Resepi Keropok Nasi
Wah! memang kreatif betullah akak ni. Tak pernah terfikir nasi pun kita boleh pelbagaikan lagi menunya. Biasa kalau nasi tak habis, memang tak buang. Selalunya kita panaskan semula ataupun buat nasi goreng je. Tapiii akak ni lain pula ceritanya. Dia boleh buat keropok keping. Memang kreatif betullah
Sekali imbas gambar yang dikongsikan oleh Widyana memang nampak macam keropok ikan (keping) betullah. Nanti nak cuba buatlah cuma untuk sementara Ciktie nak tampal ketat-ketat resepi keropok nasi dari Widyana ni dekat sini. Kebetulan ada nasi lebih ke nanti boleh terus buat. Bahannya pun takdela banyak sangat. Hmm korang pun boleh cuba tau..
Resepi Keropok Nasi
Bahan-bahannyalebihan 1 mangkuk (direndam dalam air satu jam)Kanji ubi kentang (potato starch) 1 mangkukGaram pink (garam Himalaya/ garam bukit) secukup rasaSerbuk bawang putih
Cara membuatnyaRendam semangkuk nasi dalam air selama satu jam. Blend nasi tadi hingga hancur, masukkan garam dan serbuk bawang putih. Masukkan kanji ubi kentang (potato starch) sedikit demi sedikit hingga boleh dikepal. Bentukkan panjang panjang macam keropok lekor. Didihkan air dalam periuk, masukkan doh keropok. Bila doh terapung maksudnya dah masak. Keluarkan, tos air hingga betul betul kering.Lepas tu saya masukkan dalam peti sejuk biar kering dan keras senang nak potong. Lepas dah keras dan kering keluarkan dari peti ais.Boleh hiris nipis. Kemudian tabur atas dulang dan boleh dijemur di bawah cahaya matahari sampai betul-betul betul kering. Goreng dalam minyak panas.Nanti keropok nasi mengembang cantik.
Nota :
Keropok nasi yang belum digoreng boleh disimpan dalam bekas kedap udara, tahan berbulan. Boleh goreng bila nak makan.
Widyana Ali
•Healthy cooking • Parenting • Life transformation • Household management
Sumber : Widyana Ali
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciktie.com/2019/08/resepi-keropok-nasi.html