Rendang Pedas Perak Untuk Hari Raya Korban
Saya ingin kongsikan kuliah dari facebook live Dato Ustazah Dr Fatma Alzehraa dimulakan dengan peringatan bahawa Allah janji rahmat Ku mengatasi segalanya. Kita masuk syurga pun dengan rahmat Allah. Bukan dengan amalan kita. Saya tulis ikut apa yang saya faham dari kuliah tersebut. Tak sempat untuk diolah kerana saya mahu mesej ini sampai kepada semua follower saya sebelum Hari Arafah.
Allah pilih hari dan bulan tertentu yang ada kelebihan ibadah. Allah bagi kita banyak peluang untuk kita ke syurga. Antaranya ialah Lailatul Qadr, antara umrah dengan umrah. Tapi yang paling best adalah Zulhijjah. Semuanya yang terbaik solat puasa zikir dan doa.
9 Zulhijjah hari Arafah yang terbaik. Haji adalah Hari Arafah. Tak ada Arafah tak ada haji. Agama terbaik Islam. Bulan Zulhijjah ada Haji. Agama kamu sudah sempurna. Esok hari Arafah yang boleh mengubah hidup kita. Ikut masa di sesuatu tempat. Bukan ikut waktu di Mekah. Lebihkan doa dan zikir dari mengaji. Kalau mampu puasa, berpuasa kerana Allah menjanjikan 2 tahun dosa diampunkan. Jadi tulis aktiviti esok, hari yang sangat berharga yang tidak boleh dibazirkan.
The only day Allah comes down to langit dunia ialah hari Arafah. Allah bangga pada malaikat akan umat ku datang dari jauh seluruh dunia untuk mohon keampunan. Saksi lah wahai malaikat, aku ampunkan mereka semua. Siapa mengerjakan Haji dan jaga akhlak dan buat semua kerja Haji, aku ampuni semua dan mereka seperti seolah bayi baru lahir.
Lepas solat tahajjud jangan tinggal tempat solat. Jangan pegang handphone pun kalau boleh. Duduk di dalam bilik dan iktikaf. Duduk dari selepas Subuh, sehingga sampai israk sama pahala dengan satu haji umrah. Kemudian sambung lagi dengan solat sunat Dhuha sebanyak 4 rakaat sampai pukul 8.00- 8.30 pagi, dah boleh selesai.
Kemudian sambung mengaji, zikir istighfar dan bertaubat dengan menyesali dan azam tak buat. Zikir dan doa secara berselang seli sehingga masuk waktu Zohor.
Setiap solat lakukan solat sunat Nawafil. Selepas solat, sambung lagi zikir dan doa sehingga masuk Asar. Kemudian sambung lagi zikir dan doa sehingga masuk waktu Maghrib. Selepas Mqghrib, bolehlah buat apa sahaja.
Kena yakin doa kita mustajab. Apa yang Nabi minta, kita minta. Apa yang Nabi tolak, kita tolak. Doa untuk setiap ahli keluarga kita untuk setiap orang. Untuk suami isteri dan anak anak serta cucu cucu. Jangan lupa untuk ibubapa jika masih ada ibubapa.
Allah bebaskan hambanya dari neraka lebih dari Ramadhan lagi. Bulan Ramadhan tiap malam Allah bebaskan dari neraka. Doa mustajab dan dapat result hari sama. Insya Allah. Jom sama sama kita rebut peluang yang tersangat besar pada 9 Zulhijjah iaitu esok.
Saya memasak rendang siap siap sebelum balik kampung. Simpan dalam freezer. Di Kelantan, untuk hidangan makan makan raya rumah kakak, akan memasak ayam kampung, kerutuk itik serati, solok lada, kerabu perut dan daging goreng kunyit Kelantan. Nak sedap daging goreng ini akan dicampurkan sekali dengan hati, paru limpa dan bahagian lain. Wallaa tak sabar sebenarnya.
Lepas korban pastinya akan ada air asam perut muda, sup kaki dan macam macam lauk berasaskan daging korban. Kakak saya walaupun dah tak berapa sihat tapi bila bab masak untuk makan makan, dia memang akan bersemangat. Dia tahu saya suka solok lada, jadi disediakan sekali. Solok lada ini jarang dah nak jumpa kerana lada pun mahal dan menyediakannya agak remeh.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..
Rendang Pedas Perak
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg santan segar
4-5 sudu besar kelapa parut goreng
3 keping asam keping
2 helai daun kunyit - hiris
1 sudu besar garam
Bahan kisar:
7 biji bawang besar - 380 gram
6 sudu besar penuh cili - 250 gram
Bahan hiris:
10 biji bawang merah - 100 gram
5 ulas bawang putih - opsyenal
4 inci halia - 50 gram
8 batang serai
Cara cara:
Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan masak sehingga rendang kering yang disukai.
Masukkan asam keping dan garam. Setelah terbit minyak, bolehlah tutup api.
Nota:
Jika ayam dikeluarkan dari peti ais, dimasak ayam terlebih dahulu sehingga air ayam kering sebelum dimasukkan bahan lain.
Separuh dari bawang merah, boleh dihiris jika suka.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2023/06/rendang-pedas-perak-untuk-hari-raya.html