Resepi Mudah Dan Sihat Dengan U S Potatoes
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Mudah dan Sihat Dengan U.S Potatoes pula dengan korang. Haa.. lain dari yang lain sikit menu yang Kak Sue nak kongsi kali nie tau. Jom kita tengok resepi mudah dan sihat dengan U.S Potatoes kat bawah nie jom..
Resepi Mudah dan Sihat Dengan U.S Potatoes
Resepi Mudah dan Sihat Dengan US PotatoesSebelum Kak Sue nak kongsi resepi yang mudah dan sihat dengan U.S Potatoes nie dengan korang Kak Sue nak kongsikan dulu sikit tentang US Potatoes nie dengan korang. Untuk info korang, baru-baru nie diadakan Hari Pemakanan Sedunia tau, jadi US Potatoes telag mengadakan satu sambutan bagi meraikan World Nutrition Day.
Resepi Mudah dan Sihat Dengan U.S Potatoes
Sebenarnya Hari Pemakanan nie amat penting untuk kita semya sebab ia membantu untuk terus tingkatkan tahap kesihatan dan imuniti badan kita. Tahun nie tema Hari Pemakanan Sedunia ialah "Bahan Api Untuk Masa Depan" yang mengalakkan kita belajae tentang membuat pilihan makanan dengan rutin pemakanan dan aktiviti yang sihat.
Oleh sebab itu, U.S Potatoes ingin mendidik tentang kebaikan pemakanan yang sihat mampu bekalkan tenaga, padat dengan nutrien yang menyediakan tenaga, vitamin dan mineral utama untuk kekalkan ativiti harian dengan keperluan fizikal yang aktif.
U.S Potatoes juga telah menjemput Chef Jason Manson untuk berkongsi empar resepi mudah dengan menggunkan bahan utama U.S Potatoes yang mydah, sedap dan berkhasiat untuk kita cuba.
Untuk info korang juga, U.S Potatoes nie adalah sayuran yang padat nutrien yang menjadikannya pilihan makanan yang sihat untuk mengekalkan kesihatan keluarga. Ia adalah bahan yang boleh kita gunakan untuk pelbagai hidangan daripada pembuka selera, sup, hidangan utama hingga lah ke pencuci mulut. Haa bagus kan, dengan U.S Potatoes nie macam-macam boleh kita sediakan makanan yang berkhasiat untuk keluarga tersayang.
Resepi Mudah dan Sihat Dengan U.S Potatoes
• Satu U.S Potatoes sederhana menyediakan kira-kira 110 kalori yang mudah dihadam, mempunyai sifar kolesterol, sifar natrium dan sifar lemak
• U.S Potatoes sederhana mengandungi 26 gram karbohidrat (9% nilai harian) untuk menjana otot dan otak seseorang. Dan juga membekalkan tenaga
• Kaya dengan Vitamin C (30% nilai harian) yang menjadikan makanan lebih sihat dan memainkan peranan penting dalam menyokong sistem imun badan
• Kaya dengan Vitamin B6, dengan satu kentang sederhana menyediajan 10% daripada nilai harian yang disyorkan. Vitamin B6 penting untuk fungsi sel yang betul dan membanty metabolisme
• Kentang juga mempunyai 3 gram protein berasaskan tumbuhan setiap hidangan. Protein adalah blok binaan untuk pertumbuhan dan komponen utama otot, ligamen, dan tisu penghubung
• Tinggi kalium, satu kulit saiz sederhana pada kentang mengandungi 620 miligran kalium atau 15% DV lebih banyak daripada pisang bersaiz sederhana. Kalium membantu mengawal keseimbangan cecair dab mineral di dalam dan di luar sel, mengekalkan tekanan darah normal, penting untuk menghantar impuls atau isyarat saraf, dan dalam membantu otot mengecut
Banyak juga rupanya khasiat U.S Potatoes nie kan. Kak Sue pun memang suka makan kentang nie sebenarnya. Biasanya asyik ulang-ulang lah resepi yang sama ja, kadang goreng, kadang buat sambal dan kadang buat sup. Jadi kali nie Kak Sue nak kongsi resepi yang lain sikit, Resepi Oven Baked Hash Brown Potato Bruschetta Top With Sour Cream Avacado and Salmon Cucumber Salsa nie pula dengan korang. Jom tengok resepinya jom.
Resepi Mudah dan Sihat Dengan U.S Potatoes
Resepi Oven Baked Hash Brown Potato Bruschetta Top With Sour Cream Avacado and Salmon Cucumber SalsaMasa Persediaan: 15 minitMasa Memasak: 15 minitMasa Sedia: 30 minitJenis Kentang: Kentang hashbrown bekuHidangan: 4Kaedah Persediaan: BakarKursus: Pembuka selera, Snek Panas
Bahan :400gm kentang perang hash beku100gm Avokado segar (Hiris)20gm Krim masam
Salsa Timun Salmon50gm Salmon Asap (kiub kecil)50gm Jepun (Kiub kecil)20gm Tomato (kiub kecil)20gm Bawang Merah (dadu kecil)10ml Minyak5gm Garam2gm Lada
Cara :Sediakan mangkuk adunan saiz kecilKemudian campurkan salmon salai, timun, tomato, bawang merah, minyak dan perasa
Panaskan oven pada suhu 180 celsiusSusun kentang perang hash beku diatas dulang
Kemudian bakar kentang selam 10-12 minit
Kemudian pindahkan dan susun kentang diatas pingganSetwrusnya masukkan topping salsa timun salmon tadi di atas lapisan avocado
Akhir sekali hiaskan dengan sedikit krim masam di atas. Sedia untuk dihidangkan
Haa.. senang ja kan korang. Boleh aja buat snek atau minum petang untuk keluarga nanti. Selain tu korang juga boleh cuba resepi lain kat bawah nie tau.
Resepi 1 - Resepi Layered U.S Potato Parmesan Stack Glazed With Asian Style BBQ Sauce
Resepi 2 - Resepi Oven Baked Hash Brown Potato Bruschetta Topped With Sour Cream Avocado And Salmon Cucumber Salsa
Resepi 3 - Resepi U.S Accordion Crispy Potato Glaze With Dark Miso Glaze And Served With Curry Aioli
Resepi 4 - Resepi Ultra Crispy Baked U.S Chili Lime Potato Wedges Topped With Spicy Garlic Ponzu Aioli And Fresh Lime
Selamat mencuba tau korang, sebenarnya banyak aja lagi resepi lain. Korang boleh lelaju terus ke website USPotatoGoodness.Com.My nie hokay.. papai
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2023/06/Resepi-Mudah-dan-Sihat-Dengan-U.S-Potatoes.html