Resepi Soto Letop Rahsia Buat Sambal Kicap Tahan Lama
Soto antara menu wajib ada di hari raya. Sajian Soto Ayam memang tak lengkap tanpa Begedil Daging dan Sambal Kicap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Soto Letops..so sedap..
Sini cik tie tepek resepi soto. Soto ni makan dengan sambal kicap letops, bergedil ditambah lagi dengan suhun rangup, mahunya tak sedor habis 2 mangkuk soto.
Tak susah pun buat soto ni, buat sendiri lagi puas hati, boleh makan banyak kali gitew. Ada rahsia nak bagi sambal kicap tahan lama & sedap. Bergedil pun ada caranya supaya tidak pecah. Korang cubalah, rugi tak cuba tau.
RESEPI SUP SOTO
1 ekor ayam – potong 4
3 sudu besar rempah soto/rempah sup
¼ sudu kecil serbuk lada putih
1 jug air
4 sekawan -Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
Cara masak:
Tumiskan 4 sekawan dan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau & sedikit kuning. Kemudian, masukkan ayam bersama dengan rempah soto/rempah sup. Jika tiada rempah soto ganti dengan rempah sup.
Kacau sehingga sebati dengan ayam. Bila sudah sebati dengan ayam, tuangkan air. Masukkan serbuk lada putih, perasakan dengan garam. Masakkan sehingga mendidih & ayam masak.
Setelah masak, keluarkan ayam. Gorengkan ayam sehingga luarnya garing. Angkat dan carikkan ayam.
SAMBAL KICAP KETAGIH
Bahan-bahan:
2 genggam cili padi hijau
2 ulas bawang putih
Kicap
Cara masak:
Goreng seketika dua bahan di atas.
Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng. Bila digoreng sambal kicap akan tahan lama & lebih sedap.
Kisarkan dalam blender dengan kicap. Kicap tu letak sehingga tutup paras cili.
Kisar sehingga hancur semuanya.
RESEPI BERGEDIL
Bahan-bahan:
5 biji kentang – kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci
3 sudu besar daging cincang/ayam cincang
3 sudu besar bawang goreng
Sedikit daun sup
¼ sudu kecil serbuk lada putih
Garam
1 biji telur ayam
Cara masak:
Goreng dulu ubi kentang sehingga lembut & kekuningan.
Lenyekkan ubi kentang semasa masih panas. Masukkan daging cincang, daun sup, lada putih & garam. Bentukkan bergedil.
Panaskan kuali.
Sementara itu, pecahkan telur, kacau telur.
Celup begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan untuk mengelak begedil dari hancur.
Selamat mencuba korang semua.
Kredit: Khadijah Jaafar
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Resepi Soto Letop & Rahsia Buat Sambal Kicap Tahan Lama! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/esepi-soto-letop-rahsia-buat-sambal-kicap-tahan-lama/