Resepi Paru Berlada Mco By Suria Amanda
Hi korang...
Hari ni MCO/PKP day 21 kan...makin lama makin mereput duduk rumah ni..tapi hari ni SA rajin skit nak share resepi kat blog ni...resepi simple je...takde nak bagi susah- susah...benda senang dan simple je..resepi ni pun gara- gara terjebak dengan Sis Lin dan ternampak dia update kat blog...SA dah lama tak masak Paru berlada ni...dan terperasan ada stok paru dalam fridge...terus je masak sebab adik SA request jugak untuk dia bawak bekal pi kerja. Yes adik SA mommy si Dida tu nurse...so dia memang kerja sepanjang PKP ni....kedai makan pun takde buka katanya so memang kena bawak bekal
Masa MCO dan WFH ni tekak memang nak makan macam- macam kan...salah satunya paru goreng berlada ni la...nak masak tak susah mana pun..bahan pun senang je..
Jom tengok resepi..
Paru Goreng Berlada
Bahan- BahanParu - 1/2 kgCili padi - 20 biji/ ikut tahap kepedasan korangBawang kecil - 6 ulasBawang putih - 5 ulasSos Tiram 2 sudu - ikut suka kalau nak letakBawang besar 2 biji - hiris memanjangBahan 2-4 tumbuk kasar
Paru berlada yang dah siap dimasak letak atas sekali ha...bagi impact terliur tu...hehehe..
Bahan hirisan dan yang dah ditumbuk..
Paru yang dah siap di rebus dan dihiris nipis
Gaulkan dengan garam dan sedikit kunyit serbuk.
Goreng dalam minyak yang banyak dan cukup panas agar paru masak sekata
Tumis bahan tumbuk dan hiris tadi ye...goreng sampai naik bau dan sedikit garing...perasakan garam dan SA tambah sedikit sos tiram
Paru yang dah siap di goreng
Tadaaa...dah siap..
Style SA masak paru ni bagi tekstur dia kekal garing dan tak lembik senang aje ye...jangan campurkan sekali paru semasa sambal masih panas..bila dah suam- suam kuku baru gaulkan paru tadi dengan sambal. So tekstur dia nampak cantik. SA tak suka kalau paru tu lembik sangat. Tak feel nak makan...kalau liat sanagt pun tak sedap..rasa macam makan getah plak...petua untuk mendapatkan Paru yang sedap, seeloknya beli Paru lembu tempatan..tapi kalau dah takde boleh je guna Paru yang di jual di pasaraya. Seeloknya paru tersebut direbus terlebih dahulu dalam jangka masa 1-2 jam untuk melembutkan. Melainkan kalau gigi korang kukuh dan kuat. Semua tau kan struktur Paru sangat liat kan..sebab tu kena rebus lama. Selepas direbus dan disejukkan seketika boleh la hiris nipis mengikut citarasa.then baru la korang goreng dan ikut step by step macam kat atas tu..
Selamat mencuba ye..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2020/04/blog-post_5.html