Resepi Mini Pizza Cinnamon Roll Dan Donut Dengan Hanya 1 Adunan Roti
  Sewaktu di awal PKP  bulan April hari tu, aku ada buat roti. Masa tu   timbul kerajinan yang membuak-buak kerana semua anak-anak ada di rumah. Adalah   yang menjadi tukang makannya. Kalau hari-hari biasa, tak dapatlah begitu. Jadi   aku pun test skill membuat adunan roti.  maka terjadilah mini pizza,   cinnamon roll dan donut dengan hanya 1 adunan roti.   

  Mana tidaknya boleh buat 3 jenis roti sebab menggunakan 1kg tepung gandum.   kami sekeluarga memang sangat menyukai roti. nak keluar membeli rori pelbagai   jenis di pasaraya, semua dah di tutup akibat covid 19. Jadi aku pun muemulakan   langkah utnuk membuat sendiri. Pertama kali mencuba buat sendiri tu.... huhu! 
  Tapi tidaklah aku membuat ketiga-tiga jenis  roti ini pada hari yang   sama. Adunan roti itu aku sediakan pada permulaan aku membuat mini pizza   sahaja. Adunan roti itu  aku bahagikan 3. Adunan kedua  dan ketiga   simpan di peti ais tempat beku. Boleh tahan hampir sebulan adunan roti di   tempat beku itu. Sebelum itu apabila nak menggunakan cairkan kembali ke suhu   bilik. 
  Resepi Mini Pizza. Cinnamon Roll Dan Donut  Dengan Hanya 1 Adunan Roti 
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum  1 sudu besar baking powder  4 sudu besar minyak jagung      4 sudu besar margerin planta/buttercup     1 paket yis  2 sudu besar gula  2 sudu kecil garam  1 1/2 mug air suam
  Cara membuat adunan roti - mini pizza, cinnamon roll dan donut 
  Yis, gula dan cawan di campur dengan air.  Biar sekejap hingga berbuih   iaitu dalam  lebih kurang 10 minit.   
  Tepung gandum, baking powder,  minyak jagung dan margerin di gaul   bersama.  Seterusnya masukkan adunan yis tadi.  
  Uli sehingga sebati dan menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Sekiranya   masih terlalu lembik tambah sedikit tepung gandum.  
  Uli sehingga mendapat adunan yang elastik dan mantap. Rehatkan doh sebentar anggaran dalam 30 minit iaitu sehingga adunah sudah naik 2 kali ganda. 
  Tumbuk doh untuk membuang angin di dalam adunan. Bahagikan kepada 3 bahagian.   Dan gunakan 1 bahagian saja. 2 bahagian lagi  boleh wrap elok dalam plastik dan   simpan di tempat beku.  
  Sekiranya tak nak simpan dan nak gunakan semua sekaligus pun boleh tapi bagi   aku sekilo adunan terlalu banyak. Tak habis makan. Seterusnya bahan dan cara   membuat mini pizza, cinnamon roll dan donut dengan hanya 1 adunan roti.                     

                    Mini Pizza        
- 1 - Bahan untuk membuat mini pizza: 
1 bahagian adunan rotiSosejSos ciliMayonis
Cara membuat mini pizza:
  Adunan roti di bahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Bulat-bulatkan adunan   dan leperkan sebesar tapak tangan.  
  Seterusnya sapu adunan roti dengan sos cili. Susun sosej yang sudah di potong   kecil di atasnya ikut kreativiti sendiri. Selepas itu paipkan di atas sosej   dengan mayonis dan sos cili jika suka.  
  Lenserkan loyang susun mini pizza ke dalamya. Bakar di dalam oven api atas   bawah 175c selama 10 - 15 minit atau mengikut oven masing-masing. Siap!                     

                    Cinnamon Roll        
Bahan untuk membuat cinnamon roll:  
  1 bahagian adunan roti  Gula perang secukupnya  Serbuk kulit kayu manis secukupnya  
      Cara membuat cinnamon roll:    
          Gaul rata 1 bhagian gula perang bersama 1/4 bahagian serbuk kulit kau       manis. Adunan roti di canai nipis.         
          Seterusnya tabur rata gula perang bersama cinnamon roll tadi dia atas       adunan roti . Gulung adunan roti itu dengan kemas.         
          Selepas  itu potong gulungan adunan roti anggaran 1 inci lepar. Susun       gulungan roti itu dalam loyang yang telah di lenser dengan sedikit minyak       atau margerin.         
                  Bakar di dalam oven api atas bawah 175c selama 10 - 15 minit atau         mengikut oven masing-masing. Siapp!                                                               

                                                          Donut Jejari
                                            Bahan untuk membuat donut:
1 bahagian adunan rotiGula icing atau gula halus secukupnya  Minyak masak untuk menggoreng secukupnya juga 
Cara membuat donut:
  Canai nipis adunan roti dan terap dengan acuan gegelang donut. Boleh juga di   uli memanjang dan sambungkan untuk menjadi gegelang.  
  Seterusnya goreng terendam di dalam kuali yang berisi minyak panas. Apabila   kuning keemasan, Angakat dan toskan. Seterusnya gaul dengan gula icing atau   gula halus. Siapp! 
  *Di dalam gambar yang di sertakan aku buat donut bentuk jejari. Sesaja untuk   kelainan... hahaha! 
  Walau tak sesempurna mana adunan roti  dari resepi mini pizza, cinnamon   roll dan donut dengan hanya 1 adunan roti ini tapi sekurang-kurangnya aku   telah berusaha untuk mempraktikkannya. bagi seisi keluarga aku, semuanya sedap   dan elok di mata mereka.  Senget benget itu biasalah kan...! 
  Nak mendapatkan resepi yang pelbagai rupa di blog ini, klik   SINI
  p/s: Entah bila kerajinan mencuba membuat lagi tak taulah... huhu! 
Kredit Resepi  FB Siti Husna
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.huhahuhajerr.com/2020/07/resepi-mini-pizza-cinnamon-roll-dan-donut-dengan-hanya-1-adunan-roti..html