Resipi Ayam Gepuk
Nasi ayam gepuk semakin terkenal di Malaysia.
Perkataan “gepuk” diambil daripada istilah penjual ayam goreng iaitu
Ayam Gepuk Pak Gembus.
Asalnya gepuk ini adalah makanan khas masyarakat
Sunda di Indonesia. Makanan itu terdiri daripada daging lembu yang diperap
dengan rempah-rempah yang manis yang ditumbuk.
Maksudnya, nasi ayam gepuk mengubah
penggunaan asal daging kepada ayam.
Resipi nasi ayam gepuk.
- Masa penyediaan: 50-55 minit
- Masa
memasak: 30 minit
- Jumlah hidangan: Setengah ekor ayam / 4 orang
makan
Bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk ayam gepuk:
- ½ ekor ayam
- 4 ulas bawang merah kecil
- 1 ketul kunyit hidup
- 3 ulas bawang putih
- 1½ sudu besar biji ketumbar
- Sedikit air (untuk kisar)
- Sedikit garam
- 2 keping daun bay
- Sedikit air
Bahan-bahan untuk sambal gesek:
- 12-15 tangkai cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 2-3 sudu besar kacang tanah
- 2 sudu kecil gula
- Sedikit garam
- Serbuk perasa (optional)
- Minyak panas gorengan
Bahan-bahan sampingan untuk goreng:
- Lebihan perapan ayam gepuk
- 1 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 4 ketul tauhu
- 2 keping tempe
- Minyak masak
Bahan-bahan lain:
- Sayur kobis
- Tauhu
- Timun
- Limau kasturi
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk ayam gepuk:
- Kisar halus bawang merah kecil, kunyit
hidup, bawang putih, biji ketumbar bersama sedikit air.
- Gaul ayam yang telah dikelar dengan sedikit
garam dan bahan kisar halus lalu perap seketika atau semalaman.
- Selepas diperap, rebus ayam dengan
sedikit air lalu masukkan daun bay. Rebus sehingga empuk dan masak.
- Angkat dan tos ayam rebus.
- Goreng ayam sekejap sehingga keperangan
dan cukup sekadar garing dibahagian luar ayam.
- Tumbuk ayam sampai hancur didalam bekas
tumbukan sambal gesek.
Cara-cara untuk sambal gesek:
- Goreng kacang tanah lalu angkat dan
toskan minyak
- Goreng pula cili padi dan bawang putih
sekejap dalam anggaran masa 3-4 minit sehingga layu.
- Tumbuk halus kacang tanah bersama gula
dan keluarkan.
- Tumbuk halus pula gorengan cili padi dan
bawang putih serta sedikit garam dan serbuk perasa (pilihan).
- Masukkan minyak gorengan panas berserta
pes kacang tanah ke dalam sambal.
- Tambah perahan jus limau nipis jika mahu.
Cara-cara sampingan untuk goreng:
- Potong tauhu dan tempe.
- Masukkan tepung gandum dan tepung beras
kedalam lebihan air rebusan sebagai salutan adunan
- Perap seketika tauhu dan tempe.
- Goreng potongan kobis sehingga agak
perang (pilihan).
- Goreng perapan tauhu dan celupan tempe
sehingga keperangan dan garing.
Cara-cara sampingan untuk hidang:
- Hidangkan bersama nasi putih, ayam gepuk,
sedikit sambal diatas ayam bersama tauhu tempe, limau kasturi, timun dan sayur
kobis
- Kemudian, ayam gepuk siap untuk dihidang
dan dijamu selera.
Tip:
- Jika tiada kunyit hidup, boleh saja
digantikan dengan kunyit serbuk.
- Patahkan cili padi bagi mengelakkan cili
meletup ketika digoreng.
- Bagi menumbuk bahan-bahan untuk sambal,
boleh saja gunakan samada lesung batu ataupun batu gesek.
- Jika tiada tepung beras, boleh saja
digantikan dengan tepung jagung.
- Adunan bagi salutan tauhu dan tempe
mestilah jangan terlalu cair dan terlalu pekat.
Kredit: Che Nom
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sambungtitik.blogspot.com/2024/11/dew.html