Resepi Puding Trifle Sedap



Sudah agak lama saya tak kongsi resepi masakan di blog ni kan. Disebabkan anak-anak tengah tidur dan saya pun tengah free sekarang, apa kata kalau saya kongsikan resepi puding yang menjadi kegemaran kami sekeluarga iaitu PUDING TRIFLE. Guna resepi ni konfirm puding trifle awak akan jadi sangat sedap dan lazat..cewah!


Sebenarnya, first time saya mula makan puding trifle ni adalah semasa pergi beraya di rumah kawan sekerja suami. Kebetulan masa kami sampai tu, tengah panas terik. Puding trifle yang dihidang pula tengah sejuk baru keluar dari peti ais..dia punya sedap tu, tak tergambar masa makan. Bila balik rumah, terus saya google resepi puding trifle dan cuba buat sendiri


Tips Hasilkan Puding Trifle yang SedapCubaan kali pertama buat puding trifle gagal, cubaan kedua failed, cubaan ketiga bermasalah. Akhirnya lepas berapa kali cubaan, barulah saya tahu macammana caranya nak menghasilkan puding trifle yang sedap dan lazat. Keyword paling penting adalah TEPUNG KASTARD kena jaga. Yang lain-lain tak perlu titik beratkan sangat.


Tips pertama kena make sure tepung kastard betul-betul masak. Nak masak kena guna api kecil dan dikacau sentiasa, kalau tak dijaga nanti tepung akan jadi berketul dan tak cantik. Tips kedua, tepung kastard jangan terlalu banyak atau jangan terlalu sedikit. Kalau banyak sangat nanti pekat jadi macam puding jagung, kalau sikit sangat nanti akan cair pulak masa potong. Jadi kena sukat secukupnya


Yang ketiga, jangan masukkan semua gula sekaligus dalam tepung kastard masa masak. Kalau manis sangat tak sedap nak makan. Sebaiknya, masukkan sebahagian dulu sukatan gula. Bila nampak kastard dah hampir nak masak, rasa dan baru sesuaikan tahap kemanisan mana yang dikehendaki. Masa tu baru tambah baki gula yang belum ditambah.


Yang keempat, dalam kotak kristal jeli ada dua bungkusan plastik. Satu bungkusan besar dan satu yang kecil. Masak mengikut sukatan seperti yang terdapat di belakang kotak tapi jangan letak semua serbuk yang terdapat dalam bungkusan kecil tu. Letak sikit sahaja untuk elakkan lapisan jeli jadi masam. Btw, serbuk dalam bungkusan kecil tu adalah cuka buah-buahan


Resepi Puding Trifle Sedap
Bahan Lapisan Pertama (Kek)
Sebungkus kek swiss rollAir daripada dalam tin buah-buahan campur/ nata de coco

Cara Penyediaan
1. Potong kek swiss roll mengikut ketebalan yang sama dan susun ke dalam bekas
2. Basahkan kek dengan air daripada buah-buahan campur dalam tin
Biar sekejap.



Bahan Lapisan Kedua (Kastard)
1. 4 sudu besar tepung kastard2. 5 sudu besar gula3. 1 tin buah-buahan campur/ nata de coco4. 1 tin susu cair5. 1 tin air masak (sukat dengan menggunakan tin susu cair)

Cara Penyediaan
1. Masukkan susu cair, gula dan separuh daripada air masak ke dalam periuk dan kacau
2. Larutkan tepung kastard ke dalam separuh lagi air masak yang tinggal
Kemudian masukkan ke dalam periuk
3. Kacau sehingga mendidih
Guna api kecil dan kacau sentiasa untuk elakkan daripada berketul
4. Setelah mendidih, tutup api dan sejukkan sebentar
5. Kaup dan masukkan kastard yang telah dimasak ke atas lapisan kek yang pertama tadi
Ratakan ke seluruh bahagian. Sejukkan sekejap
6. Apabila lapisan kastard telah keras,
tuang buah-buahan campur ke atas lapisan kastard dan ratakan



Bahan Lapisan Atas (Kristal Jeli)
1. 1 kotak kristal jeli2. 400ml air (2 cawan)

Cara Penyediaan
1. Masukkan kristal jeli dan air ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih
2. Tutup api dan sejukkan seketika
3. Tuang ke atas lapisan buah-buahan campur
4. Simpan dalam peti ais untuk lebih sedap


Jadi selamat mencuba bagi yang nak buat puding trifle sedap ni. Anyway, kalau first time buat tak sedap, jangan putus asa okeh. Cuba lagi sampai jadi. Kalau dah jadi sangat sedap tu, jangan lupa bagitau saya. Saya kongsikan alamat rumah supaya awak boleh pos sikit ke rumah saya untuk buat minum petang. Hihi..selamat mencuba :)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2020/01/resepi-puding-trifle-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sagu Gula Melaka Mudah Dan Sedap Untuk Dicuba

Resepi Sagu Gula Melaka Mudah Dan Sedap Untuk Dicuba

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 390 hits
Resepi Sagu Gula Melaka Mudah dan Sedap Untuk Dicuba Cuaca panas bila dapat pekena menu ssagu gula melaka yang sedap memang sangat asyik Lagi lagi bila resepi sagu gula melaka tu nampak mengiurkan dengan campuran warna yang cantik Makin bes...
Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Mudah Dan Sedap

Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 1099 hits
RESEPI KETAM MASAK PEDAS ALA THAI MUDAH DAN SEDAP Sebut sahaja menu ketam pasti ramai suka Al maklum ketam adalah salah satu menu popular dalam kalangan kita Tak gitu Tentu ada antara readers juga penggemar tegar ketam Tak kiralah ketam mas...
Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan Yang Sedap

Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan Yang Sedap

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 872 hits
Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan Paling Sedap Bayam brazil adalah sejenis sayuran yang baru saya kenal sejak 2 tahun kebelakangan ini Mulanya nampak kat FB kemudian ada kawan kawan share kat blog dan last sekali hari ini kawan baik saya b...
Resepi Puding Jagung Mudah Cepat Lazat

Resepi Puding Jagung Mudah Cepat Lazat

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 672 hits
Resepi Puding Jagung Mudah Cepat Lazat Akhirnya buat pertama kali berjaya buat puding jagung yang cantik dan elok serta mudah untuk dipotong Sebenarnya sepanjang hidup dan berkahwin ni adalah kali kedua membuat puding jagung ni Sadis kan ta...
Resepi Air Sirap Bandung Soda Cincau Sedap

Resepi Air Sirap Bandung Soda Cincau Sedap

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 3063 hits
Selamat menyambut bulan Ramadhan Buka puasa hari ni dah beli bahan nak masak ke Atau beli dekat bazar Ramadhan je Kalau buat hidangan berbuka puasa nanti jangan lupa resepi airnya juga ye lega juga tekak menghirup air yang sedap Sambil tung...
Senarai 10 Resepi Air Balang Viral Paling Sedap

Senarai 10 Resepi Air Balang Viral Paling Sedap

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 2621 hits
Senarai 10 Resepi Air Balang Viral Paling Sedap Salam semua masuk pasar malam ke pasar pagi ke atau mana mana tempat seperti hadir di mana mana majlis majlis ke air balang di mana mana saja ada Kenapa air balang mesti disebut sebut ya Nak l...
Resepi Kek Batik Simple Yang Cepat Dan Sedap

Resepi Kek Batik Simple Yang Cepat Dan Sedap

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 790 hits
Resepi Kek Batik Simple Yang Cepat Dan Sedap Hari ni tetiba plak rasa teringin nak makan kek batik Tetiba saja terbayang kek batik dengan rasanya yang lemak manis sesedap rasa Nikmat rasanya kalau dapat makan kek batik untuk menu petang ber...
Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 2377 hits
Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa Salam semua setiap kali untuk berbuka puasa selalu fikir nak minum air apa eh Ya lah seharian berpuasa mesti air yang dicari dulu Dahaga sangat Kalau sis sendiri yang paling mudah buat...
Laksa Tak Habis Nak Buat Apa Resepi Laksa Goreng Yang Simple Dan Sedap

Laksa Tak Habis Nak Buat Apa Resepi Laksa Goreng Yang Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 788 hits
RESEPI LAKSA GORENG YANG SIMPLE DAN SEDAP 2 hari lepas saya masak laksa atas permintaan anak anak 2 kali balik kampung bulan 12 lepas tapi tak sempat nak merasa laksa makngah diaorang Agaknya tu yang dok suruh ibu masak kan laksa Bila dah m...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya