cuba Buat

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 214 hits
Bihun Goreng Tomyam memang sedap kalau dibuat menu untuk sarapan Makan pula panas panas terbaiklah Kalau ada yang bercadang hendak hidang pada kawan kawan di pejabat bolehlah cuba resipi Bihun Goreng Tomyam seperti yang dikongsikan oleh Res...
Resipi Pais Tempoyak Ikan Talapia Paling Senang Sedap

Resipi Pais Tempoyak Ikan Talapia Paling Senang Sedap

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 183 hits
Bagi penggemar hidangan Pais Ikan boleh cuba resipi perkongsian saudari Umiehanie Aziz ni Sangat ringkas namun membuka selera Sesuai bagi anda yang tak punya banyak masa di dapur Nak masaknya pun mudah Boleh bakar guna kuali je Guna pun ika...
Resipi Simple Ikan Kembung Masak Stim Campak Campak Terus Siap

Resipi Simple Ikan Kembung Masak Stim Campak Campak Terus Siap

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 218 hits
Ikan kembung selain digoreng dimasak kari palin sesuai untuk masak stim Jika anda sudah jemu dengan masakan yang bersantan dan bergoreng apa kata anda cuba resipi Ikan Kembung Masak Stim ini Bahan bahannya pun ringkas sahaja dan cara penyed...
Resipi Nasi Air Kelantan

Resipi Nasi Air Kelantan

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 289 hits
Resipi Nasi Air Kelantan Assalamualaikum salam sejahtera Sebenarnya nasi air kelantan ni salah satu makanan yang Murni selalu beli bila balik dari kelas masa belajar di UUM dulu Murni rindu dan teringin sangat nak makan nasi air Kelantan gi...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti