Resipi Kek Pandan Gula Melaka Kurang Manis Tapi Sedap Tak Sampai Sehari Dah Licin


Anak-anak pastinya orang yang cukup terpukau saat dihidangkan dengan kek, apa lagi dengan warna yang cantik. Kek pandan gula melaka kurang manis ini pilihan tepat buat anak. Kurang manis tapi sedap.
Resipi Kek Pandan Gula Melaka dengan buttercream padu ini dikongsikan oleh Ariana Rose Ahmad. Menariknya, langkah demi langkah turut dikongsikan secara terperinci agar anda yang baru hendak mencuba tidak tersilap langkah. Jadi jangan bimbang, pasti menjadi!

Hari ni Ariana nak share resepi Kek Pandan Gula Melaka. Kek ni tak terlampau manis dan bila dah makan sedap.
Resepi Kek Pandan Gula Melaka
Bahan Kek
5 biji telur gred B
3/4 cawan @ 135g gula halus
2 cawan @ 220g tepung gandum
1 sudu besar ovallete
1sk cream off tartar
1sk soda bikarbonat
1sk baking powder
1sk emulco pandan coconut
2sk pewarna hijau apple
5 sudu besar minyak masak
Bahan Syrup gula melaka:
2 keping kecil @ 90g nisan atau gula melaka
2 helai daun pandan
1/2 cawan @ 100ml air
1 sudu besar tepung jagung
Bahan Buttercream:
300g butter (sejukkan dalam peti ais 20 minit)
5 biji telur putih sahaja (gred B)
90g gula kastor
1sk esen vanila
2 sudu besar syrup gula melaka

Untuk buat kek, mula-mula masukkan telur, gula, ovallete, pewarna hijau dan emulco pandan. Mix hingga sebati dan bertukar warna hijau cerah sedikit tapi masih cair.

Lepas tu masukkan dan ayak tepung gandum, soda bikarbonat, cream off tartar & baking powder. Mix lagi hingga sebati sahaja. Tak perlu mix lama.
Bila dah sebati masukkan pula minyak masak. Warna nmpak terang sebab cahaya. Kacau laju dengan menggunakan spatula sahaja.
Ambil loyang 8 inci dan lapik dengan baking paper. Tuang kesemua adunan. Hentak-hentak loyang supaya takda angin dalam adunan.

Panaskan oven dan bakar dengn suhu 160°c selama 30 minit (api atas bawah) tapi bergantung pada oven masing-masing juga.
Cara buat syrap gula melaka
Sementara tunggu kek masak, buat syrup gula melaka pula. Masukkan gula melaka @ nisan bersama air dan daun pandan. Masak hingga hingga cair. Jika guna nisan@ gula melaka yang kurang manis boleh tambah sedikit nisan @ gula melaka.

Bila dah cair masukkan tepung jagung supaya syrup ni lagi pekat. Kacau sebati. 
Bila dah masak tapis dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk lagi pekat.

Tanggalkan baking paper dan Lepas 10- 15 minit baru terbalikkan semula pada kedudukan asal. Biarkan kek sejuk dulu.
Cara buat buttercream
Untuk buat buttercream, telur putih dan gula kastor ni kena pukul hingga gula cair dengan cara double boil.

Bahagian ni kena betul-betul teliti. Suhu air mesti tidak melebihi 60°c. Jika air kat bawah tu terlampau panas, telur akan masak. Cara lebih mudah , sentuh sikit dengan jari (hati-hati), jika air tak panas sangat, boleh pukul laju-laju hingga gula hancur. Gula dah hancur terus stop.
Lepas tu, letak dalam bekas dan mix hingga jadi merigue atau bahasa lebih mudah, adunan tu jadi warna putih dan bila di terbalikkan adunan tak jatuh.

Sampai jadi macam ni.
Masukkan pula butter sikit demi sedikit. Mix hingga jadi licin. Jika nampak macam berketul, teruskan mix hingga lah licin. Bila dah licin masukkan pula esen vanila dan syrup gula melaka.

Mix hingga sebati. Bila dah siap sejukkan sekejap dalam peti ais selama 10-15 minit bagi buttercream tak mudah cair. Jika lepas keluarkan buttercream dan nampak ada wap dari syrup gula melaka, mix je sekejap bagi sebati.

Lepas tu potong kek kepada 2 bahagian. Bahagian atas pun potong sikit supaya permukaan sekata dan tiada benjolan. Letak syrup gula melaka dan rata kan. Nak letak semua keliling kek pun boleh.
Letak pulak buttercream. Ratakan hingga licin. Ambil kek bahagian atas dan letak kat atas buttercream.

Tuang atau sapu sekali lagi syrup gula melaka atas kek dan barulah letak pula buttercream. Untuk lebih kemas, potong nipis bahagian tepi. Kalau taknak potong dan nak sapu buttercream pun boleh.
Potong pada 16 bahagian atau ikut size yang kita nak. Buat pula bunga menggunakan buttercream. Nak guna acuan macam mana pun boleh je. Titis pula syrup gula melaka dan letak daun pandan.

