Resipi Agar Agar Milo Oreo
Resipi Agar-agar Milo Oreo. Hari cuti mulalah cari stok apa yang ada kat rumah. Kadang-kadang ada ja saki baki bahan baking dan masakan yang disimpan dalam bekas-bekas berasingan. Hari cutilah mula kemas sana sini sikit-sikit. Akak jumpa bahan yang cukup untuk buat Agar-agar Milo Oreo.
Pertama kali buat, okey la kejadiannya. Warna milo jadi gelap sebab tambahkan serbuk koko
Bahan-bahannya akak ubah sikit-sikit mengikut apa yang ada.
1 tin susu cair
10gm serbuk agar-agar clear (kalau ada yang bertali tu pun boleh aje guna, ambil separuh atau kurang)4 cawan airsetengah cawan gula pasir1 cawan serbuk Milo, tapi yang ni akak guna serbuk vico sebab dah lama tak beli miloboleh juga guna 3/4 serbuk milo dan 1/4 serbuk koko1 paket oreo - jangan buang krimnyaKalau tak letak biskut oreo pun boleh. Boleh cuba guna biskut coklat yang lain atau tak perlu letakkan biskut tapi korang tak bolehlah guna nama agar-agar milo oreo
Cara penyediaannya:
Mula-mula sukat 4 cawan air dan panaskan. Masukkan serbuk agar-agar, kacaulah sampai larut. Kemudian, masukkan gula pasir dan kacau sampai larut dan sedikit mendidih. Bila dan agak mendidih, korang masukkan susu cair. Kacau sampai mendidih
Bila dah mendidih tu, korang asingkan 2 atau 2 cawan setengah bancuhan tadi ke dalam periuk lain. Baki yang tinggal tadi, masukkan serbuk milo dan kacau jangan sampai berketul-ketul. Kacaulah dua-dua periuk tu perlahan-lahan
Kemudian, ambil sebahagian bancuhan milo tadi masukkan dalam bekas dan biarkan ianya sejuk dan keras sedikit. Selepas tu, korang boleh garik-garikkan dengan garfu atas permukaannya dan seterusnya curahkan perlahan-lahan bancuhan susu tadi ke atasnya. Patahkan biskut oreo kepada dua bahagian dan korang susunlah atas bancuhan putih susu tadi.
Seterusnya, biarkan ianya sejuk dan mengeras sedikit. Akhir sekali, curahkan baki bancuhan milo tadi ke atas lapisan putih susu tadi. Jangan lupa garik-garikkan sedikit dengan garfu supaya setiap lapisan tidak terpisah
Dek tak berapa sabar, lapisan bawah tak berapa keras lagi, akak dah masukkan lapisan putih. Jadinya bercampurlah sedikit warna koko dan putih, tapi sikit sahaja di bahagian tepi
Resipi asal akak jumpa di facebook, tak pasti siapa pengirim asal sebab resipi ni asyik keluar dekat feed. Terima kasih pada penyumbang resipi sebab sedap
Lepas tu boleh sejukkan. Nak best lagi, bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti ais
Dah siap dan sedia untuk dimakan ! Boleh juga buat masa buat majlis makan-makan sebagai pencuci mulut
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azirahman.com/2024/06/resipi-agar-agar-milo-oreo.html