Representasi Seksualiti Dalam Filem Melayu



Dalam satu sekuen filem Perempuan, Isteri & … (1993), syot watak utama Zaleha dan Tapa, basah kuyup disirami hujan dalam ladang getah, disandingkan dengan syot suami Zaleha, Amir (berada di tempat lain) sedang menukar tayar keretanya yang pancit. Apabila Tapa mendekati Zaleha, syot disandingkan pula dengan syot Amir sedang berhempas-pulas mengetatkan nat tayar keretanya.Malah sandingan syot-syot ini diakhiri dengan syot susu getah menitik jatuh ke dalam bekas yang diikat di pokok getah

Dalam sekuen lain, syot seorang gadis yang dibawa seorang pemuda untuk berasmara dalam semak hutan melibatkan teknik intercut dengan syot orang-orang kampung yang sedang menumbang dan melapah seekor lembu bagi menyambut kedatangan seorang ahli politik ke kampung mereka. 
Apa pun kisah seksualiti wanita yang memporak-perandakan seluruh kampung dalam Perempuan, Isteri & … telah menjadikan filem ini provokatif dan mencetuskan kontroversi ketika ditayangkan. Ada pihak yang menggelarkan filem ini ‘misoginis’ dengan merendahkan imej wanita Melayu-Muslim. Namun, ada pula mendakwa yang ia mengangkat martabat wanita. Sememangnya representasi seksualiti dalam filem ini membawakan dinamisme dan kompleksiti berkaitan subjektiviti kewanitaan, sesuatu yang melampaui ‘hitam dan putih’. Malah, dengan pengaruh tradisi formalisme sinema Soviet era 1920-an (seperti teknik montaj intelektual tadi), pengarah U-Wei Haji Saari telah menggembleng seksualiti bersama strategi sinematik yang bijak. Ini termasuk pemanfaatan syot-syot subjektif lagi voyeuristic (bersifat mengintai) yang menyumbang kepada keseluruhan form dan pemaknaan filem ini


Dalam filem-filem Melayu, seksualiti dipersembahkan dengan beberapa pendekatan dan tujuan. Antaranya membawakan seksualiti sebagai tabu (sebagai subjek), menunjangi tema dan naratif. Ada pula beberapa filem cenderung menyerlahkan erotisisme dan sensualisme termasuk percubaan menampilkan seksualiti sebagai sesuatu yang eksploitatif dan sensasi picisan (contohnya, pemaparan babak-babak rogol atau pemerkosaan). Namun secara umumnya masih terkawal berbanding sinema negara jiran seperti Indonesia dan Filipina disebabkan banyak faktor seperti peranan badan penapisan filem. Cuma, perspektif kamera yang sering galak merakam dan mengobjektifi­kasikan wanita tidak jauh berbeza dengan sinema Hollywood atau Eropah pada era tertentu.Walaupun era 1990-an sinonim dengan paparan babak-babak ‘selingan’ di kolam renang (untuk mewajarkan watak-watak wanita berbikini), selain Perempuan, Isteri & … sejumlah filem secara serius merepresentasikan gender (terutamanya wanita) dengan citra berkaitan seksualiti. Antaranya seperti Hati Bukan Kristal (1990), Black Widow Wajah Ayu (1994), Ringgit Kasorrga (1995) dan Amok (1995). Sebuah lagi filem bertemakan seksualiti, Panas (Nurhalim Ismail, 1998) yang dapat dikesan terpengaruh dengan Perempuan, Isteri & … –memerihalkan dilema seorang gadis kampung yang berkahwin dua kali. Pertama, dengan ayah angkatnya sendiri (yang luar biasa gelora nafsu serakahnya) dan kedua, dengan seorang pemuda kaya dari bandar yang lemah tenaga batin

Era 1980-an memperlihatkan banyak filem menyelitkan elemen seksual daripada melodrama (Sesejuk Airmata Ibu, Potret Maria) kepada komedi (Adik Manja, Hantu Siang). Kebanyakannya tentang wanita yang menjadi mangsa rakus lelaki atau yang hanyut bersama badai kota. Terdapat beberapa buah filem yang khusus bertemakan seksualiti, seperti Dendam Dari Pusara (Ahmad Mahmood, 1983) tentang lelaki separuh usia yang dipulaukan masyarakat kampung kerana dituduh menghamili anak angkatnya dan masa silam gelapnya (pernah mengambil hati orang mati dijadikan ‘ubat pengasih’ untuk menggoda wanita). Jauh Di Sudut Hati (Z. Lokman, 1984) pula berfokuskan kepada seorang wanita, pengurus estet yang berhadapan dengan masalah suaminya yang sering kecundang di ranjang, tetapi seluruh estet telah heboh dengan khabar angin tentang suaminya itu seorang perogol bersiri

Sinema Melayu ‘era studio’ di Singapura menampilkan citra wanita yang lebih sensual sama ada di bandar atau desa, dalam dunia moden atau purba. Contohnya, watak-watak wanita bandaran ‘kelab malam’ yang menggoda (dengan mini skirt dan kebaya ketat) atau wanita desa yang berkemban dan bermandian di sungai. Filem dengan tema keislaman seperti Semerah Padi (P. Ramlee, 1956) turut memaparkan seksualiti wanita yang ‘menggoncang’ sebuah kampung yang cuba melaksanakan perundangan Islam

Elemen seksual turut mendasari beberapa filem lain, daripada Bunga Tanjong (1963) kepada Chinta Kaseh Sayang (1965) yang memperlihatkan kemodenan (menerusi perubahan sosiobudaya) sedang mengambil tempat. Pengarah Hussain Haniff umpamanya, memfokuskan seksualiti wanita dalam Chinta Kaseh Sayang. Seorang isteri kepada seorang pelukis yang hauskan belaian suaminya (yang sentiasa sibuk melukis) menjalinkan hubungan dengan suami orang. Bila terpaksa berpisah dengan lelaki tersebut, si isteri ini menerima pula pelawaan seorang pemuda bujang dan berfoya-foya dengannya. Sikap liberal (seksual) dan agensi rasional wanita Melayu ini adalah refleksi kemodenan Singapura era 60-an

Kandungan seksual yang ketara terdapat dalam filem-filem Melayu keluaran Studio Merdeka, KL lewat 1960-an dan awal 1970-an cerminan kepada perubahan budaya yang sedang melanda dan filem yang agak erotik serta sensual dalam sejarah sinema tempatan adalah Gelora (P. Ramlee, 1970). Kisah seorang ibu yang menjadi perempuan simpanan kepada seorang lelaki bangsawan serta menjalinkan hubungan ‘skandal’ bersama pemuda yang menjadi kekasih anak gadisnya, selain subplot hubungan sumbang mahram (yang tidak disedari). Filem lain yang agak seksual termasuklah Dr. Rushdi (1969), Bukan Salah Ibu Mengandong (1969), Di-Belakang Tabir (1970), Kalau Berpaut Di-dahan Rapoh (1971) dan Putus Sudah Kasih Sayang (1972). Kesemuanya menerokai tema-tema ‘dewasa’ seperti kekontangan nafkah batin, permasalahan seksualiti lelaki dan hubungan skandal terlarang

Sinema kontemporari (mile­nium baharu) semakin kurang merepresentasikan seksualiti, walau­pun segelintir filem tampil sedikit terbuka dengan isu ini. Daripada representasi seksualiti alternatif (seperti Dua Alam, … Dalam Botol) hinggalah ke filem-filem dengan tema seksualiti (seperti Buai Laju-laju dan Laga). Selain Dukun (yang ditayangkan selepas 12 tahun), dekad ini menyaksikan hampir tiada representasi seksualiti dalam filem-filem Melayu. Hal ini mungkin sejajar dengan perkembangan Islamisasi di Malaysia termasuklah kempen dan perlaksanaan aspek patuh syariah dalam segenap aspek kehidupan. Perkembangan ini turut menyaksikan citra sensual wanita berkebaya ketat atau berkemban kini diambil alih dengan citra wanita berhijab dan berjubah. - UTUSAN 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaviralnet.blogspot.com/2019/07/representasi-seksualiti-dalam-filem.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
You Melayu Ke Saya Cakap Disoal Dalam Bahasa Inggeris Ini Jawapan Tengku Razaleigh

You Melayu Ke Saya Cakap Disoal Dalam Bahasa Inggeris Ini Jawapan Tengku Razaleigh

