Resepi Almond London Cookies
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hai korang, buat apa tuu?
Nampak tak biskut kat atas tu? dapp kan kan? ngeheee.
kemaingg aku post cookies bagai..hari tu letak gambar stepek biskut semperit. haha.
Ok entri kali ni Nana nak share kat kengkorang semua resepi biskut yang memang sah dan di cop oleh orang ramai tak kira tua ke, muda ke tersangatlah sedap tau. Siap masuk thivi tau dak biskut ni.
Ala kata fofuler dah biskut ni. Biskut apa ?
Alaaa, biskut Almond London lerr, dalam buku-buku masakan, majalah, kadang surat khabar pon ade tertempek biskut Almon London nih. kann.
Tengok, nama pon dah ala ala henggeris tau. mana la tau kot kot masa makan biskut ni terbayang laa main kejar kejar kat Lhondon gituu khannn.. haha .
Selalu nana buat biskut Almon London ni time raya je, time lain-lain agak kemalasan la jugek..
kueng kuennng.
Ok asyik membebel je jom tengok bahan-bahan nye dulu okeh.
Pergi lah ambik kertas A4 dan pen siap-siap, salin resepi kat bawah ni, mana la tau tetibe niat kerajinan nak buat ke nanti... haha.
Bahan-Bahan ( 150 biji )
250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (optional)
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
Bahan Salut :-)
700 g coklat masakkan (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya
Cara Membuatnya | Step By Step follow below this picture
Pukul mentega dengan gula hingga kembangMasukkan telur satu persatuPukul sebatiMasukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati
5. Masukkan serbuk badam dan kacau
6. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
7. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
8. Kacau hingga adunan menjadi doh
9. Nampak dak? dah jadi doh kan. (sila kata poyo sebab tetibe buat love love bagai)
10. Bulatkan doh macam nana buat tu la. fuh penat gak la nak membulatkan beliau.
11. Lepastu letak lah kacang badam yang dah di goreng tadi.
12. Then, korang bentukkan doh tu jadi bujur sireh. Jangan besar dan kecik sangat tau.
Dah siap letakkan dalam dulang pembakar yang dah di sapu mentega.
*Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
13. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil" serta masukkan lemak sayur.
Agak-agak dah sebati dan tiada ketul ketul, tutup api.
14. Bila biskut dah masak dan di sejukkan. susun molek molek naaa kat paper cup tu.
( abaikan aje kalau biskut i senget benget or kecik beso )
15. Jangan segan silu masukkan coklat menggunakan sudu, kalau tak nak comot boleh guna pipe
bag ye. Macam nana ni kan bajet teror la sangat nak gune sudu. kahkah.
16. Setelah itu taburkan bunga kacang badam cincang ke atas biskut tadi. Suka hati la nak sikit ke
banyak ke atau penuh satu biskut tu nak letak. haa lantak lah..
Ok dah siap semuanye tunggu la biskut tu sejuk selama 1 jam ke 2 jam ke berjam jam ke ikut suka hati la yea.
Haaa, senang tak? lepas ni gegerl gegerl semua boleh la praktis buat ye. Boboy boy pom boleh je praktis. itu pun kalau la jadik..kehkehkeh.
selamat mencuba.. papaiii.
p/s : biskut semperit pon sodap gak kann?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://farhanazin87.blogspot.com/2012/11/resepi-almond-london-cookies.html