Releven Lagikah Arsene Wenger Menjadi Pengurus Arsenal
Hai. Bagi yang mengenali diri saya tentunya tahu bahawa saya salah seorang penyokong setia “the gunners”. Hari ini, di media sosial , saya ada membentang issue “relevenkah arsene wenger menjadi pengurus pasukan arsenal lagi?”. Rata-rata jawapan yang saya terima dari pengemar bola sepak Arsenal adalah beliau TIDAK lagi relevant mengendalikan skuad the gunners itu.
Arsene Wenger dikatakan mendapat kepercayaan daripada Stan Kroenke yang percaya Wenger adalah pengurus yang terbaik untuk Arsenal buat masa ini dengan mengambil kira pelan jangka panjang. Siapakah Stan Kroenke? Kroenke merupakan pemilik dan pemegang saham terbesar didalam Arsenal. Menurut Kroenke, Arsène Wenger "lebih fokus daripada sebelumnya" untuk membawa lebih banyak kejayaan kepada kelab itu selepas membuat keputusan untuk terus pada akhir musim lalu.
Semasa persidangan AGM yang berlaku sekitar 25 oktober yang lalu, bila ditanya mengenai status jawatannya, Wenger berkata “"Satu-satunya perkara yang saya boleh katakan adalah saya mendedikasikan 99 peratus daripada seumur hidup saya untuk cuba membuat anda gembira,Melihat apa yang berlaku hari ini, tidak mudah.”
"Saya rasa kelab bola sepak adalah masa lalu, masa kini, masa depan," kata Wenger. "Pada apa yang kita lihat sekarang dalam evolusi permainan, bola sepak di hadapan masyarakat. Masyarakat sentiasa mengikuti jalan permainan. Dan apa yang pasti, dalam permainan kami, berat masa lalu, berat masa depan telah ditendang keluar dari permainan. Beratnya masa kini menjadi lebih berat dan satu-satunya perkara yang dikehendaki orang. Sekarang.
"Itu bermakna saya ada di sini dan sekarang. Menang. Ia boleh diterima tetapi saya sentiasa membimbing kelab ini dengan satu idea - sebuah kelab pertama adalah mengenai nilai-nilai yang telah dicipta oleh masa lalu. Apabila saya melihat gambar tahun 1930-an, 1950-an, 1960-an, mereka tidak pernah menang tetapi ada kebanggaan, dengan kebahagiaan dalam fikiran orang-orang ini untuk rasa kepunyaan kelab ini. Saya fikir ia adalah penting dan saya telah berpandu sepanjang hidup saya di sini dengan menghormati nilai-nilai ini dan saya berkhidmat dengan kelab ini dengan integriti, komitmen penuh tetapi juga saya tidak akan mengkhianati orang-orang yang telah mencipta nilai-nilai ini. Dan kita perlu bangga dengan mereka. Dan jangan lupa bahawa kelab kami adalah yang pertama. "
Berbalik pada soalan tadi. Relevent atau tidak Beliau menjadi Pengurus Pasukan lagi? Bagi pemain terbaik Arsenal,Alexis Sanchez, beliau membela pengurusnya, Arsene Wenger biarpun pengurus itu didesak untuk berundur oleh sebahagian peminat yang mahukan perubahan berlaku dalam skuad kendalian Arsene Wenger itu.
“Tidak sepatutnya beliau dinilai dengan begitu teruk oleh penyokong, Wenger menghasilkan sesuatu untuk kelab dengan hebat dan mencipta gaya permainan untuk Arsenal.” kata Sanchez
Kita dengar pula apa kata sebahagian Peminat di Malaysia yang masih setia menyokong Arsene Wenger dan bagi mereka Arsene wenger only for Arsenal.
“beliau patut stay kerana dia buat club kekal stabil & paling penting ,die masih lagi mendapat kepercayaan dr owner club.” - Brader Jett –
"corak permainan Arsenal yang dicipta oleh Arsene Wenger masih lagi yang terbaik di England." - Azam Noordin ( kenyataan beliau di Arsenal Malaysia Supporters ) –
tapi lain pulak cerita Peminat yang mahu Arsene Wenger meletak jawatan. Kebanyakkan mereka berkata beliau patut meninggalkan kelab tersebut hal ini demikian kerana Arsene Wenger gagal mendapatkan piala serta tidak dapat beraksi di dalam saingan liga juara-juara. Apa kata sebahagian peminat yang mahu Beliau berundur dari Arsenal.
“tidak releven kerana sejak berpindah di Stadium pada 2006, beliau memberi harapan palsu serta gagal pertahankan pemain terbaik kekal di kem Arsenal.” - SAvasci Ahmad –
“bagi saya tidak releven. Player perlu tektikal yg segar dan selari dgn moden football. Falsafah wenger boleh guna tapi tak dapat nak diterjemahkan oleh player2 muda.”- Hairi Tarmizi –
“tidak kerana wenger ni banyak buat business sahaja.” - Shahrol Seben-
Bagi diri saya sendiri, Arsene Wenger patut berundur dari arena ini. Hal ini kerana kurangnya dari segi teknikal, pengurusan pemain dan sebagainya. Iya, memang benar beliau telah mencipta pelbagai sejarah dan menjadikan pemain muda menjadi bintang handalan seperti febegas, nasri mahupun Henry satu ketika dahulu serta memenangi pelbagai piala. Peminat bukan memandang dari segi sejarah , yang peminat inginkan adalah sejarah itu berulang. Tapi bilakah sejarah itu mampu berulang? Peminat hari ini amat dahagakan kemenangan dan kejayaan dari skuad "The Gunner". Tapi sampai bilakah peminat akan menunggu? 10 tahun lagi? 20 tahun lagi? fikir-fikirkan.
Sekian coleteh dari insan yang dahagakan kejayaan pasukan Arsenal. Bye.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.kisahrissaziela.com/2017/12/releven-lagikah-arsene-wenger-menjadi.html