Resepi Kerabu Kelantan Asli Kerabu Jantung Pisang Yang Mudah Dan Sedap


Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Jantung Pisang Yang Mudah Dan Sedap || Salam semua, hari ini, kita nak share resepi Kerabu Kelantan Asli, Kalau siapa yang tak tahu, kerabu Kelantan memang masukkan santan. Memang wajib lah kalau tak nak letak tak apa juga tapi atas kerabu jugak lah guna bahan apa.


Kalau macam guna jantung pisang memang pelik kalau tak letak santan, kita nak rasa lemak- lemak sekali dalam kerabu. Kalau kerabu buah mangga tu, boleh juga tak nak masukkan santan. Biasa, dah puas dengan santan memang tak letak dah santan dalam kerabu mangga hii. Nak elak diet tak payah letak tapi confirm sedap.

Eh, ini bukan nak bercakap pasal kerabu mangga, tapi nak bercakap pasal kerabu jantung pisang :D, siap peminat kat sini ada ke peminat kerabu jantung pisang. hii

Oklah berbalik kepada jantung pisang, sebenarnya bukan kepakaran diri sendiri pun nak tahu jantung pisang apa yang sesuai nak buat kerabu, tak semua jantung pisang boleh dimakan. Yang tak boleh dimakan tu jenis jantung pisang yang pahit.

Jadi, nak lebih selamat kita tanya bonda kita :D sebab dia saja lah yang pakar sikit bab jantung pisang :D, jantung pisang apa yang sesuai nak buat kerabu. Di antara jantung pisang yang sesuai adalah :

1. Jantung pisang Awak
2. Jantung Pisang Berangan
3. Jantung Pisang Kebatu
4. Jantung Pisang Gala

Nama jantung pisang tu dalam bahasa baku tak tahu pulak panggil apa, maaf ya hii. Kot sama ke mana tahu kan. Pernah dengar ke semua tu.

Yang mana kali pertama nak buat kerabu jantung pisang,diminta wajib ada periuk terpakai yang khas nak rebus jantung pisang sebab jantung pisang keluar getah. Nanti korang tonton lah video di bawah, periuk hitam disebabkan getah jantung pisang. Guna lah periuk nasi yang dah tak guna lagi ke dan simpan khusus nak celur jantung pisang.

Kalau guna periuk baru, nanti habis lah getah melekat di periuk. Siap warning awal - awal ya :D. Jantung pisang baru pertama kali hiris dah keluar getah, jadi kena hati - hati lah ya. jangan terkena tangan sangat. Lagi satu lapik untuk hiris guna kertas surat khabar. Ingat senang ke nak buat kerabu.


Resepi kerabu ini tak terhad untuk jantung pisang saja. Nak guna pucuk paku ke, buah mangga ke, pucuk ubi ke, buah beko atau nama lain bonglai pun boleh. Tapi buah beko tu lain sikit penyediaannya sebab kena bakar :). Bahan - bahan sama cuma watak utama tu bertukar la hii.

Tak apalah cuba lah yang mudah - mudah dulu. Istimewanya kerabu Kelantan, kalau nak lagi kick tambah lah budu dan gaul rata. Wani biasanya gaul asing sebab abah dah kurang sikit dengan budu sekarang ni, kena pantang dia bab masin.

Jemputlah tonton video di bawah, nasib baik lah dapat  bekerjasama baik dengan bonda kita :D. Jantung pisang kalau kat pasar kadang- kadang murah, kadang- kadang mahal kecik jerr. Nak beli pun kena pilih - pilih.

Selamat mencuba !



Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Jantung Pisang Yang Mudah Dan Sedap

Bahan - bahan
1 biji jantung pisang awak yang besar
1 1/2 cawan santan
2 ekor ikan bakar
4 ulas bawang merah
1/2 sudu teh
2 tangkai lada burung hiris
Jus limau nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
5 sudu besar bumbung  kelapa goreng ditumbuk untuk dijadikan kerisik

Cara - cara
1. Jantung pisang dibuang kelopak luar beberapa helai dan hiris bulat. Hati - hati dengan getah jantung pisang. Nak buat alas lapik hiris dengan kertas surat khabar
2. Masukkan ke dalam periuk berisi air dan celur hingga lembut
3. Sejatkan sehingga sejuk dan perah buang air. Ketepikan sekejap
4. Tumbuk bawang merah, lada hitam dan juga isi ikan bakar hingga lumat
5. Kerisik ditumbuk juga
6. Satukan bahan tumbuk dan juga kerisik, masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul rata
7. Dalam mangkuk besar, satukan jantung pisang yang dah diperah dan juga bahan yang dah digaul rata
8. Gaul rata kemudian masukkan santan, kalau tak nak bagi nampak berair kerabu kurangkan santan
9. Masukkan lada burung dan perah jus limau nipis. Perasakan dengan gula dan garam sekiranya tak cukup rasa
10. Siap untuk dihidangkan





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/03/resepi-kerabu-kelantan-asli-kerabu-jantung-pisang-yang-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Biskut Nutella Pod Yang Sedap Mudah

Resepi Biskut Nutella Pod Yang Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 1248 hits
RESEPI BISKUT NUTELLA PODYANG SEDAP MUDAH Haaa mentang mentang orang dah mula dok kecoh kecoh ganti puasa sebab nak standby untuk Ramadhan ni TB pulak kumpul resepi konon nak buat kuih raya tahun ni haha jadi ke tidak entah tengoklah kewang...
Pernah Rasa Kerabu Sardin Menu Terlajak Mudah Ni Memang Sedap

Pernah Rasa Kerabu Sardin Menu Terlajak Mudah Ni Memang Sedap

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 557 hits
Sardin adalah makanan dalam tin yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia Mudah enak dan senang dibawa kemana mana Biasanya selain dimakan begitu sahaja sardin juga dimasak sambal masak lemak cili padi kari dan bermacam macam lagi Tapi per...
Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat Dan Sangat Sedap Cicah Dengan Ikan Bakar

Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat Dan Sangat Sedap Cicah Dengan Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 497 hits
Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat Dan Sangat Sedap Cicah Dengan Ikan Bakar Salam semua agak jarang juga nak buat air asam ni sebab kat rumah nak kata peminat air asam tegar tu tak juga Kalau teringin nak buat nak cicah dengan ikan bakar...
Resepi Paprik Ayam Mudah Dan Sedap Macam Kedai Tom Yam

Resepi Paprik Ayam Mudah Dan Sedap Macam Kedai Tom Yam

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 1283 hits
Assalamualaikum Hi Semua Resepi Paprik Ayam Mudah dan Sedap Macam Kedai Tom YamResepi Paprik Ayam Sedap Macam Kedai Tom Yam Biasa kita makan paprik sedap masam masam manis pedas hanya boleh dapat di kedai Tom Yam je kan Haa kali ni dun wurr...
Resepi Mashed Potato Noxxa Mudah Siap 15 Minit Tekstur Lembut Dan Sedap Macam Kfc

Resepi Mashed Potato Noxxa Mudah Siap 15 Minit Tekstur Lembut Dan Sedap Macam Kfc

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 445 hits
Resepi Mashed Potato Noxxa Mudah Siap 15 Minit Tekstur lembut Dan Sedap Macam KFC Salam semua Sejak kebelakangan ini asyik resepi siap dengan youtube nasib baik la rajin nak mengedit walaupun video dah berlambak dalam phone Sejak tahun lepa...
Jantung Pisang Mampu Sebuhkan Pelbagai Penyakit Inilah 10 Manfaat Jantung Pisang Untuk Kesihatan

Jantung Pisang Mampu Sebuhkan Pelbagai Penyakit Inilah 10 Manfaat Jantung Pisang Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 299 hits
Pekebun pekebun di Thailand sedang sibuk menanam pisang namun bukan buahnya yang menjadi buruan tetapi jantung pisang Jantung Pisang Mampu Sebuhkan Pelbagai Penyakit Inilah 10 Manfaat Jantung Pisang Untuk Kesihatan
Resepi Air Ajaib Sedap Guna 3 Bahan Sahaja Untuk Buang Angin Dalam Badan Rileks Media

Resepi Air Ajaib Sedap Guna 3 Bahan Sahaja Untuk Buang Angin Dalam Badan Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 438 hits
Ramai di antara yang mengalami masalah angin di dalam badan yang kadang kadang kedatangannya telah menganggu aktiviti dan rutin seharian sehingga kita tidak mampu untuk bergerak dek kerana angin yang banyak Bahan bahannya 3 batang serai 4cm...
8 Langkah Mudah Buat Cucur Nasi Mudah Cepat Dan Sedap Tak Bazir Dah Nasi Lebih

8 Langkah Mudah Buat Cucur Nasi Mudah Cepat Dan Sedap Tak Bazir Dah Nasi Lebih

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 426 hits
Apa yang anda buat dengan nasi yang berlebihan selalunya dibuat nasi goreng buang sahaja atau beri makan pada ayam atau burung Satu perkongsian resipi menghasilkan cucur menggunakan bahan utama iaitu daripada nasi nampak enak dan patut dicu...
Langkah Demi Langkah Buat Kulit Pie Tee Rangup Dan Inti Sedap Mudah

Langkah Demi Langkah Buat Kulit Pie Tee Rangup Dan Inti Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 1101 hits
Dapat makan Pie Tee tengahari atau petang ni perggh memang sedap Kudapan dari masakan Baba dan Nyonya ni memang cukup terkenal Makan satu tak cukup ni Selain inti ayam dan sayuran korang boleh ganti dengan udang pun sedap juga Ni langkah la...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah