Request For Inspection Form Untuk Jurutera Tapak
Hari ni nak share sikit pasal quality form technical yang diguna pakai kat tapak bina
Gambar atas ni...gambar Borang Request for Inspection atau singkatannya RIN
Tak sure satu Malaysia pakai ke tak,Tapi sepanjang 10 tahun dalam arena pembinaan,Lebih kurang macam atas tu la borangnya
Ikut kita punya kontraktor utama..
Tiap kontraktor ada format borang sendiri
Kalau kerja dengan kontraktor utama,Minta la borang ni dari QA/QC engineer,Kalau kerja dengan sub kontraktor, minta la pada kontraktor utama korang tu
Walaupun borang nampak lain,Tapi maklumat yang diperlukan,Lebih kurang aje
Nama projek, tarikh, bila nak buat inspection,Apa inspection yang nak dijalankan, kat mana lokasinya,Lagi bagus buat salinan dalam saiz A3 atau A4..
Highlight kat mana inspection kerja tu nak dijalankan
Kerja-kerja yang mewajibkan RIN ni adalah seperti kerja konkrit
Sebelum kerja konkrit dilaksanakan,Jurutera perunding atau wakilnya kena la semak dulu bemda yang nak dikonkrit
Kalau nak konkrit tiang,Kena bawa perunding buat pemeriksaan tiang tu dulu,Check saiz tiang, saiz dan bilangan besi, sama tak macam dalam drawing. Check juga verticality tiang tu.
Jangan dah siap konkrit baru nampak tiang tu senget.
Kalau kerja konkrit lantai...
Lagi renyah.
Bukan setakat kena panggil perunding struktur (c&s consultant) aje,
Nak kena panggil M&E consultant atau wakilnya sekali tengok site.
Sebab, biasanya kat dalam lantai ada wiring.
Kena tengok dulu sama tak dengan drawing elektrikal.
Lena tengok juga...ada tak opening untuk kerja paip
Nak pasang toilet bowl atau floor trap,
Kena sediakan lubang untuk services tu dulu siap siap,
Coring lantai konkrit amatlah tidak digalakkan ye.
Jadi bila semua benda benda tu dah diinspect,
Konsultant dah sign,
Barulah boleh order konkrit dan crane ...haa..gitu..
Bukan belasah konkrit sesuka hati...
Kalau salah kang...ko nak pecah balik ke?
Ni baru form request for inspection...
Ada banyak lagi quality form sebenarnya...
Tapi yang ni sangat penting...
Kalau bos tanya..
"Awak dah bukak rin?"
Janganla buat blur sotong pulak.
Kesian awak tak dpt bonus nnt...
Oklah...next time Mama Yan tulis pasal quality form lain pulak ye..
Sekian, wassalam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2019/04/request-for-inspection-form-rin-untuk.html