Rendang Kerang Cili Padi Yang Sedap




Sebelum kita mula, saya mohon andainya sudi anda klik iklan yang keluar di bahagian atas bog ini dan juga klik follow blog di sebelah kanan atau bawah entri ini jika menggunakan handphone. Kerjasama anda diucapkan ribuan terima kasih. 
Insya Allah keutamaan buat masa ini ialah ber infaq kepada mereka yang rumah mereka kehabisan makanan di kala saat covid 19 yang sangat memberi kesan kepada semua. 
Hari ini adalah hari pertama hari bekerja selepas pengumuman PKPD di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kita hanya boleh keluar rumah hanya jika ingin membeli barang keperluan dapur sahaja. Itu pun hanya seorang dan tidak melebihi radius 10 km dari kediaman. Harap anda semua memberi kerjasama penuh kepada pihak yang bertugas dan bertanggungjawab. Sekarang kita masuk bab resipi dan masakan.
Hari ini saya ingin kongsikan resipi rendang kerang cili padi yang aya sediakan menggunakan isi kerang yang berbulan bulan tersimpan dalam freezer. Kerang sangat mahal sekarang ini, kalau tak silap saya beli sekilo atau dua kilo yang menghasilkan 200 gram isi kerang. Hajat ketika itu, untuk menyediakan mee kari. 
Walaupun mahal, bagi saya kerang tetap bukan makanan mewah. Nanti ada pulak yang kata kerang makanan mewah sehingga ikan bilis dan petai juga dikatakan makanan mewah disebabkan harga yang mahal. Aduhaai. Kena tahu bezakan antara mahal dan mewah. 
Sekarang ini semua barang barang dapur dah mahal. Tak ada yang murah lagi, hatta ikan kembung pun. Macam petai, kenapa jadi mahal pun kita tak pasti. Sedangkan pokok yang sama. Yang boleh difikirkan ialah mungkin kerana kos sara hidup tinggi. Jadi mereka yang menjual petai juga terpaksa menaikkan harga demi kelangsungan hidup. 

Memasak rendang kerang ini sangat mudah kerana isi kerang telah pun dimasak terlebih dahulu. Jadi yang perlu kita buat ialah memasak rencah untuk rendang sahaja. 
Kali ini saya menyediakan rendang cili api kerana mahukan sedikit pedas, Jika tak suka pedas cili api, boleh guna cili kering kisar sahaja. Bila guna cili api, rendang akan lebih kekuningan. Itu yang saya mahu.
Menyediakan rendang juga terdapat pelbagai cara, terus dimasukkan semua sekali bahan bahan ke dalam kuali dan masak sehingga terbit minyak atau ditumis terlebih dahulu. Semua terpulang. Hari ini saya tumis dahulu kerana tidak mahu cili padi rasa terlalu pedas.
Jom sediakan sendiri di rumah. Memang rendang kerang mahal kerana isi kerang mahal tetapi jika dibeli rendang kerang, lagi mahal. Sebekas dengan pulut kuning dah RM15. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba... 


Rendang Kerang Cili PadiOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg isi kerang½ kg santan pekat segar4 biji bawang merah - dihiris 2 ulas bawang putih - hiris1-2 helai daun kunyit - hiris halus2 sudu besar kerisik1-2 keping asam kepingGaram 3/4 cawan minyak masak 
Bahan kisar:1 biji bawang besar 3 biji bawang merah3 ulas bawang putih100 gram cili padi - 60 biji - ikut pedas disukai1 inci kunyit hidup ½ inci lengkuas 1 inci halia 3 batang serai 
Cara cara:Rebus kerang dan bila nampak kerang terbuka, terus angkat. Masukkan ke dalam bekas air ais dan kopek isinya.
Panaskan minyak dan masukkan bahan hiris dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan santan dan masak sehingga mendidih. Masukkan asam keping dan garam.
Setelah terbit minyak, masukkan kerisik dan isi kerang. Masak sehingga kering yang disukai.
Akhir sekali, masukkan daun kunyit. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/07/rendang-kerang-cili-padi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Gulai Lemak Udang Cili Padi Mudah Dan Sedap

Resepi Gulai Lemak Udang Cili Padi Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 337 hits
Resepi Gulai Lemak Udang Cili Padi Mudah dan SedapBahan bahanSetengah kilo udang Sekotak santan Sayur kacang panjang 2 batang serai Kunyit hidup 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 5 biji cili padi Asam kepingGaramCara Masak Gulai Lemak...
Ini Caranya Nak Buat Daging Masak Hitam Kenduri Style Jadi Sedap

Ini Caranya Nak Buat Daging Masak Hitam Kenduri Style Jadi Sedap

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 334 hits
Daging bukan sebarang daging tapi Daging Masak Hitam Kenduri Style yang super sedap Bila musim duduk rumah macam ni tekak ni macam macamlah seleranya Rindu pula nak makan lauk yang dihidangkan pada majlis kenduri Jom kita buat resipi daripa...
Pendapat Peribadi Tentang Dutch Lady Juicy Milk Orange Sedap Tak

Pendapat Peribadi Tentang Dutch Lady Juicy Milk Orange Sedap Tak

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 316 hits
Assalamualaikum Selamat Malam Pendapat Peribadi Tentang Dutch Lady Juicy Milk Orange Alhamdulillah di atas ruang dan peluang yang ada untuk Fiza terus kongsikan sesuatu yang bermanfaat Rasanya dah lama Fiza tak buat reviews tentang produk m...
Kek Coklat Kukus Blend Semua Bahan Tak Perlu Topping Makan Gitu Pun Sedap

Kek Coklat Kukus Blend Semua Bahan Tak Perlu Topping Makan Gitu Pun Sedap

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 345 hits
Banyak pilihan kek tapi kek coklat antara yang menjadi kegemaran semua Bukan kanak kanak je orang dewasa pun menyukainya Tapi nak dapat kek yang lembut ada ketikanya susah juga Sebab ada macam macam versi Kali ini resipi kek coklat moist ku...
Kek Marble Butter Resipi Ori Mak Mak Memang Moist Sedap

Kek Marble Butter Resipi Ori Mak Mak Memang Moist Sedap

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 352 hits
Tidak dinafikan kek tradisional orang dulu dulu sememangnya menggamit nostalgia Teringat kemeriahan kek butter ketika dibakar dan keriuhan anak anak Itulah yang paling kita rindukan Resipi kek marble butter tradisional ini sememangnya tak p...
Buat Cendol Sedap Guna Tepung Beras Mudah Tak Banyak Bahan

Buat Cendol Sedap Guna Tepung Beras Mudah Tak Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 423 hits
Terasa nak makan Cendol di musim PKP ni Petang petang cuaca panas macam ni memang sedap kalau makan cendol sejuk Kena pula dengan santan dan air gula melaka padu fuh laju je hirup Kalau nak lebih sedap cubalah buat cendol homemade ni Pasti ...
Nasi Arab Beras Biasa Resepi Sedap Sangat

Nasi Arab Beras Biasa Resepi Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 377 hits
Resepi Nasi Arab Beras Biasa sedap sangat Nak masak lauk apa lagilah hari ni ye Rasa boring pulak makan nasi biasa je Hmmm teringin nak cuba resepi nasi arab tapi susah tak Sebut saja nasi arab mesti kita dah terbayang aroma rempah ratusnya...
Letak Chocolate Coins Dalam Adunan Kek Coklat Kukus Simple Jadi Lagi Sedap Kebabom

Letak Chocolate Coins Dalam Adunan Kek Coklat Kukus Simple Jadi Lagi Sedap Kebabom

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 264 hits
Wow Tanpa kepingan coklat pun kek coklat dah cukup sedap inilah pula ditambah dengan kepingan coklat coins di dalam bancuhan adunannya Rasa lagi sedap dan padu Nak tahu macam mana digabungkan jom cuba resipi perkongsian Memang lain macam se...
Sambal Paru Berlado Sedap

Sambal Paru Berlado Sedap

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 319 hits
Hari ini lock down 3 0 disambung lagi dan dipanggil dengan nama baru Pelan Pemulihan Negara OK sebelum itu jangan lupa klik iklan yang keluar di blog saya ini dan klik Follow blog untuk mendapat notifikasi bila blog dikemaskini dengan resip...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi