Baru-baru ini, Sk tidak melepaskan peluang berkunjung ke Café BLD di Renaissance Johor Bahru Hotel bagi mencuba sajian Rentastic Menu di mana pengunjung boleh menikmati kesemua menu ala carte yang ditawarkan di sini dengan hanya RM58 sahaja seorang. Ya, makan ala carte macam buffet, tapi kali ini kita hanya tunggu semua hidangan disajikan di meja, hurmmm.. terasa dilayan macam permaisuri gitu, hahaha
Seperti lain-lain tempat yang Sk kunjungi sebelum ini, Renaissance Johor Bahru Hotel juga mengenakan SOP yang ketat kepada tetamu. Tanda arah ditunjukkan dengan jelas apabila tetamu memasuki ruang lobi di mana di sini, tetamu diminta untuk mengisikan data penting iaitu nama dan nombor telefon serta diambil suhunya bagi memastikan tetamu tidak mengalami gejala seperti demam. Tetamu yang tidak memakai pelitup muka (face mask) akan diberikan face mask percuma dan menyapu tangan dengan hand sanitizer sebelum dibenarkan melakukan apa-apa aktiviti di hotel. Setahu Sk, Renaissance Johor Bahru antara hotel yang beroperasi menerima tetamu sepanjang PKPB ini.
Yang ini merupakan Tasting Bites ataupembuka selera yang memang ada dalam Rentastic Menu

Bagi penggemar salad, anda pasti sukakan ketiga-tiga salad ini iaituClassic Caesar Salads, Ulam Kerabu dan Thai Beef Salads
Penggemar pasta macam Sk, haruslah pesan ketiga-tiga menu pasta iaituSpaghetti Olio, Chilli Bolognese dan Brocoli Pesto
Jika anda peminat Teppanyaki, wajib cuba sajian Beef, Chicken, Tofu atau Fish Fillet Teppanyaki ini
Bagi peminat Chinese Cuisine, Pineapple Fried Rice ini tentunya enak dinikmati Bersama Nyonya Fillet Fish dan Sweet and Sour Chicken
Western Treats dan Soups Pot yang boleh dipilih atau dinikmati kesemuanyaMushroom Truffle, Roasted Pumpkin dan Hot and Sourserta Chicken Parmesan, Italian Meatballs dan Fish with Caper Sauce
Masakan India sentiasa mendapat tempat di hati rakyat MalaysiaChicken Tandoori, Beef Kofta dan Amritsari Fish yang dihidang bersama pilihan roti nan bawang putih, asli atau keju serta pencicah raita, chutney atau dhal
Menu Istimewa AsianMee rebus dan Tom Yam Fried Rice bersama Ikan Bakar Portugis, dihidang Bersama sambal belacan dan ulam
Satay Kampung hanya RM36 set
Seafood On IceRM55 set
Mixed Grilled PaltterRM55 set
Tomyum ClaypotRM50 set


|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |