Resepi Kek Karot Keluarga Yang Cukup Menyelesakan


Lembap dan gebu, serpihan kacang walnut membuat setiap gigitan lebih menyelerakan! Nak tahu satu rahsia yang sudah bertahun menjadi sebahagian daripada jamuan keluarga saya? Rahsianya? Satu resepi kek karot yang begitu mudah tapi sudah cukup untuk membuat sesiapa sahaja gembira dan ceria selepas satu suapan. Itulah yang saya asyik saksikan sejak kecil. Saya merasakan ada sesuatu yang istimewa tentang kek=kek klasik begini. Ia tak kelihatan begitu cantik atau menyelerakan tapi apabila anda makan kek ini, perasaan yang terbit seindah pelukan nenek, betul tak?
Perasaan selesa yang hanya anda dapat rasakan selepas menikmati kek karot ini semestinya perlu dikongsi bersama dunia. Lagipun, makanan patut dikongsi dan saya betul-betul percaya bahawa air tangan ialah rahsia sebenar di sebalik keenakan setiap makanan.
Kek Karot Melembutkan Hati yang Keras Lumrah bagi setiap yang disukai, pasti ada yang membenci. Begitulah nasib si kek karot ini tapi saya tahu kuasa kek karot ini. Walau sekeras manapun hati anda, satu gigitan kek ini pasti akan mencairkan anda. Kenapa, anda tanya? Kek ini sangat lembap tapi masih mempunyai tekstur yang membuat anda tak puas dengan satu gigitan!
Paling penting sekali, kek ini sesuai untuk dijadikan hidangan minum petang ataupun untuk majlis keramaian formal seperti kenduri kahwin. Dihias pula dengan krim keju yang lemak manis, percayalah apabila saya katakan kek karot ini tiada tandingannya. Dan ya, saya memang bersikap berat sebelah apabila berkata begitu.
Jangan terkejut kalau saya kata ada orang yang pelik di luar sana yang tak sukakan kek karot. Mungkin juga mereka berpendapat begitu kerana tak pernah cuba resepi mak saya ini. Saya sendiri tak suka membeli kek-kek karot yang anda boleh dapati di rantaian atau cawangan kafe makanan yang komersial. Hal ini demikian kerana perisa kek karot yang disediakan di rumah memang tiada tandingannya. Saya gembira nak berkongsi dengan anda satu berita baik. Resepi kek karot ini berjaya menukar pendapat ramai orang yang tak sukakan kek karot selama ini dan menjadi peminat resepi ini selepas mencuba.
Tekstur kek karot ini adalah seperti kek karot yang lain tetapi ia disediakan dengan meletakan parutan lobak merah yang banyak, segenggam kismis, serpihan kacang walnut yang ditabur untuk memberi kerangupan dan sedikit serbuk kayu manis untuk memberi bau kek yang mengasyikkan. Ditambah pula dengan krim keju berlemak sebagai hiasan, anda takkan cari kek lain apabila teringin nak makan sesuatu yang manis.
Nak Buat Senang, Nak Makan Lagi Senang Apa yang saya sukakan tentang kek karot ialah kek ini cukup mudah untuk disediakan, khususnya menerusi resepi ini yang tak memerlukan anda membuat adunan menggunakan pengadun elektrik. Anda perlu berpeluh sedikit semasa menyediakan parutan lobak dan memotong kacang walnut. Tapi, langkah-langkah selepas itu mudah saja. Tak hilang kudrat anda pun. Mari kita sama-sama tengok resepinya!
Masukkan semua bahan kering Bahan-Bahan:
a) Kek Karot
250g (2 cawan) tepung serbaguna350g (1 3/4 cawan) gula330g (3 cawan) lobak merah, diparut120g (1 cawan) kacang walnut, dicincang 75g (1/2 cawan) kismis (opsyenal)2 sudu teh serbuk kayu manis1 sudu teh garam4 telur sederhana besar225g (1cawan) minyak sayuran atau minyak jagung50g (1/4 cawan) susu2 sudu teh soda bikarbonat b) Krim Keju
Sukatan untuk kek satu lapis sahaja. Gandakan ukuran kalau anda membuat kek berlapis atau bertingkat.
100g krim keju penuh lemak, lembut tapi masih sejuk apabila disentuh100g mentega asin, lembut tapi masih sejuk apabila disentuh200g (2 cawan) gula aising1 sudu teh ekstrak vanila tulen Cara-Cara:
a) Kek Karot
Panaskan ketuhar pada suhu 170C pada tetapan pemanasan konvensional (tiada kipas).Sediakan satu atau dua dulang bakar kek 9 inci, bergantung berapa banyak lapisan anda nak sediakan. Sapukan mentega dan tepungkan permukaan dulang kek.Parut lobak merah dan cincang kacang walnut. 3 lobak merah bersaiz besar dapat memberi anda 3 cawan parutan. Dalam mangkuk besar, masukkan lobak merah diparut, kacang walnut cincang, tepung serbaguna, gula, serbuk kayu manis dan garam. Anda juga boleh masukkan kismis juga. Kacau dengan sudip atau sudu besar hingga adunan kelihatan sekata.Pecahkan telur dalam mangkuk kecil berasingan. Pukul telur dengan garfu hingga sekata sebelum menuang telur ke dalam mangkuk berisi bahan kering. Kacau.Masukkan minyak dan kacau rata. Secara berasingan, masukkan soda bikarbonat ke dalam susu. Kacau hingga soda bikarbonar terlarut.Masukkan susu dicampur soda bikarbonat ke dalam adunan utama. Kacau rata. Tuang adunan ke dalam dulang kek yang disediakan. Untuk membakar satu adunan sahaja, bakar selama 60 hingga 70 minit, bergantung pada ketuhar anda. Kalau anda putuskan untuk bahagikan adunan anda kepada dua untuk menghasilkan kek karot berlapis, bakar selama 45 hingga 50 minit. Ingat, anda boleh periksa kek anda sudah siap masak atau tidak dengan mencucuk lidi di tengah-tengah kek anda. Kalau bersih, maksudnya, kek ada sudah siap dibakar.Apabila sudah siap, biar kek menyejuk sepenuhnya dan letakkan krim keju di atas sebelum menghidang. b) Krim Keju
Untuk menyediakan krim keju ini, gunakan pengadun elektrik untuk memukul krim keju dan mentega bersama pada kelajuan sederhana tinggi hingga halus, selama 2 minit. Masukkan gula aising dan ekstrak vanila. Teruskan memukul hingga adunan menjadi ringan dan gebu. Krim frosting ini mestilah lembut tapi masih boleh dibentuk. Kalau krim keju anda terlalu cair, mungkin anda, seperti kami, tinggal di negara beriklim khatulistiwa dan cuaca panas telah membuat krim anda tak jadi. Anda boleh simpan krim keju anda dalam peti sejuk selama 10 hingga 15 minit atau masukkan sedikit lagi gula aising. Kalau krim keju terlalu pekat, tambah satu sudu teh susu. Kek karot dengan hiasan krim keju di atas. Cukup memikat! Tip Tambahan:
Anda boleh menggunakan pengisar makanan untuk memarut lobak merah tapi saya cadangkan anda parut sendiri. Tekstur kek anda akan menjadi lebih baik. Kalau anda alah dengan kekacang atau tak sukakan kacang, tak perlu masukkannnya ke dalam kek.Kalau anda tak sukakan kacang walnut, anda boleh gantikannya dengan kacang pecan.Kalau anda berasa terlebih rajin, anda boleh panggang kacang walnut atau pecan anda dulu untuk menjadikan kek anda lebih savouri. Ia dapat menyeimbangkan rasa kek yang manis dan gebu.Kalau anda bercadang untuk membuat kek berlapis atau bertingkat dan sukakan nenas, cincang sedikit nenas dan masukkan ke dalam aising di lapisan di tengah. Begini, hantu nenas akan berasa lebih puas menikmati resepi kek karot ini. Kalau anda tak suka, tak perlu masukkan atau boleh buang semasa makan nanti. Kek ini begitu versatil dan betul-betul mudah untuk disediakan. Dengan jumlah lobak merah yang diperlukan untuk resepi ini, peluangnya sangat tipis untuk anda mendapat kek yang kering. Paling penting sekali, anda dapat sediakan kek ini tanpa menggunakan sebarang peralatan canggih.
Kek yang Mewarnai Masa Silam dan Masa Depan Kita Apabila saya menyediakan kek ini, saya teringat kali pertama saya cuba memahami tulisan mak saya dalam buku catatan beliau yang sudah lusuh. Saya teringat kenangan-kenangan saya membuat kek bersama mak semasa kecil dulu. Saya teringatkan setiap sambutan hari lahir, perkahwinan dan sesi membuat kek bersama anak-anak saya kini. Inilah kenangan saya yang akan saya simpan selamanya dan saya pasti kenangan saya dengan resepi ini akan lebih indah di masa hadapan nanti.
Kek ialah sebahagian daripada keluarga kami Anda ada resepi keluarga yang diturun dari generasi ke generasi? Kalau anda sudi, berkongsilah dengan kami. Lebih daripada itu, saya ingin ketahui kisah di sebalik hidangan keluarga anda ini. Tanpa kisah ini, apalah signifikan resepi keluarga ini, betul tak?
Berkongsilah bersama saya resepi dan kisah anda ini agar kita sama-sama dapat berkenalan dan menyelami perasaan dan keistimewaan resepi yang anda kongsi. Anda boleh hantarkan kisah dan resepi anda di
Butterkicap profil Instagram and Facebook.
Sementara anda berada di sini, anda boleh cuba resepi kegemaran keluarga anda seperti Kek Nenas Upside Down saya ini atau resepi keluarga lain seperti Kek Marmar Nescafe Klasik oleh Salwah,
The post Resepi Kek Karot Keluarga yang Cukup Menyelesakan appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/open-house/resepi-kek-karot-keluarga-yang-cukup-menyelesakan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Rindu Dendam

Resepi Kek Rindu Dendam

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 469 hits
RESEPI KEK RINDU DENDAMBAHAN BAHAN250g butter 4 sudu besar gula 1 sudu besar ovellet 5 biji telur 4 sudu besar susu pekat 3 sudu besar kaya 1 cwn horlicks 1 cwn tepung roti Osborne 2 pewarna yg disukaiOreo utk melapis CARA CARA MEMBUATNYA1 ...
Resepi Kek Pisang Yang Cantik Molek Rupanya Dan Confirm Sedap

Resepi Kek Pisang Yang Cantik Molek Rupanya Dan Confirm Sedap

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 991 hits
Kebiasaannya aku jika teringin makan kek pisang hanya membeli sahaja di pasaraya Tapi Kali ini keinginan membuak buak nak buat sendiri apabila melihat sebuah juadah kek pisang yang cantik molek rupanya di Instagram Nampak cantik menggiurkan...
Resepi Kek Lapis Cendol Hilangkan Sendu Pkp

Resepi Kek Lapis Cendol Hilangkan Sendu Pkp

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 424 hits
Kredit Gerald Lee Seperti yang kita jangkakan PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan selama 2 minggu lagi hingga 28 April nanti Pasti ramai yang sudah mula rasa gelisah dan tak senang duduk di rumah Saya faham Saya pun mula rasa b...
Resepi Kek Vanilla Gebu

Resepi Kek Vanilla Gebu

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 662 hits
Resepi Kek Vanilla Gebu Bahan bahan1 230 tepung gandum 2 250 Butter 3 Telur ayam 5 biji4 Gula halus 190g5 Serbuk Penaik 1 sudu6 Esen Vanila 2 sudu7 Susu seperti dlm gambar 4 SuduCara adunan Adunkan butter dgn gula sehingga putih dan kembang...
Resepi Kek Lapis Almonds Kisses

Resepi Kek Lapis Almonds Kisses

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 4120 hits
KEK LAPIS ALMOND KISSESBahan bahan Bahan A 1 12 biji telur gred A2 150 g gula halus3 1 sudu makan ovalette4 250 tepung hongkong5 150 g serbuk aiskrim vanillaBahan B1 16 oz mentega asli2 1 tin kecil susu manis3 500 g cream cheeseBahan Hiasan...
Resepi Kek Batik Crunchy Boleh Buat Jual

Resepi Kek Batik Crunchy Boleh Buat Jual

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 945 hits
RESEPI KEK BATIK CRUNCHY BOLEH BUAT JUAL Hai koranggg Sihat ke tu Mesti boring kan dekat rumah Tunggu apa lagi moh ler ke dapur Memasak boleh hilangkan stress tau tak Seronok Kali ni busyra nak share dengan korang resepi turun temurun Sedap...
Resepi Kek Marble Mudah Dan Sedap Jom Cubanya Sendiri

Resepi Kek Marble Mudah Dan Sedap Jom Cubanya Sendiri

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 1252 hits
RESEPI KEK MARBLE MUDAH DAN SEDAP JOM CUBANYA SENDIRI Sejak PKP dikuatkuasakan ni rasanya ramai dah para ibu yang jadi terror memasak dengan tiba tiba Hehe Tak kurang jugak ada yang dah semakin rajin ke dapur Ehh bukan dulu malas tau Cumany...
Resepi Kek Kukus Tutty Fruity Nampak Comel Rasa Pun Sedap

Resepi Kek Kukus Tutty Fruity Nampak Comel Rasa Pun Sedap

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 1644 hits
RESEPI KEK KUKUS TUTTY FRUITY NAMPAK COMEL RASA PUN SEDAPBahan Bahan Bahan A
Nak Buat Kek Tak Payah Banyak Bahan 2 Benda Ni Dah Cukup Confirm Jadi

Nak Buat Kek Tak Payah Banyak Bahan 2 Benda Ni Dah Cukup Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 480 hits
Di musim PKP ini tekak mula terasa hendak makan kek dan pelbagai manisan lain Namun untuk mencari bahan dalam waktu PKP ini terasa agak sukar Adakalanya stok bahan kehabisan tidak kurang juga terpaksa beratur panjang di pasar raya Semuanya ...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Do You Know About Mah Meri Wood Carving


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Mengabdikan Diri Demi Kerja Sampai Tiada Kehidupan

Cuba Hwc Coffee

Lirik Lagu Perih Jerih Kugiran Masdo

Sampai Bilakah Kebenaran Tentang Titah Adendum Mampu Di Sorokkan

Julia Perez Belah Duren Chord

Anggis Devaki Dirimu Yang Dulu Chord