Resipi Biskut Florentine
Biskut Florentine (Crunchy Caramel Almond Cookies) bukan sahaja sedap tapi ianya juga cukup mudah dan hanya memakan masa yang singkat untuk di buat. Biskut florentine ni hanya memerlukan beberapa jenis kekacang dan juga tepung florenta untuk membuatnya. Jadi, kat sini saya nak kongsikan Resepi dan Tips Mudah untuk buat Biskut Florentine untuk korang cuba. Kalau nak beli yang dah siap kat luar, harganya agak mahal. Jadi lebih mudah dan jimat kalau kita buat sendiri
Bahan-bahan
500g serbuk florenta500g almond slice200g kuaci hijau100g kuaci putih20g bijan putih20g bijan hitam60 keping paper cup muffin cupcake yang mana dalamnya ada lapisan plastik “size L”
Step Memasak
Bakar almond slice dalam dulang pembakar, ratakan. Bakar pada suhu 160°C selama 5minit.Kemudian bakar kuaci hijau & putih (campurkan dan ratakan dalam dulang selama 5minit)Kemudian ulang proses yang sama dengan membakar Bijan hitam & putih.Sejukkan kesemua bahan yang dibakar dan campur semua dalam satu bekas bersama serbuk florenta. (pastikan bahan yang dibakar benar-benar sejuk)Gaul kesemua bahan yang dicampur tadi sehingga sama rata.Sudukan bahan tadi dengan menggunakan sudu besar ke dalam cup dan ratakan. (tak nipis n tak terlalu tebal).Susun di dalam dulang pembakar dan bakar selama 15 minit pada suhu 160°C. Biar sejuk dulu baru tekan bawah cup tu untuk keluarkan biskut dengan mudah dari cup tersebut. Cup bole guna semula untuk pusingan seterusnya.Simpan dalam bekas kedap udara.Tip TambahanGunakan cup muffin cupcake yang tebal, bersaiz L dan mempunyai lapisan plastik supaya mudah untuk kita keluarkan biskut selepas dibakar. Selesai semua boleh simpan dan guna cup tu buat cupcake pula. Semua oven tak sama! Jadi untuk pembakaran yang pertama tu rajin-rajinlah tengok bila dah nampak sudah kekuningan, terus boleh keluarkan dari oven.
Sumber Gambar : www.bellajamal.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2020/04/resipi-biskut-florentine.html