Resepi Kentang Putar Dan Sos Gravy
Anak-anak Mama Yan ajak buat BBQ sebelum cuti sekolah berakhir,Mama Yan dan suami layan aje.Untuk tambahan, Mama Yan buatkan kentang putar untuk dimakan bersama BBQ.Resepinya MY minta pada chat GPT aje.Senang dan menjadi.Cuma terlembik sikit.Maklumla percubaan pertama.
Resipi Kentang Putar
Bahan-bahan:
4–5 biji kentang (saiz sederhana, kupas kulit)
2 sudu besar mentega
Setengah cawan susu penuh krim (boleh tambah ikut kelembutan yang disukai)
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya(MY pakai serbuk aji-shio black pepper)
Cara-cara membuatnya:
Mula-mula, rebus kentang dalam air bertutup garam sehingga empuk.
Toskan air, masukkan mentega dan lenyek kentang ketika masih panas.Tuang susu sedikit demi sedikit sambil lenyek hingga tekstur halus dan berkrim.Kalau tak suka lembik sangat, tak perlu habiskan setengah cawan susu tu.Perasakan dengan garam & lada hitam.
Mama Yan lenyekkan pakai garpu aje
Resipi Sos Gravy
Bahan-bahan:2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan stok ayam / daging (boleh guna kiub stok yang dicairkan)
½ sudu kecil kicap lemak manis (untuk warna & rasa)
Sedikit serbuk lada hitam
Cara menyediakan:
Cairkan mentega dalam kuali.
Masukkan tepung gandum, kacau hingga perang keemasan (ru roux).
Tuangkan stok perlahan-lahan sambil terus kacau supaya tidak berketul.
Masukkan kicap pekat, kacau hingga sos pekat dan berkilat.
Perasakan dengan lada hitam jika suka.Pati ayam tu dah masin, tak perlu garam lagi.tapi kalau suka masin, boleh je tambah garam
Nasib baik tak bercalar periuk comel ni walaupun pakai whisk besi
Mama Yan buat perapan untuk bakar-bakar tu cari resepi di internet aje
Mudah betul zaman sekarang
Masa BBQ tu kami bakar 6 ketul ayam whole leg,Daging batang pinang, kambing pak mat western, udang galah dan ikan cencaru
Yang mula mula tu banyak yang hangus sebab biarkan si abang yang membakarnya
Dibakar pakai api menyala nyala
rentung ayam dan kambing
Ayam tu MY buang aje kulitnya... hahahaYang kemudian tu,baru okay sikit
Pakai bara api
Alhamdulillah... anak anak seronok
Yang bagusnya semua tak berat tulang untuk buat kerja sama sama
Dari menyediakan sampai la mengemas.
Semua pantas
Nanti kita repeat lagi lepas abang habis SPM okay anak anak
Kita buat kat rumah atok pun okay juga ni
Ramai sikit boleh join
Takde pula gambar aktiviti..
lupa nak ambil..
hahah.
Sekian...wassalam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2025/09/resepi-kentang-putar-dan-sos-gravy.html