Renungan Buat Kita Semua Kisah Sosial Kehidupan Adik Beradik



Zaidah Sabjan

Renungan dan Iktibar buat diriku dan kalian yg masih ada adik beradik..

Antara ujian ketika meniti hari tua adalah ujian dengan adik beradik sedarah sedaging.

Ujian ini bukan ujian main-main macam zaman kanak-kanak dahulu. Jika dahulu zaman budak-budak, air dicincang takkan putus.

Tapi perbalahan adik beradik apabila semuanya sudah dewasa dan meniti hari tua, boleh memecah belahkan keluarga dan ikatan kasih sayang di jiwa jika tidak diuruskan dengan baik.

Tuhan akan menguji hati setiap adik beradik. Ini pasti. Sebab hidup adalah medan ujian.

Pada masa semuanya sudah besar panjang dan dewasa, adik beradik ramai yang sudah berkeluarga sendiri, mempunyai komitmen dan aset masing-masing.

Tibalah masa hati setiap adik beradik diuji dalam mengemudi sangkaan dan persepsi terhadap adik beradik sendiri.

Janganlah yang miskin dan susah dipukul rata sebagai malas.

Janganlah yang kaya raya dipukul rata sebagai sombong dan lupa diri.

Janganlah yang tidak habis darjah enam dianggap bodoh dan tiada masa depan.

Janganlah yang pandai, ada PhD dianggap lupa daratan.

Jangan, jangan, jangan. Memang banyak larangan dalam menjaga hubungan kekeluargaan.

Ianya tentang kawalan diri, tentang bagaimana setiap adik beradik mengawal lidah dan sangkaan terhadap adik beradik yang lain.

Jika setiap adik beradik cakna akan kerja syaitan untuk memecah belahkan ikatan kekeluargaan, maka agak susah juga kerja syaitan untuk menggoda setiap adik beradik agar sentiasa bersangka-sangka buruk antara satu sama lain.

Sebab, perompak akan memecah rumah yang mana penghuninya ketika itu sedang leka atau lupa.

Maka susahkanlah kerja syaitan dengan sentiasa mendoakan adik beradik kita dalam solat dan dalam sujud kita. Sukarkan kerja syaitan dengan berusaha membuang sebarang rasa dendam atau buruk sangka dengan adik beradik yang bermasalah.

Lihat ke wajah adik beradik dengan bayangan ketika setiap mereka masih baby atau masih budak-budak comel. Ini kunci mengekalkan kasih sayang antara adik beradik. Kekalkan memori comel di minda tentang mereka.

Apabila ada karenah adik beradik yang sangat menguji kesabaran, dah tentulah kita pasti marah. Ini lumrah.

Tapi, selepas dah tenang, kenang dan sentiasa ingat momen-momen comel dan lucu bersama adik beradik.

Bayangkan mata bundar Alang ketika kita menggomolnya di waktu dia masih bayi.

Bayangkan pula tangan mungil Ucu ketika kita memeluknya dikala dia takutkan gelap dahulu.

Bayangkan wajah mulus Kak Ngah ketika dia mengelap hingus yang berjejeh di hidung kita.

Bayangkan muka comot Abang Teh yang tega menggendong kita ketika kita main dukung -dukung dulu.

Kita sayangkan adik beradik kita kan?

Jika ada adik beradik yang mengadu pada kita perihal adik beradik lain pula, empati mendengar dan beri kata nasihat serta sokongan emosi.

Dan yang paling penting, sejukkan hati pengadu dan dorong untuk dia mengkayakan jiwa dengan sifat memaafkan dan dengan kasih sayang.

Dan, lagi bagus sekiranya kita mampu menasihati adik beradik yang menjadi bahan aduan itu.

Kita puji kebaikan kedua-duanya dan kita pujuk agar mereka berbaik semula. Ini peranan hebat kerana kita dapat menjadi penyambung silaturrahim. Rujuk hadis Nabi Saw tentang pahala menyambungkan silaturrahim ini.

Tapi jangan sesekali menjadi batu api dengan menyampaikan kepada adik beradik yang menjadi bahan aduan itu. Jaga bab ini.
Ini punca banyak perbalahan adik beradik.

Bukankah masa kita kecil-kecil dahulu, bila ada adik beradik yang terlepas tangan ketika kita di kedai, kita bagai nak gila mencari?

Kita secara default settingnya, memang sedia ada menyayangi Along, Angah, Ateh, Alang, Achik dan Ucu. Tapi syaitan tak suka kita saling berkasih sayang. Ingat ini.

Ingat janji kita masa kecil-kecil dahulu, yang kita mahu berkumpul adik beradik di syurga?

Perlu diingat, jika ada adik beradik yang susah, sakit atau miskin, itu adalah ujian untuk kita sebagai adik beradiknya juga. Tuhan yang menghantar ujian sebegitu di dalam 'setandan pisang' keluarga.

