Resepi Cromboloni Viral
🥮 Nahhh Resepi Cromboloni yang Viral tu
Bahan-Bahan buat Cromboloni:
250 gram tepung roti1/2 sudu kecil Garam20 gram marjerin cair1 Kuning Telur125 ml susu cair penuh krim30 gm Gula1 sudu kecil Yis Segera1/2 sudu kecil Garam100 gr Korsvet / Pastri MarjerinJem coklat Coklat berlapisAlatan khas, Rolling pin
Nak mudah beli puff pastri ni je:
https://shope.ee/3L2aIZ0TNB
Cara-cara Membuat Cromboloni:
Sediakan papan leper kayu atau meja bagi membentangkan puff pastri.
Sapukan pada puff pastri di atas papa tersebut dan canainya perlahan-lahan guna rolling pin.
Apabila doh terasa mudah untuk dibentuk serta anjal, anda boleh mula membentuk cromboloni.
Sila potong pastri dengan memanjang dan lebar ikut citarasa anda.
Kemudian, susun diatas satu persatu pastri yang anda potong tadi.
Seterusnya, gulungkan dari hujung ke hujuang secara kemas dan cuba bentukan bulatan bola sehingga doh habis.
Sekiranya anda inginkan cromboloni yang besar boleh tambahkan sahaja gulungan pastri puff.
Susun pastri yang dibentuk tadi dalam loyang leper bulat.
Beli acuan loyang cromboloni di sini: https://shope.ee/9KJnRXndtr
Pukul kuning telur dan sapukan pada setiap pastri yang siap digulung tadi.
Kemudian, panaskan dahulu ketuhar pada suhu 180 darjah.
Anda boleh bakar cromboloni lebih kurang dalam 20-25 minit.
Setelah kelihatan warna keperangan dan masak, boleh terus keluarkan dari api bagi sejukkan ke suhu bilik.
Apabila cromboloni sudah sejuk, bolehlah sapu jem kesukaan anda guna penyepit dan alat yang tajam untuk membuat rongga ditengah.
Masukkan jem tersebut ke dalam lubang dengan bantuan piping bag.
Cromboloni anda sudah siap! dan boleh dinikmati segera bersama keluarga.
Kredit: Empunya Resepi
Sumber: Farisya Anisaa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://arnamee.blogspot.com/2024/03/resepi-cromboloni-viral.html