Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dengan Gabungan Halwa Roselle Yang Masam Manis



Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dengan Gabungan Halwa Roselle Yang Masam Manis|| Salam semua, tengok balik entri resepi yang post dah lama - lama, terutamanya resepi kek chiffon, walaupun ada 24 entri, adui banyak tak tu hii,  ada resepi yang bercampur resepi dalam bahasa inggeris, sebab dulu suka main copy paste dari laman web baker yang entri dalam bahasa inggeris, sekarang sedang gigih nak edit balik taip dalam bahasa melayu, rupanya banyak entri yang resepi nya dalam bahasa inggeris :D.

Tengok ke view untuk setiap entri kek chiffon ada yang naik ada yang sampai sekarang pun dalam 200 lebih views jerr hii, dah la taip pun pendek. huu. Kebanyakan entri yang resepi pergi letak dalam bahasa inggeris, tengok entri lama nampak sangat malasnya copy dalam bahasa inggeris hii. Ketawa sorang -sorang bila baca balik :D.
Kek chiffon roselle
Dulu, suka sangat buat kek chiffon ni, sebab favorite, tekstur lembut macam kapas dan tak payah fikir pasal nak guna mentega ke tak, kek chiffon tak perlukan mentega hanya guna minyak sahaja, pastikan minyak sayur lah ya. Dan suka juga bereksperimen pergi letak macam- macam dalam adunan kek chiffon, tak semestinya nampak kosong sahaja kek chiffon, kalau pandai kreatif memang macam- macam boleh jadi kek chiffon.

Sekarang macam dah pencen buat kek :D, memang lama dah tak buat kek chiffon ni, tahun ini tak buat langsung rasanya, tahun lepas pun tak hii. Menggamit kenangan kalau baca balik entri lama- lama entri kek chiffon ni. hii

Kek chiffon kali ini letak halwa roselle, saja nak bagi kelainan. Rasa nya macam kalau tergigit halwa roselle tu ada rasa masam manis. Memang sedap la. Tekstur kek pun lembut.

Kalau korang nak cuba resepi kek chiffon gebu lembut dengan gabunga halwa roselle yang masam manis. Jom cuba. :)


Resepi Kek Chiffon Gebu Lembut Dengan Gabungan Halwa Roselle Yang Masam Manis

Bahan-Bahan

(A)
70g susu cair

4 biji kuning telur

70gm minyak jagung

20gm gula halus

(C)

100gm tepung gandum*

1/2 sudu teh baking powder*

bahan bertanda * ini diayak terlebih dahulu 

(D)

4 biji putih telur

100gm gula halus

1/8 sudu teh cream of tartar

* halwa roselle kena cincang halus terlebih dahulu dalam 2 sudu besar


Cara - cara

1. Kacau bahan A sehingga bercampur, kemudian masukkan bahan yang telah diayak, kacau perlahan dan sehingga bergaul rata, ketepikan sekejap

2. Putar putih telur sehingga berbuih lembut dan kemudian masukkan gula sedikit, putar lagi dan kemudian naikkan speed mixer sambil masukkan cream of tarta. Masukkan gula sedikit demi sedikit, putar sampai putih telur dalam keadaan "stiff peak". Nak uji, terbalikkan mangkuk, adunan putih telur tak jatuh.

3. Kemudian, kaup adunan putih telur sedikit, masukkan ke dalam adunan yang telah digaul sebentar tadi. Kaup balik perlahan secara berselang - seli, ulang langkah tersebut sehingga kesemua adunan digaul rata. Akhir sekali masukkan halwa roselle dan kaup balik sekejap.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang chiffon, ratakan dan hentakkan bagi mengeluarkan buih- buih udara.

5. Panaskan oven terlebih dahulu, dan bakar dalam suhu 150 C dalam 40 minit ikut suhu oven masing- masing ya

6. Kena pastikan masak ya cucuk kek dengan lidi, kalau tak melekat tanda dah masak. Keluarkan dari oven terus terbalikkan acuan, kalau tak buat macam tu nanti kek jatuh.

7. Sejukkan sampai suam - suam sikit, boleh kikis dengan pisau sekeliling acuan kek.

9. Siap untuk dihidangkan

Sekadar imbasan langkah demi langkah untuk kek chiffon roselle 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2018/12/resepi-kek-chiffon-gebu-lembut-dengan-gabungan-halwa-roselle-yang-masam-manis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Peminat Oreo Jom Cuba Resepi Kek Chiffon Oreo Yang Mudah Gebu Dan Lembut

Buat Peminat Oreo Jom Cuba Resepi Kek Chiffon Oreo Yang Mudah Gebu Dan Lembut

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 492 hits
Buat Peminat Oreo Jom Cuba Resepi Kek Chiffon Oreo Yang Mudah Gebu Dan Lembut Bertemu kembali dalam edisi kek chiffon tengah edit kembali post post resepi kek chiffon yang resepinya dalam bahasa inggeris D Selagi tak edit tak boleh nak dudu...
Resepi Kek Chiffon Pisang Yang Gebu Dan Ringan Tanpa Guna Mentega

Resepi Kek Chiffon Pisang Yang Gebu Dan Ringan Tanpa Guna Mentega

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 513 hits
Resepi Kek Chiffon Pisang Yang Gebu Dan Ringan Tanpa Guna Mentega Lama rasanya tak buat kek chiffon biasanya orang panggil kek span sebab lembut sangat Kek chiffon sebab guna acuan chiffon yang ada lubang di tengah tu takut hilang skill Kal...
Beli Donut Sedap Lembut Dan Gebu Untuk Anak Anak Saudara

Beli Donut Sedap Lembut Dan Gebu Untuk Anak Anak Saudara

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 765 hits
Halu Puliss Ni ada orang baru nak update blog Tolong Tangkap seronok bebudak ni bila sesekali berkumpul Amboih bukan main lama tak update blog Seminggu bercuti sebab anak anak pun dalam mood cuti sekolah Jadi bawak la anak anak balik ke kam...
Resepi Viral Kek Coklat 2 Bahan Mudah Dan Sedap

Resepi Viral Kek Coklat 2 Bahan Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 752 hits
Hi Korang Resepi ni sebenarnya dah lama tetapi Iday saja nak cuba sebab nampak macam senang sangat Hanya perlu guna 2 bahan sahaja iaitu Oreo dan susu Dutch Lady Iday tengok dekat social media ramai yang dah buat dan ramai cakap memang seda...
Roti Manis Gebu

Roti Manis Gebu

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 802 hits
Assalamualaikum Hai semua Apa khabar Semoga semua pembaca semaniskasturi sihat hendaknya Hari ini SN berpeluang sekali lagi untuk entri seberapa yang mampu untuk memenuhi kekosongan ruang pada tahun 2018 yang hampir ke penghujung Sebenarnya...
Resepi Kek Coklat Moist

Resepi Kek Coklat Moist

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 882 hits
Alangkah bahagianya hidup bila tengah stress dapat makan kek coklat moist gebu gebas Diet Apa tu Maaf ye CN kalau jumpa kek coklat memang tak kenal maksud diet Mujur semua bahan ada cuma tak ada topping coklat meleleh je sebab tak sempat be...
Cucur Manis Viral Sedap Dan Lembut Walaupun Dah Sejuk

Cucur Manis Viral Sedap Dan Lembut Walaupun Dah Sejuk

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 1445 hits
Cucur Manis Viral Sedap dan lembut walaupun dah sejuk Assalamualaikum wbt Hai korang Isnin dah hari ni kan Hari ketiga bulan Disember Cepatnya masa berlalu kan Kalau hari isnin mesti orang cakap Monday blues Hehe Ala asyik Monday blues je C...
Resepi Pelik Kek Belacan Kek Belacan

Resepi Pelik Kek Belacan Kek Belacan

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 874 hits
Resepi Pelik Kek Belacan Kek Belacan Bahan bahan yang diperlukan
Resep Dasar Chiffon Cake Yang Lembut Fluffy Dan Wangi

Resep Dasar Chiffon Cake Yang Lembut Fluffy Dan Wangi

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 368 hits
Resep dasar chiffon cake yang lembut fluffy dan wangi Hanya menggunakan tepung terigu baking powder gula minyak dan telur ayam saja Tetapi bisa juga dimodifikasi dengan pasta pandan bubuk matcha atau keju
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction