Resepi Japanese Milk Bread Roti Viral Yang Comel
photo: IG VelbertwRESEPI JAPANESE MILK BREAD - ROTI VIRAL YANG COMEL | Sekarang ni viral pulak resepi Japanese Milk Bread yang berwarna warni dan cantik ni. Roti ni sangat comel dengan warna -warna yang cantik. Sebab tu ramai yang suka kan nya. Rata-rata bakers dah mencuba roti ni dan ramai yang kata rasanya sangat sedap, sangat ringan, gebu dan lembut. Tak ada roti yang setanding kelembutan nya dengan Japanese Milk Bread
Roti Viral Yang comelSaya belum jumpa lagi roti ni di jual di bakery berdekatan rumah saya ni. Mungkin tak lama lagi ada la tu. Sebenarnya roti ni dah lama wujud, cuma baru-baru ni saja diberi sedikit kelainan dengan tambahan pewarna untuk menaik kan lagi seri roti dan nampak lebih menyelerakan. Alih-alih roti ni menjadi viral dan ramai penggemarnya
Saya percaya sesiap saja yang melihat roti ni dikedai roti pasti akan rasa tertarik dan tertanya-tanya bagaimanakah rasanya. Roti ni rasa macam roti biasa yang lain cuma kelembutan dan teksturnya yang sangat ringan tu membuat roti ni ada peminatnya yang tersendiri
Japanese Milk Bread juga sangat sesuai dijadikan roti sandwich dan roti bakar. Cara membuatnya juga sama sahaja serti roti lain cuma yang berbeza ialah teknik dan ramuan bahan-bahan yang digunakan menjadikan roti ni lebih lembut berbanding roti-roti lain di pasaran
Ada juga yang meletak kan inti dibahagian tengah roti. Contohnya seperti inti kacang merah, kaya, peanut butter, butella dan sebagainya mengikut selera masing-masing
photo: IG shafur.bajry
Resepi Japanese Milk Bread Pada korang yang nak mencuba membuat Japanese Milk Bread , disini saya kongsikan salah satu resepi Japanese Milk Bread terbaik yang korang patut cuba sendiri. Mesti lepas ni korang tak nak dah buat roti lain. Mesti nak guna resepi Japanese Milk Bread yang paling sedap ni
Resepi ni adalah perkongsian dari Instagram Shagur.Bajry . Terima kasih untuk resepi terbaik Japanese Milk Bread
Bahan-bahan membuat roti:270gr tepung gandum protein tinggi
2 sudu besar susu tepung
30gr gula pasir
1 sudu teh ragi
2 sudu besar serbuk whipcream (larutkan dengan sedikit air)
30gr butter
120-130ml susu cair full cream
secubit garam
Pewarna makanan
Cara penyediaan rotiCampurkan tepung, susu tepung, ragi, gula, whipcream dan susu cair . Uli sedikit kemudian
tambahkan butter dan garam.
Uli lagi sampai menjadi doh.Doh akan sedikit melekit di tangan.
Bahagikan adunan menjadi 4 bahagian dan letak pewarna makanan mengikut kesukaan masing2 pada setiap bahagian. Kalau tak nak letak pun tak pe. Nak biar plain macam tu je pun ok.
(kalautak nak warna, tak payah bahagikan kepada 4 bahagian)
Selepas itu, tutup dengan kain bersih dan rehatkan doh kira-kira 45minit atau sampai mengembang 2 kali ganda.
Bila adunan dah mengembang, tumbuk2 sikit doh tu untuk buang angin dalam doh.
Sapu sedikit tepung ditangan supaya doh tak melekat di tangan. Bahagiakan doh kira2 seberat 35g , bulat2 kan dan letak dalam loyang yang dah dialas dengan baking paper
Rehat kan doh supaya naik kembang lagi. Kemudian taburkan tepung gandung diatas doh.
Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan dengan suhu 170°c atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
photo: IG malichatun88
Sebenarnya ada banyak resepi membuat Japanese Milk Bread ini. Ada yang menggunakan roux untuk mendapatkan tekstur roti yang lembut
Selepas keluarkan roti dari oven tunggu sehingga roti betul-betul sejuk untuk mendapatkan tekstur roti yang sempurna
Semoga resepi ini dapat membantu korang menghasilkan roti yang sempurna . terima kasih kerana membaca artikel Resepi Japanese Milk Bread - Roti Viral Yang Comel. Semoga bermanfaat untuk semua. selamat mencuba
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/09/resepi-japanese-milk-bread-roti-viral.html