Resepi Telur Budu Viral Memang Lauk Jahat


Resepi Telur Budu Viral Memang Lauk Jahat | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Beberapa minggu lepas ada ternampak beberapa orang rakan di media sosial lain kongsi pasal lauk telur budu. Kalau dah sebut budu biasanya sedaplah bagi Sha. Sebenarnya kalau di kampung Sha biasa makan Telur Ikan Budu tapi bukan Telur Budu.
Telur Ikan Budu popular ketika musim tengkujuh di Pantai Timur. Mungkin waktu itu itulah lauk paling mudah untuk dibuat stok dirumah terutamanya rumah di kawasan banjir. Maklumlah musim banjir susah kalau nak keluar beli barang basah lain.
Berbalik pada Telur Budu, sebenarnya lama dah tahu tapi macam biasalah ia akan teringat bila malas melanda. Kebetulan suami kerja malam, jadi otak fikirkan lauk pauk yang mudah sahaja untuk isi perut Sha dan anak-anak.


Resepi Telur Budu Viral Memang Lauk Jahat



Kenapa Sha cakap lauk jahat? Bukanlah sebab lauk ini tidak ok, tapi jadi jahat sebab macam rugi tak tambah nasi.
Walaupun makan nasi panas dengan Telur Budu sahaja, tapi boleh buat kita makan cepat. Bukan apa, makan dengan nasi panas tambah pula Sha penyet cili padi dalam nasi lagilah menjadi-jadi sedap dia tu.
Ok, tanpa buang masa lagi Sha kongsikan resepi terpaling mudah iaitu Telur Budu.




Contents Resepi Telur Budu
3 biji telur ayam1 biji bawang besar (holland) di mayam2 ulas bawang putih (dihiris nipis)5 biji cili padi4 sudu besar budu ( Bergantung pada tekak masing-masing)






Cara masak Telur Budu
Panaskan minyak, bagi lebih sikit.Tumis bawang-bawang dengan cili padi hingga naik bau wangiKemudian masukkan 3 biji telur ayam.Biarkan telur sedikit masak, barulah kacau sedikit.Akhir sekali masukkan budu dan kacau sebati semua baahan.







Lauk Pembangkit SeleraAlhamdulillah, anak-anak makan dengan selera bila pekena lauk telur budu ini. Pada mulanya risau juga, takut tekak sendiri tak dapat terima. Korang jangan risau bab masin, disebabkan budu ini dah di masak dengan telur jadi masin dia tidak terlalu kuat.
Disebabkan rasa budu itu sendiri sudah cukup, jadi kita tidak perlu tambah sebarang perisa lagi. Takut nanti terlebih rasa pula.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2023/10/resepi-telur-budu-viral.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kuih Kaswi Pandan Gedik Viral

Resepi Kuih Kaswi Pandan Gedik Viral

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 251 hits
Saya agak tertarik dengan resepi Kuih kaswi pandan gedik oleh Puan Sya ini Moga beliau diberkati sentiasa dimurahkan rezeki dan seihat selalu dengan segala perkongsian resepi beliau Bahan bahan menbuat kuih kaswi pandan gedik viral 1 1 2 ca...
Resepi Lauk Pantang

Resepi Lauk Pantang

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 171 hits
RESEPI LAUK PANTANGLAUK PANTANGBahan bahan digoreng 1 Bawang kecil hiris nipis 2 Bawang putih hiris nipis 3 Ikan bilis 4 Halia hiris nipis Bahan perasa 1 Lada hitam disangan ditumbuk halus 2 Garam halus GAULKAN KESEMUANYA SIAP kalau baru sa...
Ini Tips Mahu Untung Beli Lauk Mentah Rupanya Elok Beli Telur Di Pasaraya

Ini Tips Mahu Untung Beli Lauk Mentah Rupanya Elok Beli Telur Di Pasaraya

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 186 hits
Mungkin ramai tak tahu rupanya lebih elok beli telur di pasaraya berbanding di kedai runcit yang tidak ada aircond Lebih untung juga rupanya beli ayam bersaiz tidak terlalu besar Mengapa Ikuti tips penuh dari perkongsian dari snfkitchen 90 ...
Viral Video Wanita Ketiduran Saat Duduk Sampai Ngiler Tapi Tetap Cantik

Viral Video Wanita Ketiduran Saat Duduk Sampai Ngiler Tapi Tetap Cantik

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 299 hits
Viral seorang wanita cantik ketiduran saat sedang duduk Tapi netizen menganggap tetap cantik
Viral Wanita Di Deli Serdang Meninggal Dibawa Dua Pria Pakai Bentor Begini Penampakannya

Viral Wanita Di Deli Serdang Meninggal Dibawa Dua Pria Pakai Bentor Begini Penampakannya

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 134 hits
Sebuah video yang memperlihatkan seorang wanita di Kabupaten Deli Serdang Sumatera Utara dalam kondisi tewas dan dibawa pakai becak motor
Mckk Pta Slams Family Of Bullied Student After Issue Goes Viral

Mckk Pta Slams Family Of Bullied Student After Issue Goes Viral

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 301 hits
The Parent Teacher Association of premier residential secondary school Malay College Kuala Kangsar has slammed the family of a Form 4 student who was reportedly sent to the hospital after allegedly being bullied by his schoolmates In a stat...
Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Last Time Killa Driz Ft Sonaone Joe Flizzow

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan