Resipi Chic Kut Teh Halal Dan Berkhasiat


Credit: Gerald Lee Chic Kut Teh; bukti kemajmukan rakyat Malaysia.
Malaysia sememangnya sebuah negara yang cukup bertuah dan istimewa kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa. Oleh itu, tidak menghairankan juga bahawa sajian-sajian di negara ini, walaupun berasal dari satu bangsa, mula diubah suai dan diadaptasi oleh bangsa-bangsa lain agar dapat dinikmati bersama.
Salah satu hidangan yang mendapat perubahan atau adaptasi ialah hidangan sup herba Chic Kut Teh. Chic Kut Teh merupakan variasi yang dicipta khas untuk masyarakat Melayu kerana resipi asal sajian ini disediakan menggunakan daging khinzir iaitu daging haram dimakan oleh masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Indahnya toleransi masyarakat Malaysia!
Jika anda sentiasa tertanya-tanya atau terfikir bagaimana rasanya Chic Kut Teh ini, anda tidak perlu berasa khuatir, was-was mahupun takut untuk mencuba resepi ini kerana Chic Kut Teh disediakan menggunakan ayam. Bahan yang memberikan perisa klasik Chic Kut Teh itu ialah campuran herba yang digunakan. Campuran herba ini sebenarnya tidak menggunakan sebarang bahan yang diharam makan oleh masyarakat Melayu beragama Islam. Bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan campuran herba ini terdiri daripada herba Cina seperti beri goji, herba dong gui dan cendawan cina.
Terdapat campuran herba Chic Kut Teh halal yang boleh didapati di pasaran tetapi jika anda berasa ragu-ragu, anda boleh dapatkan herba-herba yang diperlukan di kedai ubat Cina.
Khasiat Chic Kut Teh Chic Kut Teh merupakan sup herba yang diminum untuk tujuan kesihatan. Khasiat-khasiat setiap herba yang digunakan terserap dalam sup Chic Kut Teh melalui proses renehan yang lama. Fungsi kesihatan utama Chic Kut Teh adalah untuk memanaskan badan, mengurangkan sakit akibat artritis dan mengubati resdung. Malangnya, pandangan bahawa sup herba ini yang lazimnya disediakan menggunakan daging khinzir telah membuatkan ramai dalam kalangan masyarakat Melayu berasa takut untuk mencuba resepi ini kerana keliru antara nama ‘Chic Kut Teh’ dan ‘Bak Kut Teh’.
Namun begitu, jika anda ingin mencuba, anda boleh menggunakan resepi ini sebagai panduan.
Bahan-Bahan:
a) Sup Chic Kut Teh
8 cawan air2 paket herba Bak Kut Teh, dibungkus siap400g paha ayam, potong menjadi beberapa ketulan 6 keping cendawan shiitake kering, direndam dan dibelah dua6 cendawan butang perang segar dicuci dan dibelah dua2 paket cendawan padi1 cawan tauhu pok, dibelah dua1/2 cawan beri goji4 labu bawang putih b) Bahan Perasa
4 sudu besar kicap 2 sudu teh kicap pekat2 sudu besar sos tiram6 cubit lada sulah1 ketulan kecil gula batuGaram secukup rasa c) Sos Cicah
6  tangkai cili padi merah atau hijau, dihiris2 sudu besar bawang putih cincang2 sudu besar kicap 2 sudu besar kicap manis d) Bahan Hiasan
1 sudu besar bawang goreng1 batang daun bawang, dihiris1/2 sudu besar daun ketumbar Cakoi Cara-Cara:
Isi periuk yang besar dengan air, bawang putih, herba chic kut teh, ketulan ayam, cendawan kering kecuali cendawan padi dan biar mendidih atas api sederhana besar. Apabila sup mula mendidih, kecilkan api dan biar sup mereneh selama 40 minit. Masukkan semua bahan perasa dan teruskan mereneh sup selama 10 minit. Sementara menunggu sup siap di masak, sediakan sos ciciahan dengan mencampur semua bahan sos bersama. Masukkan cendawan padi, tauhu pok dan beri goji ke dalam sup dan biar sup mereneh selama 5 minit saja. Hal ini demikian kerana kita mahu cendawan masih kenyal.Padamkan api. Hidangkan Chic Kut Teh dengan nasi putih, bahan hiasan, sos cicahan dan cakoi. Diyakini Halal Saya berharap perkongsian kali ini sedikit sebanyak membuka mata anda tentang perbezaan Chic Kut Teh dan Bak Kut Teh di samping menghilangkan kekeliruan dan ketakutan anda untuk mencuba sajian Chic Kut Teh ini. Jika anda apa-apa soalan, jangan segan-segan untuk bertanya kepada saya. Mudah-mudahan saya dapat membantu, khususnya dalam mencari campuran herba yang halal untuk anda.
Jangan lupa untuk kongsi dengan saya masakan Nyonya kegemaran anda dan jika anda ada permintaan masakan yang anda ingin saya dan Butterkicap kongsikan.Kalau ada permintaannya, jangan lupa untuk mengikuti Butterkicap dan saya di laman Instagram. Senang untuk kami penuhi permintaan anda itu!
The post Resipi Chic Kut Teh Halal dan Berkhasiat appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/food-journeys/resipi-chic-kut-teh-halal-dan-berkhasiat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chic Kut Teh The Asian Chicken Soup Your Soul Needs

Chic Kut Teh The Asian Chicken Soup Your Soul Needs

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 391 hits
Credit Gerald Lee Chic Kut Teh is not just your average chicken soup It s the remedy that your soul needs now Being at home lately has made me a little nostalgic and I decided to take out the old dusty book of recipes that I used to write d...
15 Chic Diy Vintage Decor Ideas You Might Want To Craft

15 Chic Diy Vintage Decor Ideas You Might Want To Craft

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 402 hits
You know us we are huge fans of everything that has to do with home decor which means that naturally we appreciate all of the available decor styles But when it comes to rustic or The post appeared first on
10 Wonderful Shabby Chic Balcony Designs You Will Adore

10 Wonderful Shabby Chic Balcony Designs You Will Adore

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 332 hits
The balcony is an everyday escape that can really bring a much needed breath of fresh air after a long day at work or a busy day at home But there are so many balcony The post appeared first on
Tudia Gaji Besar Namun Tak Tenang Akhirnya Lelaki Ini Berhenti Kerja Sebagai Jurutera Untuk Jadi Penjual Teh

Tudia Gaji Besar Namun Tak Tenang Akhirnya Lelaki Ini Berhenti Kerja Sebagai Jurutera Untuk Jadi Penjual Teh

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 575 hits
Gaji besar namun tak tenang akhirnya lelaki ini berhenti kerja sebagai jurutera untuk jadi penjual tehGambar gerai lelaki ini yang ditampal nota mengenai kisah penghijrahan kerjayanya menjadi viral selepas dimuat naik di Twitter oleh seoran...
Bandar Narkoba Kirim 8 4 Kg Sabu Dari Malaysia Dibungkus Kemasan Teh Herbal

Bandar Narkoba Kirim 8 4 Kg Sabu Dari Malaysia Dibungkus Kemasan Teh Herbal

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 236 hits
Atas kasus ini ketiga tersangka pun dijerat dengan pasal 114 dan pasal 112 UU tentang narkoba dengan ancaman hukuman 15 tahun penjara
Resipi Lepat Pisang Klasik Kuih Warisan Tok Nenek Dulu Dulu

Resipi Lepat Pisang Klasik Kuih Warisan Tok Nenek Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 1370 hits
Sedapnya kalau dapat makan Lepat Pisang panas panas Lemak manis cukup rasa Menerusi hantaran di grup masakan di laman sosial saudari Shai Anne Ahemed kongsikan resipi Lepat Pisang terbaik yang boleh dicuba Kuih tradisional ni mudah je nak b...
Daging Bawang Putih Resipi Dari Bangkok Yang Sangat Sedap Mudah

Daging Bawang Putih Resipi Dari Bangkok Yang Sangat Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 351 hits
Sajian Daging Bawang Putih ni nampak sangat sedap dan menyelerakan Menurut empunya resipi Myra Chaqkey resipi ni diwarisi dari neneknya yang berasal dari Bangkok Thailand Cukup sekadar lauk ni dan nasi pun dah mampu membuatkan kita makan be...
Resipi Daging Masak Black Pepper Confirm Sedap

Resipi Daging Masak Black Pepper Confirm Sedap

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 839 hits
Sedapnya kalau dapat makan Daging Black Pepper dengan nasi panas panas Satu lauk tu sahaja dah cukup untuk memuaskan rasa Menerusi hantaran di grup masakan di laman sosial saudari CT Nazura kongsikan resipi Daging Masak Black Pepper terbaik...
Resipi Buah Melaka Mudah Dan Simple

Resipi Buah Melaka Mudah Dan Simple

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 292 hits
Percubaan buat kuih buah melaka ataun nama lain dia onde onde K fiezz jarang panggil onde onde Selalu k fiezz sebut nama dia buah melaka Senang Orang pun dah tahu buah melaka Kang sebut onde onde ada yang tanya balik Jenuh pula nak terangka...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa