Resipi Biskut Soft Chocolate Chip Cookie Bites Yang Simple
Resipi Biskut Soft Chocolate Chip Cookie Bites Yang Simple | hujung minggu hari tu. Kita cuba resipi baru. Yang pasti nya, resipi simple dan senang sangat nak buat. Bahan-bahan pon mudah saja. Resipi ni dah lama juga perap. Tapi macam biasa lah, bila nak mem baking ni kena tunggu mood tu datang. Kalau tak datang mood tu memang tak menjadi lah even bahan-bahan semua dah ada. Macam haritu.. Tiba-tiba teringin nak buat kek batik. Bahan-bahan semua dah beli. End up… Mood tu tak ada. Jadinya… Biskut marie tu jadi kudapan anak-anak saja lah. Next time lah kita buat. Tak boleh jadi bakers kalau nak mem baking ni ikut mood kan… Hahaha…
Ok… Back to the title, sekarang kan musim hujan ditambah dengan cuaca yang sejuk. Bila cuaca sejuk tu, faham-faham lah kan. Bukan sedap je membuta. Malah sedap juga makan sebab perut kau asyik lapar saja minta di isi. Tambahan ada 4 mulut yang boleh tahan kuat makan. Memandang kan anak-anak pon asyik request kek je. Nak kek batik lah.. nak kek coklat lah. Maka ibu yang mithali pon turutkan lah kehendak anak-anak sebab ibu dia ni pon teringin nak makan kek. Jadinya… Tu yang beleik balik resipi dan jumpa Resipi Biskut Soft Chocolate Chip Cookie Bites Yang Simple ni. Mari lah kita buat kudap-kudapan di musim sejuk ni. Resipi seperti dibawah ye:
SOFT CHOCOLATE CHIP COOKIE BITES⠀#ResipiDanishHarraz⠀
BAHAN-BAHAN NYA
2 cawan + 3 sudu besar Tepung Gandum⠀3/4 dari 1 buku Salted Butter, dicairkan, biarkan sedikit sejuk1 biji Telur Gred A dan 1 Biji lagi diambil kuningnya sahaja (Saya pakai Gred B je)1/2 cawan Brown Sugar1/4 cawan Gula Putih½ suduteh Baking Soda½ suduteh Garam Halus2 suduteh Vanilla Extract⠀1½ cawan Dark Chocolate Chips dan sedikit untuk topping. Boleh guna apa saja choc chips1/2 cawan Kekacang atau apa saja yang disukai, dicincang sedikit halus supaya cookie tidak pecah bila dipotong (optional)⠀
CARA-CARA MEMBUAT NYA
Campurkan tepung gandum, baking soda dan garam halus ke dalam bekasButter yang dah cair tadi di campur kan bersama gula putih, brown sugar dan kacau rata hingga sebatiMasukkan sebiji telur, sebiji kuning telur, vanilla extract dan gaul sekataMasukkan tepung dah kaup balik hingga semua bahan rata sekata dan sebati. Jangan over mix tauCampurkan kekacang, chocolate chip, dried cranberries dan kaup balik bahan hingga sebatiTuang adunan ke dalam baking tray yang sudah di alas dengan parchment paper dan bakar
TAMBAHAN DAN TIPSRupa sebelum di bakar
Guna tray saiz 9x13 dialas dengan parchment paper. Elak kan dari guna baking tray lebih kecil, nanti cookie jadi tebal. Bakar Cookie dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 35-40 minit bergantung pada jenis oven dan gunakan rak tengah. Bakar hingga sedikit keperangan dan sedikit firm dibahagian tengah dan bahagian tepi cookie start merekah dari bahagian tepi baking tray. Faham tak ☺⠀
Nikmat bila makan panas-panas ☺
1st time try resipi ni. Tak susah pon nak buat. Yang susahnya bila anak-anak nak tolong sama. Kecoh lah dibuatnya sebab diorang tolong makan choc chip dengan adunan tu. Sedap katanya.. ppffttt… Resipi ni lebih kurang kurang resipi congo/blondies bar juga. Tapi beza congo/blondies bar, rasanya lebih kepada rasa kek. Tapi rasa Biskut Soft Chocolate Chip Cookie Bites lebih kepada rasa cookie. Nampak macam cake tapi rasa nya macam biskut. Memang sedap. Raya nanti boleh lah buat biskut ni. Sesuai juga dibuat kudap kudapan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fizarahman.com/2019/10/resipi-biskut-soft-chocolate-chip-cookie-bites-yang-simple.html