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 377 hits
TOKOH politik terkenal Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mencuri perhatian wargamaya apabila menegur seorang wartawan yang bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris Menerusi laman sosial Twitter seorang pengguna ladyarshankaur berkongsi sepoto...
Malaysia Ini Bukan Melayu Punya Anwar Ibrahim

Malaysia Ini Bukan Melayu Punya Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 439 hits
Sebelum sokong Anwar dan PH tolong dengar betul betul Jangan menyesal kemudian Hari Dulu silap berikan kerajaan kepada MAHAFIRAUN Jangan pula beri kerajaan kepada NAMRUD MR Anak cina anak Anwar Dulu aku tak faham tapi sekarang dah fahamUntu...
Raja Raja Melayu Hadir Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja Hari Ini

Raja Raja Melayu Hadir Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 290 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Raja raja Melayu mula tiba di Istana Negara hari ini dijangka bagi menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja Raja Kenderaan rasmi dari Istana Johor antara terawal dilihat memasuki pintu utama Istana Negara ...
Pemimpin Melayu Ibarat Buih Di Lautan

Pemimpin Melayu Ibarat Buih Di Lautan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 303 hits
Sebahagian besar hanya tahu melatah pentingkan pangkat kedudukanBERKAMPUNG dua tiga hari di Kuala Lumpur dan mungkin lebih hanya untuk melatah tak tentu arah Rupa rupanya tiada pemuafakatan antara pemimpin Melayu Apatah lagi pemikiran strat...
Raja Raja Melayu Bersidang Esok

Raja Raja Melayu Bersidang Esok

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 332 hits
Raja raja Melayu akan bersidang bersama dengan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah esok sebelum solat Jumaat menurut laporan di akhbar The Star Seri Paduka sejak Selasa lalu telah berjumpa dengan sem...
Baju Melayu Moden Slim Fit Baju Raya 2017

Baju Melayu Moden Slim Fit Baju Raya 2017

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1167 hits
BAJU MELAYU MODEN SLIM FIT BAJU RAYA 2017BACA YANG NI DULU KALAU NAK ORDER MOHON UKUR SAIZ SIAP2 OKAY IKUT SEPERTI SIZE YANG DITETAPKAN TU Pre Order Sahaja Pre Order Sahaja Pre Order Sahaja BATCH 1 Tarikh Pre Order 3 4 2017 15 4 17Tarikh Ja...
Jom Sokong Kedai Sparepart Melayu Di Beserah

Jom Sokong Kedai Sparepart Melayu Di Beserah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 772 hits
Jom Sokong Kedai Sparepart Melayu Di BeserahKedai sparepart Melayu beserah Harga terbaek Minyak itam bateri harga cun2 trade in bateri harga tinggi Tapi kesian x ramai membeli disini Lihatlah raut wajahnya yg kasihan itu Jom support peniaga...
12 Jenis Hantu Melayu Yang Popular Dan Sering Kita Dengar

12 Jenis Hantu Melayu Yang Popular Dan Sering Kita Dengar

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 700 hits
Pernah tak anda tahu jenis jenis hantu dan kelebihan yang ada pada mereka Kali ini kami membawakan kepada anda 12 jenis hantu yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu di negara kita 1 LangsuirLangsuir adalah sejenis makhluk halus p...
Ajaibnya Melayu Dan Malaysia Ini

Ajaibnya Melayu Dan Malaysia Ini

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 217 hits
Kebiasaannya di seluruh dunia yang tertindas adalah golongan minoriti dan penindasnya adalah dari golongan majoriti Contoh penindasan yang terjadi adalah di USA Dimana black peoples golongan minoriti ini dijadikan hamba abdi tiada hak mengu...
Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

10 Aktiviti Outdoor Di Gopeng Perak

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

Seeing Green A Hi Vis 74 Rickman Cr900 Selling At Mecum

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Tips Menghadapi Perubahan Zon Masa

21 Petua Mesti Tahu Untuk Semarakkan Kasih Sayang Suami Isteri Setiap Hari

Manis Sederhana Intan Najuwa Kongsi Momen Majlis Tahnik Anak

The Mins Kota Damansara

Masalah Gut Cuba Jus Celery Epal Timun Dan Lemon Untuk Kelegaan Segera

Car Solid Perfume Fragrance