Remy Ishak Demi Sebuah Percintaan



TEMPOH masa dilalui memberi banyak ruang buat seseorang individu untuk berfikir dan bertindak dengan lebih matang. Bagi pelakon, Remy Ishak yang menginjak usia 39 tahun ini mengakui ruang dan peluang diperoleh itu menjadikannya lebih matang dalam pelbagai aspek.
Antaranya, perhubungan dalam percintaan.
Bertemu Remy baru-baru ini, pelakon serba boleh itu tidak lokek berkongsi mengenai hubungannya dengan bekas tunang, Ezza Yusof yang kini mula bertaut kembali.
"Pengalaman banyak mengajar saya menjadi manusia yang lebih matang. Dalam usia saya sekarang, tentunya perkahwinan menjadi salah satu perkara yang berlegar-legar dalam fikiran saya," katanya.
Tidak mengia atau menidakkan mengenai status hubungan baiknya dengan bekas tunang, Remy juga enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinan bagi menjaga hati pihak Ezza.
"Saya tak mahu memberikan sebarang kenyataan berkaitan perkahwinan. Bukan apa, ini kerana saya perlu menghormati pihak sana (Ezza) dan kalau boleh, tak mahu menyinggung mana-mana pihak, sekali gus akan menimbulkan salah faham.
"Apa yang boleh saya katakan, kalau ada jodoh, saya mohon doa yang baik-baik daripada semua," katanya.
Tidak menolak ketika ditanya sama ada dia mengharapkan pengakhiran yang baik buatnya dan Ezza, kata Remy, semua itu akan dikongsikan sekiranya ada sebarang berita gembira nanti.
"Tentunya saya juga inginkan pengakhiran yang baik untuk kami berdua. Saya mohon doa daripada kalian dan sekiranya ada berita gembira, saya akan kongsikan pada semua.
"Namun apa yang boleh saya katakan ia bukan dalam masa terdekat ini," katanya.
Berbicara lanjut mengenai perkahwinan, Remy yang membesar dalam keluarga ibu bapa bercerai mengakui dia tidak mahu perkahwinannya kelak berdepan situasi sama.
"Saya semakin selesa dengan Ezza sebab kami pun dah mula mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam. Sebelum ini kami bertunang selama dua tahun dan dalam tempoh itu, banyak perkara yang kami tidak tahu mengenai satu sama lain.
"Saya sendiri datang dari keluarga yang bercerai. Sedikit sebanyak, situasi itu memberi kesan kepada saya kerana tidak mahu perkahwinan saya kelak, turut berdepan situasi sama. Jadi, kalau perlu mengambil masa yang lama untuk melalui proses berkawan, saya tak kisah," katanya.
Dugaan dalam perhubungan juga menjadikannya lebih kuat dan pada masa sama, mengakui bahawa dia memerlukan wanita yang memahani karier serta diri pelakon sepertinya.
"Dalam pemilihan calon itu, tentunya akan ada macam-macam dugaan daripada putus, sambung semula dan perkenalan dengan orang lain. Jadi, kita kena cari yang benar-benar memahami diri kita.
"Sebagai pelakon pun, saya ada 'kegilaan' saya dalam kerjaya ini. Contohnya, bila kita terbawa-bawa dengan satu karakter, kadang-kadang 'mood' pun boleh berubah-rubah," katanya.
Yang pasti, ramai mengharapkan semoga ada pengakhiran menarik dalam hubungan percintaan Remy dan Ezza memandangkan kedua-duanya dilihat sebagai pasangan yang serasi serta secocok.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/04/remy-ishak-demi-sebuah-percintaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Kejutan Birthday Bekas Tunang Amp Siap Bagi Bunga Peminat Doakan Remy Ishak Bahagia Dengan Pilihan Hati

Buat Kejutan Birthday Bekas Tunang Amp Siap Bagi Bunga Peminat Doakan Remy Ishak Bahagia Dengan Pilihan Hati

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 279 hits
Pelakon lelaki pujaan hati ramai Remy Ishak dilihat membuat kejutan hari lahir buat bekas tunangnya dulu iaitu Ezza Yusof Pasangan ini pernah menjalin hubungan selama 2 tahun sebelum terputus ekoran tidak sefahaman Walau bagaimanapun hubung...
Hiburan Hargai Kesetiaan Bekas Tunang Remy Ishak Akui Inginkan Yang Terbaik Bersama Ezza Yusof

Hiburan Hargai Kesetiaan Bekas Tunang Remy Ishak Akui Inginkan Yang Terbaik Bersama Ezza Yusof

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 1207 hits
Pelakon lelaki pujaan ramai Remy Ishak mengakui dia tidak menolak untuk menyambung kembali hubungan yang terputus di tengah jalan bersama bekas tunangnya Ezza Yusof Sumber Google Remy 39 yang ditemui media berkata bahawa dia sangat mengharg...
Hiburan Buat Kejutan Hari Jadi Remy Ishak Dan Bekas Tunang Sudah Kembali Bersama

Hiburan Buat Kejutan Hari Jadi Remy Ishak Dan Bekas Tunang Sudah Kembali Bersama

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 339 hits
Rasanya ramai yang tertanya tanya mengenai siapakah gerangan gadis yang bertuah bakal menjadi suri hati pelakon Remy Ishak Sudah beberapa kali mengalami episod duka dalam percintaan sudah pasti peminat mendoakan jodoh yang baik buat lelaki ...
Usir Diplomat Korea Utara Demi Lindungi Kedaulatan Malaysia Hishammuddin Tun Hussein

Usir Diplomat Korea Utara Demi Lindungi Kedaulatan Malaysia Hishammuddin Tun Hussein

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 407 hits
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu turut dibuat seiring Artikel 9 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 Usir diplomat Korea Utara demi lindungi kedaulatan Malaysia Hishammuddin Tindakan Malay...
Dia Mamam Garam Macam Mamam Nasi Auto Darah Tinggi Lelaki Mamam 4 Bungkus Garam Demi Rm8 573

Dia Mamam Garam Macam Mamam Nasi Auto Darah Tinggi Lelaki Mamam 4 Bungkus Garam Demi Rm8 573

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 276 hits
Kerjaya sebagai Content Creator kini semakin banyak menjadi pilihan orang khususnya anak anak muda Selain meraih populariti ia juga mampu menjana pendapatan lumayan Tetapi sebagai Content Creator perlulah kreatif dalam menghasilkan kandunga...
Sanggup Tak Ada Duit Demi Keluarga Elfira Loy

Sanggup Tak Ada Duit Demi Keluarga Elfira Loy

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 443 hits
Baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 27 pelakon Elfira Loy menyatakan bahawa dia seorang yang meletakkan kebahagiaan keluarga sebagai keutamaan Kebahagiaan keluarga my top priority View this post on Instagram Kebahagiaan...
Kah Demi Dunia Dan Akhirat Atau Dunia Saja Nih

Kah Demi Dunia Dan Akhirat Atau Dunia Saja Nih

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 348 hits
BOB KELANANGDemi dedak dan jawatan PAS akan kekal bersama dengan BERSATU pada PRU15 KOH KOH KOH inilah intipati apa yang aku dapat tangkap dari kenyataan Ketua Penerangan PAS KOH KOH KOH Nampak sangat la kan PAS punya agenda KOH KOH KOH mas...
Kerajaan Pahang Pertimbangkan Untuk Bina Sebuah Lapangan Terbang Baharu Di Gebeng

Kerajaan Pahang Pertimbangkan Untuk Bina Sebuah Lapangan Terbang Baharu Di Gebeng

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 258 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang sedang mempertimbangkan cadangan membina lapangan terbang baharu di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini sebagai strategi menarik lebih ramai pelabur berpotensi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Mak Ajar Resipi Mi Udang Penang Mudah Sedap Tak Terkata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa

Not Giving Extension To Chief Justice Coa President Sets Dangerous Precedent That Threatens Public Trust