Resepi Sup Ekor Ala Thai
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Sup Ekor Ala Thai pula dengan korang. Biasanya kalau nak makan kena order dari kedai tomyam aja kan, kali nie Kak Sue cuba masak sendiri pula. Masak sendiri nie puas lah sikit makan kan. Senang aja resepi Sup Ekor ala Thai nie korang, cuma ambik masa sikit lah nak lembutkan daging. Jom kita tengok resepinya ya..
Sup Ekor Ala ThaiResepi Sup Ekor Ala ThaiKak Sue sebenarnya pengemar sup, tak kisah lah apa-apa sup pun. Kadang rasanya dalam seminggu menu kat rumah Kak Sue mesti akan ada masak sup. Jadi hari tu disebabkan tak ada idea dah nak masak apa, Kak Sue cuba resepi Sup Ekor ala Thai nie buat pertama kalinya
Sup Ekor Ala Thai nie senang aja nak masak cuma ambik masa panjang sikit. Tapi kalau korang ada pressure cooker tu boleh lah guna. Kak Sue sebenarnya ada juga pressure cooker tu, tapi saja nak cuba masak cara manual nie. Kira nak lembutkan 3 jam lebih juga lah. Siap boleh sambil buat kerja lain sambil tunggu daging tu lembut
Sup Ekor Ala ThaiBahan :1/2 ekor lembu1 paket sup siam Adabi1 paket sup bunjut tulang Adabi2 biji bawang besar - dihiris nipis4 biji bawang putih1 sudu sos ikanSedikit halia - dihirisSedikit lengkuas - diketukSebatang serai - diketukSebiji limau nipisSedikit serbuk lada sulahDaun ketumbarDaun limau purutLobak MerahBatang saleriTomatoCili Padi
Cara :Rebus ekor dengan serai dan sup bunjut sehingga lembut
Kalau korang nak cepat atau ada pressure cooker boleh aja guna hokay
Kemudian dalam periuk lain, tumiskan bahan hirisan tadi, rempah 4 sekawan sup bunjut tadi dan lengkuas sehingga kekuningan
Kemudian masukkan rempah sup siam dan tumis sekejap
Kemudian masukkan ekor yang direbus tadi dengan air rebusan tadiMasak sehingga mendidih, kalau korang suka pedas boleh masukkan cili padi yang diketukBila dah didih, kemudiab masukkan semua sayur tadiKemudian masukkan sos ikan, lada sulah, garam dan sedikit serbuk perasa
Perahkan limau nipis dan kacau rataAkhir sekali masukkan daun ketumbar dan daun limau purut
Kacau sekejap, tutup api dan sedia untuk dihidangkan
Sumber resepi dari CookPad dan Datin Eina Azman
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2020/10/resepi-sup-ekor-ala-thai.html