Resepi Buttermilk Chicken Cheese


Nak masak ayam tapi tak tahu nak masak apa. Buntu fikir resepi ayam yang menarik untuk dicuba masak berbuka nanti. Sesekali teringin juga tukar menu masakan ayam. Asyik-asyik ayam kicap 3 budak gemok, rendang ayam, ayam masak cili api dan masakan ayam yang biasa masak tu. Tengok dalam peti ais ada stok ayam pop corn frozen tu.ting! Dapat idea dah

Makanya, kita akan masak ayam buttermilk susu segar tambah cheese dan bertukar nama jadi buttermilk chicken cheese. Cheese pun ada stok, kira ngam lah ni. Macam menarik bunyinya tu kan dan macam sedap juga sesedap namanya. Sebelum ni pernah juga masak udang goreng butter telur masin, udang galah masak butter dengan ketam butter telur masin. Semuanya sedap! Tak pernah tak sedap, tengok je dah kecur air liur dah.
Hidangan buttermilk chicken simple ni sejenis hidangan yang popular sekarang ni dan digemari ramai. Butter chicken sesuai makan dengan apa? Sesuai sangat kalau di makan dengan nasi panas. Seriously sangat menyelerakan untuk kau orang yang suka masakan jenis butter. Kalau Fiza, memang tak tolak lah. Nak memasaknya pun mudah je. Tak pandai masak pun boleh jadi hebat memasak di dapur acah-acah chef handalan



Bahan-Bahan Buttermilk Chicken CheeseAyam pop corn frozen
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
3 tangkai cili
1 sb butter
1 sb minyak masak
1/2 cawan fresh milk
1/4 sk garam
1/4 sk black pepper
1 slice cheese

Cara Masak Buttermilk Chicken CheeseGoreng ayam sehingga masak, angkat dan ketepikan. Kemudian, panaskan butter dan juga minyak masak. Boleh juga gunakan kuali yang sama dan kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tu dan tinggal tambah butter je. Tumiskan bawang putih, cili api dan daun kari sehingga naik bau dan garing

Setelah garing, masukkan susu dan biarkan mendidih seketika. Taburkan black pepper dan garam. Masukkan ayam pop corn yang dah siap goreng dan kacau rata bagi mesra serasi bersama. Akhir sekali baru masukkan slice cheese atau apa juga jenis cheese ikut suka. Tak nak tambah cheese pun boleh, nanti dia akan jadi buttermilk chicken je la

5 Menu Ayam Buttermilk1. Spaghetti Chicken ButterTapi tambah cheese akan jadi super sedap sebab Fiza suka cheese. Lagi-lagi kalau tambah cheese tarik tu ha. Aduhaiii, boleh buat telan air liur pagi-pagi ni. Tahu tak dengan menu buttermilk chicken cheese ni, kau orang boleh pelbagaikan. Contohnya, kau orang boleh makan dengan spaghetti. Resepi spaghetti butter chicken tu buat sos macam ni dan cuma tambah spaghetti je

2. Ayam Masak Butter Telur MasinSelain tambah cheese, untuk peminat telur masin (salted eggs) boleh tambah telur masin untuk sedapkan lagi rasa sos butter tu. Tak ada telur masin, boleh guna je salted eggs powder yang ada. Kalau guna telur segar, kena rebus dulu ye. Selepas rebus tu, kisar dengan air susu rasa dia akan jadi sedap berbanding kita hancur lenyekkan tu. Tapi jenis suka kasar, kasar boleh lenyekkan je

3. Ayam Buttermilk LemonUntuk hilangkan muak, boleh juga perahkan lemon untuk rasa yang lebih sedap kalau kau orang suka nak letak perahan lemon. Untuk perahan lemon ni Fiza belum cuba lagi macamana rasa dia. So far okay je kot kalau tambah lemon, akan ada rasa masam-masam sikit. Tapi sedap, mungkinlah kan. Tak cuba lagi tak tahu lah

4. Ayam Buttermilk BerempahBerempah? Macamana entah rasa buttermilk berempah tu kan. Menarik juga kalau ayam masak butter tambah rempah. Mungkin boleh tambah serbuk kari dan serbuk cili. Kena carilah resepi ayam buttermilk berempah kalau kau orang nak cuba rasa. Fiza jamin, mesti sedap juga ni

5. Butter Chicken NestumUntuk menu butter chicken nestum ni Fiza pernah nampak je tapi belum pernah cuba campurkan dengan nestum sebab stok nestum tak ada kat rumah. Selain nestum, boleh juga gantikan cereal untuk lebih crunchy

Masakan buttermilk chicken ni kalau nak mudah kau orang guna ayam yang dah salut tepung frozen tu je. Kalau rajin boleh buat sendiri ayam salut tepung guna bahagian dada ayam sebab tak ada tulang. Boleh gunakan tepung bestari, sedap katanya. Boleh jadikan dia ayam buttermilk bestari gitu

Pilihan Fiza, semua di atas. Susah nak tolak kalau semua menu sedap-sedap dan menyelerakan ni. Sesekali bertukar selera kepada western sikit why not kan. Cara masak pun lebih mudah daripada masakan tradisional. Kiranya kalau nak menu simple dan sedap, bolehlah masak buttermilk chicken ni. Makan ratah gitu tanpa nasi pun sedap juga



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azhafizah.com/2020/05/resepi-buttermilk-chicken-cheese.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buttermilk Pop Corn Chicken Cheese Salted Egg

Buttermilk Pop Corn Chicken Cheese Salted Egg

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 754 hits
Fuhhh jenuh mengejar entry masakan berbuka sepanjang bulan puasa Belum ada yang tercicir lagi nampaknya Kiranya dah back on track dah ni Semalam masak lagi buttermilk pop corn chicken cheese salted eggs untuk menu berbuka hari ke 21 Ramadha...
Resepi Red Velvet Oreo Cheese

Resepi Red Velvet Oreo Cheese

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 740 hits
RED VELVET OREO CHEESE AZNIE KHASRI BAHAN 500G BUTTER85G GULA HALUS1 S B OVERLATTE10 BIJI TELUR1 TIN SUSU PEKAT MANIS1 S B ESEN VANILA150 G HORLICK70 G SERI KAYA275 G TEPUNG HONG KONG250 G CREAM CHEESE 1 S B COKLAT EMULCO1 S B RED VELVET PA...
Resepi Biskut Semperit Cream Cheese

Resepi Biskut Semperit Cream Cheese

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 668 hits
AssalamualaikumBismillahBaru baru ni aku banyak join group resepi di facebook Selain group Masak Apa Hari Ini aku suka dengan group Dapur Bidadari Ada banyak sangat resepi yang menarik dalam group tu Salah satunya Resepi Biskut Semperit Cre...
Berjaya Masak Resipi Salted Egg Buttermilk Chicken

Berjaya Masak Resipi Salted Egg Buttermilk Chicken

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 634 hits
Teringin punya pasal weh nak makan Salted Egg Buttermilk Chicken terpaksa masak sendiri sebab nak makan kat kedai mana boleh pergi kan sepanjang PKP ni Makanya semalam tag team dengan wife untuk masak menu ni Google punya Google jumpa la me...
Resepi Angel Hair Dengan Sos Prego Mac Cheese Mudah Tapi Sedap Rasanya

Resepi Angel Hair Dengan Sos Prego Mac Cheese Mudah Tapi Sedap Rasanya

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 958 hits
Semenjak dua menjak ini ada semacam sesuatu kegilaan aku dengan cheese Jadi aku terjumpa pula di pasaraya sos Prego Mac Cheese Ada pula tester yang di sediakan oleh jurujual Setelah merasa tergerak hati aku nak membeli se tin sos Prego Mac ...
Resepi Kek Lapis Rainbow Cheese

Resepi Kek Lapis Rainbow Cheese

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 611 hits
Kek Lapis Rainbow Cheese Sumber Nor LokmanDicuba oleh Aznie KhasriBahan500g cream cheese200g butter170g gula halus100g susu pekat1s b ovelatte1s t jus lemon10 biji telur 310 tepung hong kong tepung gandum ayakJem filling nix fruits secukupn...
10 Himpunan Resepi Biskut Raya Paling Senang Nak Buat

10 Himpunan Resepi Biskut Raya Paling Senang Nak Buat

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 1111 hits
Assalamualaikum wbt Himpunan Resepi Biskut Raya Paling Senang Nak Buat Hari ini adalah hari kesebelas kita menyambut bulan Ramadhan dan sebelas hari juga kita berpuasa Semoga bulan Ramadhan kali ini memberi peluang kepada kita semua untuk t...
Resepi Roti Puri Tak Pakai Yis Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Roti Puri Tak Pakai Yis Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 1119 hits
Berbuka puasa dengan Roti Puri bukan saja mengenyang kan tapi juga menjimatkan sebab Roti Puri ni makanan yang ringkas dan cara membuatnya juga cepat dan mudah Roti puri yang saya buat ni tak menggunakan Yis jadi dia punya roti jadi rangup ...
Resepi Kuih Cara Oleh Iehah

Resepi Kuih Cara Oleh Iehah

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 631 hits
Resepi Kuih Cara Harini mama nak share Resepi Kuih Cara oleh Iehah Terima kasih Iehah join segment share resepi dengan mama Kalau mama nak buat ni nampaknya kena cari acuan cara dulu ni Agak agak kat kedai runcit ada jual tak Biasanya kedai...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku