Resepi Pie Cheese Nutella Badam
Resepi Pie Cheese Nutella BadamBahan-Bahan :
Untuk 1 biji pie saiz 8″125gm butter25gm gula halus3 sudu airTepung secukupnya – agak-agak ya sebab tak sukat
Bahan Filling:200gm cream cheese50gm gula halus25gm butterNutella secukupnyaBadam keping yang dibakar sekejap dalam oven
Cara-Cara Memasak :
1. Campurkan butter, gula halus, dan air. Kacau rata guna sudu sahaja.
2. Kemudian, masukkan tepung sikit-sikit dan jadikan doh yang sedang-sedang lembutnya. Pastikan tak melekat pada tangan dan bekas
3. Guna plastik untuk gelek doh. Lapik bahagian atas dan bawah doh dengan plastik. Gelek bentuk bulat agak-agak boleh masuk dalam acuan 8″. Akan ada baki sedikit doh sahaja
4. Telangkupkan doh dalam acuan. Kena buat dengan cermat dan cepat supaya doh tak pecah. Tekap pada acuan pie. Kalau pecah atau koyak tampal dengan baki doh yang ada. Janji doh menutupi sekeliling acuan pie
5. Kemaskan bahagian tepi atas acuan. Cucuk dengan garfu di permukaan doh. Cucuk agak-agak jarak 1 inci. Supaya masa bakar nanti pie kita tak gelembung.
6. Bakar pada suhu 180°/200°c selama 30 minit mengikut oven masing-masing. Bakar hingga masak
7. Sementara itu, mix cream cheese, butter dan gula halus hingga sebati guna mixer ya. Mix dalam 5 minit
8. Setelah pie masak keluarkan. Masukkan filling cheese ke dalam pie dan ratakan keseluruhan permukaan pie dengan cheese guna belakang sudu
9. Bakar semula pie tadi selama 15-20 minit dengan kepanasan 170°c guna api atas sahaja. Masa bakar ni kena selalu tengokkan ya sebab cheese akan hangus kalau suhu terlebih panas
10. Bila cheese nampak macam kuning sikit-sikit cepat-cepat tutup suhu oven dan keluarkan. Biarkan cheese cukup sejuk. Bila cheese dah sejuk guna pisau panjang untuk potong pie kita
11. Untuk dapatkan pie yang cantik pastikan pisau cukup tajam. Mula-mula potong pie kepada 2 bahagian. Seterusnya potong jadi 4 dan bahagikan kepada 8 bahagian
12. Pancitkan nutella menggunakan piping bag ke atas permukaan pie yang siap di potong dan hias dengan badam bakar. Nak guna gajus pun boleh atau apa ja yang kita suka
Selamat mencuba~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2021/10/resepi-pie-cheese-nutella-badam.html