Resepi Ayam Masak Merah Nyonya Memukau Jiwa


Kredit: Gerald Lee Ayam masak merah dan rakyat Malaysia memang berpisah tiada. Kalau kita mahu sediakan suatu yang istimewa tetapi tidak begitu merenyahkan dan mengambil masa yang lama untuk disediakan, semestinya, ayam masak merahlah yang menjadi pilihan hati.
Apabila kita melihat dari segi asal-usul ciptaan sajian ini, mungkin kita tidak akan dapat memberi jawapan yang tepat ataupun sama. Ada yang mengatakan bahawa ayam masak merah ialah masakan Melayu. Ada juga yang mengatakan bahawa masakan ayam masak merah ini wujud akibat pertembungan budaya masyarakat Jawi Peranakan di Pulau Pinang dan ada juga yang mengatakan bahawa ayam masak merah ialah masakan nyonya.
Walau apapun asal-usul sajian ini, apa yang pasti kita semua cukup menyukai sajian ayam ini tambah-tambah lagi jika dihidangkan sewaktu kenduri-kendara mahupun jamuan.
Ayam Masak Merah Nyonya: Satu Variasi atau Tidak? Saya tahu terdapat pelbagai variasi resepi masakan ayam masak merah yang boleh didapati di luar sana dan salah satunya ialah resepi ayam masak merah ala nyonya. Dari kecil lagi, saya sentiasa melihat mak menyediakan ayam masak merah sebagai lauk sampingan nasi lemak. Oleh itu, untuk beberapa tahun, saya menganggap bahawa masakan ini merupakan lauk sarapan dan bukannya lauk istimewa kenduri-kendara bagi masyarakat Melayu.
Kalau nak dilihat pada perbezaan resepi ayam masak merah mak dan juga ayam masak merah Melayu, apa yang saya boleh katakan ialah resepi ayam masak merah mak lebih masam manis berbanding ayam masak merah Melayu yang agak pedas dan agak berlemak. Mungkin, semua variasi resepi yang ada di luar sana bukanlah berbeza dari segi bahan digunakan tetapi dari segi perisa dan kadar kepedasannya. Apapun, ini cuma pendapat saya sendiri. Kalau anda, bersetuju atau ada pendapat lain, kongsilah dengan saya ya.
Tetapi sebelum itu, apa kata anda cuba dulu resepi ayam masak merah versi saya ini dan barulah anda membuat keputusan.
Bahan-Bahan:
a) Bahan kisar
10 tangkai cili kering2cm halia, dikupas kulit 4 ulas bawang putih2 biji bawang merah2 biji tomato, dihiris b) Bahan lain
Seekor ayam, dipotong 14 dan dicuci3 sudu besar serbuk kunyit2 sudu teh garam2 sudu besar air asam jawa, campurkan 1 sudu besar pes asam jawa dengan 2 sudu besar air suam) 2 sudu besar gula melaka, diparutGula dan garam secukup rasa1 sudu besar sos tiram3 sudu besar pes tomato1 tangkai daun kari2 biji bawang besar, dihiris 1 ulas bawang putih, dicincang4 sudu besar minyak gorengan ayam c) Hiasan
2 biji bawang besar, dihiris Cara-Cara:
a) Ayam Cuci dan bersihkan ketulan ayam. Masukkan ayam dalam besen besar.Masukkan serbuk kunyit dan 2 sudu besar garam. Gaul hingga setiap ketulan ayam dilumur perapan ini.Masukkan 1 cawan minyak di dalam kuali dan panaskan atas api sederhana besar. Apabila sudah cukup panas, goreng ayam selama 15 minit atau hingga ayam masak.Ketepikan. Jangan lupa untuk toskan ayam agar tidak begitu berminyak. b) Kuah
Kisar semua bahan rempah.Dalam kuali lain, masukkan 4 sudu besar minyak gorengan ayam dan panaskan atas api sederhana besar.Tumis daun kari dan bawang selama 1 minit.Masukkan bawang putih cincang.Masukkan rempah yang dikisar dan tumis hingga pecah minyak. Untuk ketahui sama ada kuah sudah pecah minyak, terdapat lopakan-lopakan minyak kemerahan di permukaan.Masukkan sos tiram, gula melaka, garam dan lada hitam.Masukkan pes tomato.Masukkan air asam jawa.Masukkan 3 sudu besar air dan biar kuah mereneh selama 1 minit.Masukkan potongan tomato dan ayam goreng. Kacau rata dan biar kuah mereneh selama 5 minit atas api sederhana kecil. Tutupkan kuali untuk mempercepatkan proses renehan.Masukkan hirisan bawang dan kacau rata. Padamkan api. Lauk Ayam Diminati Semua Lapisan Umur Resepi ayam masak merah ini tidak begitu pedas. Jadi, memang sesuai untuk dinikmati oleh keluarga yang mempunyai orang tua dan kanak-kanak kecil di rumah. Jika anda nak hasil masakan anda sedikit pedas, anda boleh tambahkan sukatan cili kering yang digunakan ataupun, masukkan cili merah dalam bahan kisar nanti.
Kalau anda nak berkongsi resepi nostalgia anda, anda boleh mesej saya di profil media sosial Butterkicap, baik di Instagram ataupun Facebook. Untuk mencuba hasil air tangan saya, anda boleh kunjungi profil Instagram saya dan buat tempahan. Mana tahu, saya boleh buat anda jatuh cinta dengan masakan Nyonya nanti. Apapun, selamat memasak dan moga resepi ini menceriakan hari anda dan keluarga!
The post Resepi Ayam Masak Merah Nyonya Memukau Jiwa appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/resepi-ayam-masak-merah-nyonya-memukau-jiwa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Tomato Simple Aje Lengkapkan Dengan Kambing Bakar Ayam Masak Merah

Nasi Tomato Simple Aje Lengkapkan Dengan Kambing Bakar Ayam Masak Merah

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 1194 hits
Teringin nak makan nasi tomato ni dia resipi mudah dari Hidayati Hana yang dikongsikan dalam grup Rasa Share Resipi Paling best kalau digandingkan bersama ayam masak merah kambing bakar salad arab dan papadom Bagi melengkapkan set Nasi Toma...
Resepi Ayam Masak Kunyit Simple Tapi Menyelerakan

Resepi Ayam Masak Kunyit Simple Tapi Menyelerakan

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 3376 hits
Tu dia dia mai dah dengan segmen dapur sekangkang kera lekatlekit katanya Bukan apa Niat nak aktifkan blog ni dah mula suram muram tapi artikel artikel baru nak nak lagi baru je renew domain kan so jangan bazirkan dok bayar sewa domain tiap...
Cara Masak Resepi Nasi Briyani Ayam Simple Langkah Demi Langkah Dengan Noxxa

Cara Masak Resepi Nasi Briyani Ayam Simple Langkah Demi Langkah Dengan Noxxa

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 618 hits
Cara Masak Resepi Nasi Briyani Ayam Simple Langkah Demi Langkah Dengan Noxxa Resepi nasi beriani memang banyak tapi tak semuanya mudah untuk di masak Kerana itu dalam banyak banyak resepi untuk buat nasi beriani ni daku lebih sukakan resepi...
Rendang Ayam Resepi Ma

Rendang Ayam Resepi Ma

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 493 hits
Rendang Ayam Resepi Ma Assalamualaikum Hai korang semua lama tak taip entri dekat blog ni last pada 9hbl baru ni Biasa la kalau suami ada dirumah nak tengok blog tak boleh sebab laptop jadi miliknya hahaha Sibuk la sikit buat kerja rumah ya...
Daging Masak Merah Sedap Macam Di Kedai Tomyam

Daging Masak Merah Sedap Macam Di Kedai Tomyam

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 521 hits
Kalau berkunjung ke kedai tomyam pasti lauk yang menjadi kemestian ialah Daging Masak Merah Memang bertambah makan jika hirisan dagingnya nipis dan rasanya sedap Andai masih enggan makan di kedai boleh saja menu ini dimasak sendiri Boleh ma...
Resepi Sawi Siew Pak Choy Masak Sos Tiram Sedap

Resepi Sawi Siew Pak Choy Masak Sos Tiram Sedap

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 796 hits
Resepi sawi siew pak choy masak sos tiram ini adalah resepi yamg paling mudah aku rasa Tapi rasanya sedap sangat kalau masak sayur cara begini semangkuk besar pun boleh habis sekali hidang makan tengahari tapi dengan syarat makan waktu masi...
Resepi Udang Dan Labu Masak Lemak

Resepi Udang Dan Labu Masak Lemak

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 558 hits
hai assalammualaikumResepi Udang Dan Labu Masak Lemak Lama tak makan buah labu haritu beli sayur online dekat freshmart dekat shopee nampak buah labu terus beli Idea datang nak masak denagn udang buat masak lemak uu sedapnyaa Udang pun suam...
Resepi Ayam Panggang Ala Dominos

Resepi Ayam Panggang Ala Dominos

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 767 hits
RESEPI AYAM PANGGANG ALA DOMINOSBAHAN BAHANAyam telah dipotong120 gram sos cili120 gram sos tomato120 gram sos tiram 2 sudu besar madu 2 sudu besar gula1 sudu besar garam1 sudu besar serbuk cili2 sudu besar lada hitam2 ulas bawang putih di ...
Resepi Udang Masak Lemak Dengan Nenas Tak Masuk Lada Kering Khas Untuk Anak Anak Kecil

Resepi Udang Masak Lemak Dengan Nenas Tak Masuk Lada Kering Khas Untuk Anak Anak Kecil

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 564 hits
Ingat nak masuk lada kering dengan cili api sikit biar terasa pedasnya tu sikit tapi kesian pula dengan anak anak buah berdua ni Dah la si kakaknya tu jenis susah nak makan So nak tak nak kita buat sambal lada ajelah sebagai gandingannya Bi...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik