Rendang Daging Brisket Dan Ujian Kehidupan




Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada besan kami, YB Senator Dato Setia Salehuddin Saidin, Pengerusi  MAIS atas pelantikan sebagai Pro Cancellor Universiti Islam Selangor. Semoga dapat menjalankan amanah dengan cemerlang. Aamiin.
Kadang kadang kita sebagai manusia tidak tahu apa yang di dalam perancangan Allah untuk hidup kita di masa depan. Kadang kadang kita tertanya tanya kenapa kita diuji sebegini, sedangkan orang lain tidak ada ujian seperti kita.  
Sebenarnya kita lupa bahawa sehebat mana perancangan manusia, perancangan Allah lah yang maha hebat. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Yang kita inginkan, yang kita nampak baik, sebenarnya mungkin tidak baik untuk kita.  
Kita tidak tahu masa depan, yang kita tahu adalah masa lalu. Itu pun kita tidak pasti hikmah terhadap apa yang berlaku di masa lalu. Kita di sini mungkin lebih tepat merujuk kepada diri saya sendiri. Saya melihat kebahagiaan dan kesempurnaan hidup orang lain berdasarkan apa yang dilihat dengan mata kasar. Tapi kita tidak tahu struggle dan realiti yang mereka hadapi.
Hidup ini keras, ya memang keras. Semuanya memerlukan kesabaran. Kesabaran dengan mematuhi perintah Allah. Bila kita menpunyai masalah, Allah tidak meminta kita mencari penyelesaian pada masalah tersebut. Sebaliknya, apa yang kita perlu buat? 
Allah Maha Kaya dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganNya. Jadi penyelesaiannya ialah berserah diri pada Allah, mohon pertolongannya dengan sabar dan solat. Memperbanyakkan berzikir kepada Allah terutamanya beristighfar dan berselawat. Dengan istighfar, dosa diampun, kesulitan dipermudahkan dan rezeki dilancarkan. 
Berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan makbulkan segala permohonan. Jadi lakukan sahaja apa yang diperintah. Manusia tidak akan lepas dari ujian di dunia ini sehingga nafas terhenti. Banyakkan mengingati nikmati yang telah Allah kurniakan pada kita dan lihat betapa ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. 
Segala catatan saya ini adalah secara khusus adalah pesanan untuk diri saya sendiri. Mengingatkan diri saya supaya sabar dan supaya bersyukur. Supaya berjalan di muka bumi dengan rasa penuh kehinaan. Doakan agar saya kekal beristiqomah dalam menjalani apa jua perintah Allah. OK setakat ini dahulu.



Saya pertama kali membeli daging bahagian brisket untuk dimasak rendang daging. Pertama kali juga saya menggunakan pure coconut cream yang diberi oleh Puan Azlina, owner Cafe Rasa Malaysia di Westfield Stratford. 
Semasa sedang dimasak, terbau aroma seperti kerisik walaupun saya tidak menggunakan kerisik. Memang betul lah apa yang diberitahu bahawa coconut cream di London boleh digunakan untuk membuat kerisik atau jika menggunakannya dalam masakan, tidak perlu lagi menggunakan kerisik.
Cuma semasa saya meminta daging brisket, saya diberikan daging yang ada lemak dan tulang. Saya pun tak pasti kalau daging brisket sepatutnya ada tulang. Ini adalah kerana saya pernah beli smoked brisket yang memang hanya daging yang urat nya boleh disiat siat. Sangat sedap dengan urat yang memanjang. Dengan kata lain kalau nak masak daging brisket lebih sedap daging dipotong mengikut urat. 
Rendang daging akan menjadi lebih gelap jika dipanaskan beberapa kali seperti mana rupa rendang minang. Selain sedap, ianya juga tahan lama. Tapi kalau untuk makan sendiri, ini pun dah cukup buat saya.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Rendang Daging BrisketOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg daging brisket100 gram pure coconut cream5 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukai1 cawan minyak masak1 sudu besar gula 45 gram gula melaka 1 ½ - 2 sudu besar garam ½ sudu kecil asam jawa atau secukup rasaSerbuk perasa - oosyenal1 batang kulit kayu manisBunga lawang - tak letak
Bahan kisar:600 gram bawang besar Holland 2 inci halia5 ulas bawang putih3 batang serai 
Bahan kisar kering:1 sudu besar serbuk ketumbar½ sudu besar serbuk jintan manis ½ sudu besar serbuk jintan putih
Cara cara:Masukkan semua bahan kisar dan cili kering kisar ke dalam kuali tanpa minyak dan masak sehingga air hampir kering. 
Setelah hampir kering, tuang minyak dan tumis sekejap untuk membangkitkan bau. 
Masukkan daging dan masak sehingga air daging hampir kering. 
Masukkan krim santan dan semua bahan perasa lain. Sentiasa kacau supaya tidak hangit. 


Masak sehingga daging empuk, terbit minyak dan kering yang disukai. 


Sedia untuk dihidangkan. 







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/07/rendang-daging-brisket-dan-ujian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebangkitan Dalam Ujian Kehidupan

Kebangkitan Dalam Ujian Kehidupan

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 2871 hits
Kebangkitan dalam ujian kehidupan boleh membuatkan diri teguh berdiri Kadang kadang kehidupan bagi kita kejutan yang tak pernah dijangka Tengah bahagia tiba tiba diuji Tapi dalam kisah saya seorang ibu isteri anak hamba Allah dan seorang Gh...
Bacaan Ujian Darah

Bacaan Ujian Darah

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 189 hits
Assalamualaikum Dr Bacaan ANA 1 320 homogeneous ESR 20mm hr RF 8 5IU mL Anti dsDNA 13 IU mL LE cell demonstration not seen Okay ke Ada test lain lagi ke saya kena buat Waalaikumussalam Puan Terima kasih atas perkongsian bacaan ujian darah B...
Bila Ujian Itu Hadir

Bila Ujian Itu Hadir

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 153 hits
Monolog Jiwa Bila Ujian Itu Hadir Ada masa hidup terasa tenang Langit cerah hati damai segalanya seperti baik baik saja Tapi tiba tiba badai datang tanpa amaran Ujian menyapa dalam diam mengganggu lena menggetarkan jiwa Dan kita pun terdudu...
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q9 Terbaru

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q9 Terbaru

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 3441 hits
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q9 Jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q9 merupakan jawatan yang sangat penting dalam sektor perkhidmatan awam Calon yang berjaya dilantik perlu melalui beberapa tapisan termasuk Ujian Psi...
Ujian Psikometrik Pengambilan Arkitek Landskap Gred J9 Di Pelbagai Jabatan Kerajaan Malaysia

Ujian Psikometrik Pengambilan Arkitek Landskap Gred J9 Di Pelbagai Jabatan Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 3352 hits
Ujian Psikometrik Pengambilan Arkitek Landskap Gred J9 di Pelbagai Jabatan Kerajaan Malaysia Pengambilan Arkitek Landskap Gred J9 di jabatan jabatan kerajaan Malaysia merupakan salah satu laluan profesional yang semakin penting dalam pemban...
Terdetik Nak Free Hair Nad Zainal Nasihat Kilafairy Saya Tahu Dia Kuat Amp Mampu Harungi Ujian Ini

Terdetik Nak Free Hair Nad Zainal Nasihat Kilafairy Saya Tahu Dia Kuat Amp Mampu Harungi Ujian Ini

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 253 hits
Sebelum ini pelakon jelita iaitu Kilafairy memberitahu imannya kini sedang bergolak dan mengaku sukar untuk istiqamah sehingga terdetik mahu menanggalkan tudung dan perkara itu mendapat perhatian orang ramai termasuklah pelakon Nad Zainal M...
Kau Hadiahkan Kehidupan Suami Sebak Doakan Isteri Meninggal Selepas Bersalin Anak Kedua

Kau Hadiahkan Kehidupan Suami Sebak Doakan Isteri Meninggal Selepas Bersalin Anak Kedua

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 368 hits
Kisah penuh sayu seorang suami yang kehilangan isteri tercinta selepas melahirkan anak kedua mereka menyentuh hati ramai Doa yang dilafazkannya meruntun jiwa netizen seluruh negara Apa yang berlaku Seorang wanita berusia 27 tahun dilaporkan...
Sesukar Manapun Kehidupan Ia Mesti Diteruskan

Sesukar Manapun Kehidupan Ia Mesti Diteruskan

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 209 hits
1 Sudah menjadi lumrah kehidupan ada suka ada duka Semuanya silih berganti bermula dari zaman kanak kanak sehinggalah ke akhir usia kita 2 Andai sudah tertulis perjalanan hidup yang mudah dan tidak berliku maka beruntunglah seseorang itu Se...
Hiburan Kehidupan Bagaikan Roda Berubah Jadi Perempuan Saiful Malaysian Idol Sedar Diri Tak Disukai Ramai

Hiburan Kehidupan Bagaikan Roda Berubah Jadi Perempuan Saiful Malaysian Idol Sedar Diri Tak Disukai Ramai

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 288 hits
Bekas peserta program realiti Malaysian Idol musim pertama yang kini tampil sebagai seorang wanita akui dirinya sedar akan kewujudan pihak yang kurang senang dengan golongan sepertinya Dalam masa sama Saiful tetap memohon doa yang baik baik...
Rezeki Mazleen Juara Kilauan Emas 2025

A Family Memoir Sending Yaya To Uitm Dungun

Hiburan Emosi Anak Anak Turut Terganggu Aaron Aziz Isteri Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Penyebar Fitnah

T25j06 Tangki Radiator Proton Persona Kering

Quick Healthy Vegan Apple Crisp Recipe

Keindahan Keunikan Iskandar Polo Club Ipoh

Rapat Macam Adik Beradik Zra Ustaz Mad Jadi Perhatian Netizen

Lirik Lagu Saidina Abu Bakar Omar Hana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nagaway 27 Nagaway Top 14 By Charles

Megaways 14 May Megaways Top 52 By Will

Penduduk Gempar Lihat Bola Api Jatuh Dari Langit

Prestasi Merudum Salah Makin Hilang Sentuhan Bersama Liverpool

Bondan Prakoso I Will Survive Chord

Tm House Jacobsen Arquitetura Brazil