Siapa lagi yang afdal membantu tolong dan menyokong adik beradik, jika bukan kita?

Bukan untuk mengiyakan segala perbuatan
buruk atau perangai tidak baik adik beradik.

Tapi untuk membantu dan menarik tangan mereka kembali ke jalan yang lurus, itu peranan kita. Selebihnya, adalah kerja Tuhan.

Moga sebarang dendam dan parut emosi di zaman kanak-kanak atau di zaman emosi menggila akan reda dengan kasih sayang dan doa dari kita kepada adik beradik kita.♥️♥️😍

Dapat sesuatu?

Begitulah.

#AirDicincangTakAkanPutus

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/renungan-buat-kita-semua-kisah-sosial.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Nyata Nenek Tua Renta Digugat Anak Dan Cucu Sendiri Gara Gara Harta Warisan Serakah Semua Durhaka

Kisah Nyata Nenek Tua Renta Digugat Anak Dan Cucu Sendiri Gara Gara Harta Warisan Serakah Semua Durhaka

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 264 hits
Kisah Nyata Nenek Tua Renta Digugat Anak dan Cucu Sendiri Gara gara Harta Warisan Adalah Darmina seorang nenek berusia 78 tahun warga Kelurahan Kedondong Raye Kecamatan Banyuasin III Kabupaten Banyuasin Nenek ini sedang berjuang menghadapi ...
Pelbagai Teori Baru It S Okay To Not Be Okay Muncul Sangtae Munyeong Dikatakan Adik Beradik

Pelbagai Teori Baru It S Okay To Not Be Okay Muncul Sangtae Munyeong Dikatakan Adik Beradik

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 343 hits
Tinggal 4 episod sahaja lagi semakin banyak teka teki yang bermain dalam minda penonton selepas menyaksikan episod paling latest It s Okay To Not Be Okay Semuanya nyata tak tidur lena apabila memikirkan ketiga tiga watak utama iaitu Ko Mun ...
Kisah Sosial Luar Negara Off Politik

Kisah Sosial Luar Negara Off Politik

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 254 hits
Baru Pindah Rumah Rakaman Dipercayai Entiti Jenguk Guru Ketika Online Class Bikin Seram2 hari laluSatu lembaga yang dipercayai menyerupai seorang kanak kanak perempuan secara tidak dijangka muncul di belakang seorang guru ketika dia sedang ...
Kisah Pelari Sepanyol Yang Baik Hati

Kisah Pelari Sepanyol Yang Baik Hati

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 338 hits
Pelari Kenya Abel Mutai hanya beberapa meter dari garisan penamat tetapi keliru dengan papan tanda dan memikirkan dia sudah memenangi perlumbaan and behenti Seorang pelari Sepanyol Ivan Fernandez yang berada di belakangnya menyedari apa yan...
Kisah Buzzer Insyaf Dulu Sering Serang Ustaz

Kisah Buzzer Insyaf Dulu Sering Serang Ustaz

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 140 hits
Pengasuh PPA Yatim Dhuafa Assa adah Ustaz Hilmi Firdausi menceritakan kisah seorang buzzer yang kerap menyerang ulama atau ustaz bertaubat alias insaf Untuk itu ia berharap bisa jadi contoh bagi yang lainnya Kisah buzzer taubat Semoga menja...
Kisah Benar Tapi Lawak

Kisah Benar Tapi Lawak

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 454 hits
Kisah benar ini berlaku di negara India Polis India telah nbsp nbsp menangkap seekor kambing yang berkeliaran di daerah nbsp Becon Ganj yang terletak di pusat Kanpur di negeri India Uttar Pradesh Dan yang lawaknya kisah ini adalah nbsp Kamb...
Kisah 2 Abk Wni Kabur Dari Kapal China 7 Jam Berenang Di Lautan Dan Dibantu Hiu

Kisah 2 Abk Wni Kabur Dari Kapal China 7 Jam Berenang Di Lautan Dan Dibantu Hiu

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 263 hits
Dua ABK WNI terpaksa berenang tujuh jam di lautan karena melarikan diri dari Kapal China Lu Qing Yuan Yu di perairan internasional Malaysia Indonesia Singapura Mereka kabur karena tak tahan mendapat perlakukan semena mena dari kapten kapal ...
Kisah Hiro Si Kecil Pahlawan Moebius Syndrome Penyakit Tanpa Ekspresi Yang Berdampak Fatal

Kisah Hiro Si Kecil Pahlawan Moebius Syndrome Penyakit Tanpa Ekspresi Yang Berdampak Fatal

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 162 hits
Ternyata gejalanya cukup parah bahkan makanan masuk ke paru paru pun anak tidak bereaksi sampai berkali kali harus masuk ke IGD
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Fishing As A Stress Reliever

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco