Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tak Bau Hanyir Dan Tak Berlendir


Dapat beli siput sedut, terus terbayangkan siput sedut masak lemak. Masakan itu je lah yang terpaling sedap pun. Selain masak lemak cili api, cadangan hidangan lain siput sedut goreng cili atau siput sedut masak kicap. 
Dua hidangan tu tak pernah cuba. Tapi itulah antara cadangan resepi siput sedut yang muncul. Selera tetap dengan resepi siput sedut masak lemak cili api je. 
Sebelum tu, berkenalan dulu dengan siput sedut ni

Siput SedutDikenali dengan nama belitung. Spesis kerang yang hidup di air tawar. Nama saintifiknya Cerithidea obtusa. Siput in english adalah Mud Creeper atau Obtuse Horn Shell. 
Siput sedut dalam bahasa Thai pula dipanggil Hoi Joob Jaeng (หอยจุ๊บแจง) dan  dikenali dengan nama Ốc Len di Vietnam

Di Malaysia, sipu sedut banyak ditemui di kawasan pantai barat semenanjung Malaysia seperti di Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sungai Besar dan pantai berhampiran negeri Perak. 
Siput sedut mudah didapati di Pantai Bagan Nakhoda Omar, Pantai Teluk Rhu, Pantai Sg Lang dan Pantai Kg. Banting. 
Di semua tempat tersebut banyak terdapat pokok bakau minyak yang menjadi habitat siput sedut. 
Cara bersihkan siput sedutSiput sedut biasanya dijual dalam pek plastik atau dilambakkan dan ditimbang. Siput sedut tak dijual bersih ye cengkerang dia tu. Penuh dengan lumpur sampai tak nampak lah rupa siput sedut tu

Nak bersihkan siput sedut ni, letak dalam penapis dan sambil tu ramas-ramas siput sedut tu bawah air paip yang mengalir bagi hilang lumpur tebal tu. 
Bila lumpur dah hilang, rendam dengan hirisan limau atau lemon dan juga garam untuk hilangkan bau lumpur dan hanyir. Biarkan rendam dalam 10 minit macam tu. Kemudian bilas dibawah air paip yang mengalir

Itu cara moden lah, cara lama orang dulu gunakan hampas kelapa untuk bersihkan siput sedut

Okay settle bab bersihkan siput sedut. 
Cara potong siput sedut/ Cara Siang Seput SedutAda orang beli siput sedut, tak basuh dulu. Dengan masih ada lumpur tu, dia terus potong siput sedut. Saya tak buat cara macam tu, takut lumpur masuk dalam cengkerang lepas bersihkan tu. Tak pasal tersedut lumpur mana yang terselit

So better bersihkan dulu kemudian baru potong siput sedut. Potong bahagian mana? Potong bahagian ekor siput sedut tu. cara potong siput sedut boleh gunakan pisau pemotong daging tu. Pastikan tajam. Guna gunting yang sesuai kalau 'lut' lah. 
Potong sikit je hujung dia lebih kurang 5mm macam tu. Kenalah potong ekor dia, kalau tidak macamana nak isi nak keluar bila disedut. Lepas potong tu jangan lupa bilas sekali lagi ye. Bilasan terakhir untuk pastikan siput sedut betul-betul bersih sebelum masak

Bab potong ekor ni memang leceh sikit. Nak makan, kena lah gigih

Cara Simpan Siput SedutIn case kalau kau orang tak nak masak lepas cuci dan potong siput sedut tu, boleh je simpan dalam bekas dan letak dalam peti ais sejuk beku. Senang nanti nak masak dah siap bersihkan, tinggal masak je

Kalau rendam dalam air dan simpan dalam bekas masa siput sedut masih hidup, pastikan bebas tu bertutup. Tak pasal nanti siput sedut buat lawatan satu rumah. 
Jangan terkejut bila siput sedut penuh satu rumah. Jenuh nak mencari dan membersihkan lantai dan dinding

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tak Bau Hanyir Dan Tak BerlendirBila dah potong siput sedut dan cuci bersih. Marilah kita masak siput sedut itu


Bahan-bahanSiput sedut yang telah dibersihkanCili api ikut tahap pedas masing-masing2 inci kunyit hidup1 batang serai  diketuk1 keping asam keping1 kotak santangaram secukup rasa1/2 sudu besar gulaAir secukupnya1 helai daun kunyit

Cara penyediaanMasukkan siput sedut dan serai dalam periuk. Jangan tambah air ye. Buka api dan tutup periuk. Bila ditutup, akan mengeluarkan wap air. Biarkan siput sedut masak. Cara macam ni akan mengurangkan lendir siput berbanding didihkan dalam air

Sambil menunggu, boleh tumbuk cili api dan kunyit hidup. Bila air dah berkurang tu baru tambah air untuk memasak dan masukkan sekali bahan tumbuk tadi. Tambah santan, garam, gula, asam keping dan juga daun kunyit

Kacau rata dan biarkan kuah masak bersama siput sedut. Begitulah cara saya masak siput sedut masak lemak cili api tak bau hanyir, tak rasa lumpur dan tak lendir. 
Sebelum ni guna resepi siput sedut simple dan mudah tu. Masukkan semua sekali bahan-bahan tu dalam periuk. Tapi macam kurang sedap sikit sebab agak berlendir kot. Cuci bersih dah bersih dah. 
Selera masing-masing, kena ikut cara masing-masing. Tak tambah gula pun takpe, tapi sebab saya rasa macam pedas semacam je. So tambahkan gula nak kurangkan pedas dan ada rasa lemak manis santan tu sikit. 
Sukatan air pula tak perlu banyak. Sebab siput sedut dah masak awal-awal kan. So tambahkan air sikit dan santan akan lebih pekat macam tu. 

Gigih menumbuk sebab lagi sedap bahan bahan tu bila ditumbuk. Lagi sedap letak daun kunyit juga. Memang hilang bau lumpur siput sedut tu. Baru lah puas hati makan siput sedut masak lemak cili api

Siput sedut ni masa PKP1.0 Susah betul nak dapat




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2021/01/resepi-siput-sedut-masak-lemak-cili-api.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daging Cincang Masak Lemak Cili Api Nasak Macam Ni Barulah Sedap

Daging Cincang Masak Lemak Cili Api Nasak Macam Ni Barulah Sedap

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 390 hits
DAGING CINCANG MASAK LEMAK CILI API NASAK MACAM NI BARULAH SEDAPSetiap kali ke Kuala Pilah saya pastinya tak pernah lupa menikmati keenakkan masakan ini
Ikan Gerut Masak Lemak Cili Api

Ikan Gerut Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 997 hits
Ikan Gerut Masak Lemak Cili Api Sedapnya ikan gerut ni bila dimasak dalam menu lemak cili api Isi ikan gerut tidaklah terlalu lembik tetapi kenyal lembut Isi dagingnya berwarna putih dan sesuai juga dimakan bagi orang yang sedang diet Ikan ...
Resepi Tempoyak Daun Masak Lemak Chef Ajar Kita Masak

Resepi Tempoyak Daun Masak Lemak Chef Ajar Kita Masak

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 344 hits
Tempoyak amat sinonim dengan masyarakat Melayu ramai pula yang jatuh cinta biarpun baru pertama kali mencubanya
Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Sedap Pedas Padu

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Sedap Pedas Padu

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 360 hits
Masakan lemak cili padi memang sinonim dengan Negeri Sembilan Memang sedap pedas dan menyelerakan Bertambah tambah nasi dibuatnya Mudah sahaja sebenarnya nak masak masak lemak cili padi ala Negeri Sembilan ni Simple sangat Jom kita cuba res...
Telur Masak Lomak Cili Api

Telur Masak Lomak Cili Api

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 324 hits
Assalamualaikum BARU perasan hari ini pageview blog telah mencapai lebih 14 Juta Maknanya sepanjang berblog sejak tahun 2009 jika blog ini adalah sebuah buku ia telah diselak lebih 14 juta kali Masih ingat tahun tahun awal berblog dulu nak ...
Resipi Sambal Ayam Cili Api Berasap Telinga Wehhh Comfirm Berjurai Air Mata

Resipi Sambal Ayam Cili Api Berasap Telinga Wehhh Comfirm Berjurai Air Mata

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 374 hits
Bagi yang gemar makan lauk yang pedas seperti Sambal Ayam Cili padi silalah cuba resipi perkongsian saudara Zaid Azizy Yaacob ni Tengok gambar je pun min dah boleh bayang tahap pedas dia macam mana Fuhhh Memang merecik peluh Tapi tentunya s...
Resepi Ayam Masak Kicap Sedap Berkuah Pekat

Resepi Ayam Masak Kicap Sedap Berkuah Pekat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 599 hits
AssalamualaikumBismillahAku jarang masak ayam yang banyak sangat bahan macam nie Aku suka masakan yang simple dan mudah Cuma kali ini aku teringin nak makan ayam masak kicap berkuah pekat Resepi asal dari Che Nom tapi aku buat versi sendiri...
Cara Buat Dan Masak Resepi Puding Lapis Surabaya

Cara Buat Dan Masak Resepi Puding Lapis Surabaya

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 550 hits
Cara Buat Dan Masak Resepi Puding Lapis Surabaya Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan yang diperkatakan ini semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari Pastinya resepi puding menjadi pilihan or...
Resepi Daun Kayu Masak Tempoyak Masakan Nogori Sedap Dan Mudah

Resepi Daun Kayu Masak Tempoyak Masakan Nogori Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 510 hits
Resepi Daun Kayu Masak Tempoyak Masakan Nogori Sedap Dan Mudah Lama dah teringin nak makan daun kayu masak tempoyak ni tapi asyik tertangguh Kali terakhir makan tu pun tahun lepas kat rumah kakak waktu dia buat kenduri kecil tapi kalau maka...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians

G2gchamp 2024

Freeport A Famosa Outlet Melaka

View Point Wang Kelian