Siap!
Tips : Kek kekal lembut
Kalau nak simpan dalam peti ais, letak dalam bekas tertutup. Lembutnya macam baru siap bakar. Kalau nak simpan macam tu pun boleh tapi pastikan tak bercampur dengan benda yang berbau.
Tips : Untuk buttercream, kalau lepas dah masukkan butter dan lepas dah mix adunan jadi cair, masukkan dalam peti ais selama 20 minit. Lepas dah keluarkan dari peti ais, terus mix hingga jadi licin.
Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Resipi Kek Pandan Gula Melaka, Kurang Manis Tapi Sedap, Tak Sampai Sehari Dah Licin! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/resipi-kek-pandan-gula-melaka-kurang-manis-tapi-sedap-tak-sampai-sehari-dah-licin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Bihun Goreng Cili Padi Paling Mantul Pedas Tapi Sedap

Resipi Bihun Goreng Cili Padi Paling Mantul Pedas Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 387 hits
Bihun Goreng Cili Padi perkongsian saudari Har Ryea ni nampak sangat sedap Sesuai dicuba oleh anda yang sukakan hidangan yang pedas Rencahnya boleh dipelbagaikan mengikut bahan yang ada dalam peti sejuk dan juga ikut selera masing masing Jo...
Memang Sedap Resipi Bengkang Tepung Beras Gula Merah

Memang Sedap Resipi Bengkang Tepung Beras Gula Merah

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 303 hits
Bagi penggemar hidangan kuih muih tradisional pastinya menyukai rasa Bengkang Tepung Beras Gula Merah Sangat sedap Rasanya yang lemak manis memang buat tak puas makan Nak cuba buat sendiri Saudara Shah Shatry ada kongsikan resipinya Jom lih...
Resipi Ayam Goreng Sedap Tak Guna Minyak Pun Tapi Tetap Moist Garing

Resipi Ayam Goreng Sedap Tak Guna Minyak Pun Tapi Tetap Moist Garing

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 164 hits
Disaat semua berusaha menjimatkan minyak masak yang ada resipi memasak menggunakan Air Fryer sememangnya diperlukan Resipi ayam goreng tanpa minyak ini anda kena cuba Bukan saja tak perlukan minyak tetapi dengan penambahan tertentu buat aya...
Resipi Kek Buah Versi Bakar Mudah Sedap Lebih Cepat Masak

Resipi Kek Buah Versi Bakar Mudah Sedap Lebih Cepat Masak

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 263 hits
Bagi penggemar Kek Buah resipi perkongsian saudari Hadiyana Che Halim ni boleh anda cuba Resipinya cukup mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak Kek Buah Kukus memerlukan masa yang panjang untuk masak Jika anda tidak punya m...
Resipi Sweet Sour Chicken Mudah Sedap Tanpa Guna Sos Segera

Resipi Sweet Sour Chicken Mudah Sedap Tanpa Guna Sos Segera

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 212 hits
Sedapnya Sweet Sour Chicken Chinese Style Ayam Masam Manis stail cina perkongsian saudari Helna Nadira ni Lauk yang satu ini pastinya menjadi kegemaran anak anak dek kerana rasanya yang tidak pedas Para ibu juga pasti suka kerana cara masak...
Resipi Mudah Sedap Pasta Pesto Merah Untuk Anak Anak

Resipi Mudah Sedap Pasta Pesto Merah Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 222 hits
Kalau anda biasa masak spaghetti Bolognese apa kata kali ini cuba resipi Pasta Pesto Merah yang sangat sedap dan mudah Resipi yang dikongsi Kamarul Ariffin Nor Sadan ini sangat sesuai untuk dihidangkan buat anak anak di rumah bagi mengganti...
Resipi Butter Chicken Sedap Masak Macam Ni Memang Tak Muak

Resipi Butter Chicken Sedap Masak Macam Ni Memang Tak Muak

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 226 hits
Butter Chicken atau Ayam Mentega sememangnya jadi kegemaran ramai terutamanya anak anak Rasanya yang lemak masin memang enak dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja Bagi anda yang anak anak kurang gemar makan isi ayam boleh cuba mas...
Sedap Pedas 5 Resipi Kuih Talam Yang Wajib Dicuba

Sedap Pedas 5 Resipi Kuih Talam Yang Wajib Dicuba

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 218 hits
Kuih talam memang menjadi kegemaran terutamanya untuk dihidangkan dalam majlis majlis keraian Rasanya yang manis mudah menambat selera sesiapa sahaja Jom cuba masak sendiri kuih talam tapi dalam versi pedas untuk menu hidangan makan petang ...
Resipi Perapan Sate Ayam Yang Sedap Juicy Memang Puas Makan

Resipi Perapan Sate Ayam Yang Sedap Juicy Memang Puas Makan

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 215 hits
Sate Ayam ni merupakan salah satu hidangan yang jadi kegemaran ramai Jika keluarga besar dan ramai sangat berbaloi andai dihasilkan sendiri Risau hasilnya tak sedap Jangan khuatir boleh cuba resipi perkongsian Kiran Kiran ni Sangat mudah da...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord