Reputasi Terjejas Bubblebee Henti Usahasama Dengan Rakan Kongsi 4 Cawangan Disiasat Sprm


SUSULAN siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), syarikat pengeluaran air minuman Bubblebee Sdn Bhd menamatkan usahasama di empat cawangan yang terkait dengan siasatan berhubung pengubahan wang haram.
Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee, Datuk Ismail Abdul Rahman berkata, apa yang berlaku terhadap rakan usahasama mereka telah mendatangkan kesan negatif yang secara tidak langsung menjejaskan reputasi perniagaan tersebut.
Malah, perkara itu turut menyebabkan salah seorang ahli lembaga pengarah Bubblebee iaitu Shuib dipanggil bagi membantu siasatan.
“Walaupun kami sendiri tidak pasti tentang kebersalahan rakan usahasama cawangan kami ini kerana kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa, tetapi yang jelas, siasatan ke atas rakan usahasama ini telah mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan kami dengan teruk sekali.
“Sehubungan dengan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan kesemua rakan usahasama yang menguruskan empat cawangan berkenaan, ” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, empat cawangan iaitu Bubblebee Ampang, Senawang, Sentul dan Sungai Buloh akan ditutup untuk sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.
Sebagai makluman, Ismail berkata, syarikat tersebut ditubuhkan pada hujung tahun 2019 dengan menghimpunkan beberapa usahawan yang pakar dalam bidang masing-masing terutamanya dalam industri minuman, penghasilan madu lebah, dan pemasaran.
Pasangan selebriti tanahair, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah yang berperanan dalam bidang pemasaran menjadikan Bubblebee kini bukan sahaja minuman, malah jenama perniagaan yang dikenali ramai yang menjadi igauan pengusaha untuk menjadi rakan kongsi atau francais.
Sehingga kini, Bubblebee mempunyai 17 cawangan iaitu 11 cawangan merupakan milik penuh manakala enam cawangan lagi dibuka secara usahasama.
Pada 1 Oktober lalu, Shuib dan isterinya dilaporkan dipanggil hadir ke pejabat SPRM, Putrajaya berhubung pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.
Shuib dan Sarah menerusi Instagram miliknya menjelaskan mereka dipanggil bagi memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan tersebut.
Sumber: Mstar Online


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2020/10/reputasi-terjejas-bubblebee-henti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bubblebee Tamatkan Kerjasama Dengan Rakan Yang Disiasat Sprm Kerana Reputasi Perniagaan Terjejas Teruk

Bubblebee Tamatkan Kerjasama Dengan Rakan Yang Disiasat Sprm Kerana Reputasi Perniagaan Terjejas Teruk

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 424 hits
The ReporterSusulan rakan usahasama perniagaan produk minuman BubbleBee yang ditahan dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pengeluar produk minuman berkenaan mengambil keputusan untuk menamatkan kerjasama di antara mereka Ketu...
Empat Cawangan Bubblebee Ditutup Serta Merta Akibat Rakan Usahasama Disiasat Sprm

Empat Cawangan Bubblebee Ditutup Serta Merta Akibat Rakan Usahasama Disiasat Sprm

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 434 hits
Sebentar tadi tersebar pula berita penutupan empat buah cawangan produk minuman BubbleBee milik pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu Empat cawangan itu adalah di Ampang Sungai Buloh Sentul dan Senawang Perkara ini disahkan oleh Ketua P...
Akaun Kena Beku Rumah Digeledah Apa Dosa Saya Fara Mendoza Mengaku Disiasat Sprm

Akaun Kena Beku Rumah Digeledah Apa Dosa Saya Fara Mendoza Mengaku Disiasat Sprm

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 934 hits
Pelakon kontroversi Fara Mendoza mengakui telah memberikan kerjasama kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung kes pengubahan wang haram malam tadi Fara memberitahu perkara tersebut menerusi paparan Instagram Storynya se...
Fara Mendoza Mengaku Disiasat Sprm Akaun Dibekukan Apa Dosa Saya Rumah Digeledah

Fara Mendoza Mengaku Disiasat Sprm Akaun Dibekukan Apa Dosa Saya Rumah Digeledah

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 865 hits
Alhamdulillah saya tak bersalah syukur Hari ini 1 10 2020 saya telah dipanggil hanya untuk memberi kerjasama tulis pelakon kontroversi Fara Mendoza yang mengakui telah memberikan kerjasama kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...
Shuib Anggap 23 Jam Disiasat Sprm Asam Garam Bergelar Usahawan

Shuib Anggap 23 Jam Disiasat Sprm Asam Garam Bergelar Usahawan

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 420 hits
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila Siti Sarah dan Shuib dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya berhubung perkara berkaitan pengubahan wang haram Menerusi Instagram Shuib menzahirkan rasa te...
Datuk Seri Suspek Utama Sindiket Pengubahan Wang Haram Panjat Pagar Lari Dari Sprm

Datuk Seri Suspek Utama Sindiket Pengubahan Wang Haram Panjat Pagar Lari Dari Sprm

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 1002 hits
Baru sahaja dibebaskan kelmarin suspek utama kes sindiket pengubahan wang haram bergelar Datuk Seri dilaporkan telah melarikan diri Difahamkan lelaki itu sepatutnya ditahan polis untuk membantu siasatan kes perjudian online Tetapi suspek be...
Suspek Utama Bukan Panjat Pagar Sprm Tetapi Dibantu 2 Bodyguard Amp Sebuah Myvi Tunggu Di Tepi Jalan

Suspek Utama Bukan Panjat Pagar Sprm Tetapi Dibantu 2 Bodyguard Amp Sebuah Myvi Tunggu Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 416 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini tampil menafikan dakwaan kononnya suspek utama bergelar Datuk Seri dalam sindiket Macau Scam dan perjudian online telah lari dengan memanjat pagar belakang bangunan ibu pejabat SPRM baru baru ...
Datuk Seri Macau Scam Lari Panjat Pagar Sprm Kini Diburu Polis

Datuk Seri Macau Scam Lari Panjat Pagar Sprm Kini Diburu Polis

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 764 hits
Baru baru ini hangat diperkatakan apabila beberapa individu termasuk Datuk dan Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah selepas disyaki terlibat dalam sindiket penipuan Macau Scam Difahamkan sidiket itu juga menggunakan populariti a...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik