Relax La Sekarang Kan Zaman Moden Dan Ikut Trend
Antara kesan fahaman Modernism adalah wanita wanita tidak lagi segan silu mendedahkan auratnya demi menjadi wanita modern.
.
Bagi mereka, pakaian yang dianjurkan oleh Islam adalah jumud dan terkebelakang serta tidak menepati ciri ciri wanita modern hidup di zaman maju.
.
Maka berlakulah exploitasi wanita besar besaran terhadap pemakaian mereka sehingga ada yang terang terangan membuka aurat dan ada yang membungkus tubuh badannya tetapi "berbogel".
.
Bagi mereka dengan berpakaian mendedah aurat itulah kemodenan yang perlu dikecapi tetapi benarlah kata kata yang tertulis di dalam gambar ini, "she has lost security, pride and happiness".
Mohonlah kepada Allah agar kita dan ahli keluarga kita dan sahabat sahabat kita dijauhkan daripada fitnah ini. Wallahu'alam.
Kredit : #AkhiAdifGorment
Ramai wanita tak perasan benda ni sebenarnya... Sebab hanyut dalam dunia popular dan viral zaman sekarang.
Biarlah orang viral katanya... Nanti bisnes aku kaya...
Tapi sebenarnya, ianya mengundang murka Allah.
Blogger pun tak kurang ada yang hanyut dengan ekspoitasi ni...
Wahai wanita.. Jangan sampai kita ni orang pergunakan. Jangan leka dengan dunia Viral dan popular yang penuh dosa dan noda. Kalau nak orang kata pasal kita, biarlah yang baik-baik sahaja.
Tak salah nak popular.. Tapi jangan sampai jual maruah dan diri...
Wanita ni sepatutnya ada sifat malu... Malu tu bukan kata bogel baru nak kata malu... Tapi sekarang ni dah telanjang pun tak rasa malu... Hmm... Sebab tu orang ambil kesempatan dengan pergunakan... Atas alasan dan pujian kita cantik dan seksi serta moden.. Sedangkan orang pergunakan je kita untuk kepentingan wang dan dunia orang lain.
Sedarlah... Wanita penghuni neraka paling ramai... Tak kan kita nak jadi salah seorang daripadanya?
Fikirkan...
Pesanan untuk diri sendiri dan semua wanita yang aku sayang...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mariafirdz.com/2019/04/relax-la-sekarang-kan-zaman-moden-dan.html