Resepi Asam Pedas Ikan Pari Favourite En Suami
Assalamualaikum..
Asam pedas merupakan makanan fav kebanyakkan orang ramai...masakan asam pedas ni sangat terkenal dia Johor dan Melaka..Asam Pedas juga merupakan makanan kegemaran suami SA. Tak kisah la ikan apa...tapi selalunya SA suka buat guna ikan pari atau ikan kembung yang gemuk- gemuk tu. Pernah juga buat guna ikan keli dan ikan siakap..pun sedapa gak...cuma kalau guna ikan pari selalu kena scam ngan ikan pari tu...sebabnya dapat rasa yang dh x fresh dan ada bau hancing...pernah buang seperiuk sebab x boleh makan ikannya. Ada bau hancing yang melampau..
SA masih x boleh bezakan Asam Pedas Johor dan Melaka...bahan semua sama aje..x tau apa yang membezakan asam pedas dari 2 negeri ni...ada sesiapa boleh bagi pencerahan? Tapi SA dah pandai la masak asam pedas...kalau suami mintak dah boleh la masak..
Jom tengok resepi yang SA guna dan SA rujuk dari FB....kredit gambar dan resepi kepada pemilik resepi ye..
RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI
Ikan boleh guna apa sahaja ikut citarasaBunga kantanBendiDaun kesumTomato - belah7-8 sudu makan pes cili - lebihkan jika suka pedasAir asam jawa @ pes asam jawaGaram, gula dan perasa secukupnya
Bahan kisar :
1-2 biji bawang besar - nak kuah pekat boleh guna lebih5 ulas bawang putih1 inci belacan1 hiris halia1 hiris lengkuasSerai - dititik
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan serai yg telah dititik. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
3. Tambahkan air asam jawa dgn secukupnya. Boleh juga tambah pes asam jawa kemudian tambah air mengikut kepekatan yg diingini.
4. Bila kuah mula mendidih masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan dan juga bendi. Biar hingga ikan masak dan sayur lembut.
5. Masukkan hirisan tomato serta perasakan dgn garam, gula, secukup rasa.
Kredit Resipi & foto : Haslinda Hashim
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2024/04/resepi-asam-pedas-ikan-pari-favourite.html