Relawan Muda Isma Lancar Tabung Bantuan Bencana Sasar Rm2 Juta


Athirah Huda Zalhe

Fokus bantu masyarakat memerlukan khususnya sepanjang PKP BANGI – Relawan Muda ISMA (RMI) melancarkan Tabung Bantuan Bencana, bagi mengajak orang ramai bersama-sama mengumpul dana untuk membantu masyarakat yang memerlukan.
Melalui tabung itu, RMI memfokuskan beberapa bentuk bantuan termasuk bantuan awal bencana, keperluan asas asnaf dan B40, baik pulih rumah persendirian dan bangunan awam serta bantuan pendidikan miskin bandar.
Ketua Pemuda ISMA, Mohd Sahrularifin Ab Manan berkata, sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 sehingga kini, lebih 10,000 keluarga di seluruh negara menerima bantuan asas dengan agihan berjumlah RM1 juta.
Beliau berkata, RMI antara pihak yang ke hadapan membantu kerajaan Pahang dalam memberikan bantuan air bersih ketika banjir yang melanda negeri itu pada awal tahun 2021.
“Lebih 50 tangki air statik diletakkan di lokasi strategik banjir berserta dua lori tangki air 40 kaki digerakkan ke kawasan banjir bagi mengangkut air bersih kepada mangsa.
“Relawan Muda ISMA juga adalah sebuah badan berdaftar dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan sudah dilantik menjadi Agen Basmi COVID-19 (ABC19), di mana sukarelawan RMI akan digerakkan bagi membantu pendaftaran vaksin dan membawa penduduk sekitar yang memerlukan bantuan ke Pusat Pemberian Vaksin berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Sahrularifin berkata, Tabung Bantuan Bencana yang dilancarkan ini menyasarkan kutipan sehingga RM2 juta.
“Terbaru, RMI telah melancarkan Tabung Bantuan Bencana: Kebakaran Mersing bagi membantu sekeluarga di daerah itu yang tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran rumah mereka pada 31 Mei lalu.
“Wakil RMI sudah berjumpa dengan keluarga ini dan memberi bantuan berupa komputer riba (digunakan untuk peperiksaan UIA) dan wang sejumlah RM10,000.
“Kempen ini menyasarkan kutipan RM200,000 bagi membina semula kehidupan mangsa,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menyalurkan ke akaun Tabung Bantuan Bencana, Persatuan Sukarelawan ISMA di 8604718222 (CIMB).
Mana-mana individu, agensi korporat dan kerajaan yang ingin bersama dalam kempen berkenaan juga boleh menghubungi [email protected] atau Ketua Koordinator Relawan Muda ISMA, Tuan Syed Abd Hadi Syed Malick di talian 019-6955743.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/relawan-muda-isma-lancar-tabung-bantuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tabung Perwira Covid 19 3 0 Sasar Kutipan Rm1 Juta Aman Palestin

Tabung Perwira Covid 19 3 0 Sasar Kutipan Rm1 Juta Aman Palestin

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 161 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Dana RM300 000 bakal diperuntukkan untuk 2 jabatan kesihatan negeri Sumber foto Awani BANGI Selepas bantuan kepada rakyat yang memerlukan berjaya disalurkan menerusi Tabung Perwira COVID 19 fasa pertama dan k...
Penjawat Awam Bersolidariti Sumbang Elaun Rm30 Juta Kepada Akaun Amanah Bencana

Penjawat Awam Bersolidariti Sumbang Elaun Rm30 Juta Kepada Akaun Amanah Bencana

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 214 hits
MALAYSIA NOW Imbuhan tetap keraian dan imbuhan tetap khidmat awam penjawat awam pelbagai tahap akan disumbang kepada akaun amanah bencana Pekerja perkhidmatan awam di hari terakhir di pejabat mereka Oktober lalu selepas perintah kawalan per...
Nak Elak Covid 19 Terbeli Pula Ubat Palsu 2 600 Penjual Online Disekat Rm2 2 Juta Ubatan Dirampas

Nak Elak Covid 19 Terbeli Pula Ubat Palsu 2 600 Penjual Online Disekat Rm2 2 Juta Ubatan Dirampas

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 156 hits
Oleh MEMANDANGKAN pandemik COVID 19 menyebabkan kebimbangan masyarakat terhadap penyakit tersebut meningkat semakin banyak laman web kini menjual produk atau ubatan berkaitan penyakit itu yang tidak berdaftar palsu dan berbahaya di dalam ta...
Ph Mahu Kerajaan Beri Bantuan One Off Dinaikkan Dari Rm500 Ke Rm2 000

Ph Mahu Kerajaan Beri Bantuan One Off Dinaikkan Dari Rm500 Ke Rm2 000

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 192 hits
nbsp Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan menggesa kerajaan menaikkan bantuan pemberian sekali beri daripada RM500 kepada RM2 000 Jawatankuasa itu berkata meskipun mereka menyokong keputusan kerajaan melanjutkan penutupan penuh fasa ...
Naikkan Bantuan Rm500 Kepada Rm2 000 Selepas Lanjut Pkp Gesa Ph

Naikkan Bantuan Rm500 Kepada Rm2 000 Selepas Lanjut Pkp Gesa Ph

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 251 hits
June 13 2021 PH berkata susulan lanjutan PKP penuh pakej bantuan kepada rakyat terkesan juga perlu diberikan PETALING JAYA Pakatan Harapan menggesa kerajaan meningkatkan bantuan sekali beri sebanyak RM500 kepada RM2 000 berikutan lanjutan p...
Isi Rumah Pendapatan Bawah Rm2 500 Dapat Bantuan Rm500

Isi Rumah Pendapatan Bawah Rm2 500 Dapat Bantuan Rm500

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 255 hits
malaysiakini comDiterbitkan 31 May 2021 9 13 pmDikemaskini 9 22 pmPerdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan program bantuan Pemerkasa Tambahan atau Pemerkasa Plus sebagai inisiatif terbaru kerajaan ekoran pelaksanaan sekatan pergerakan p...
Rm 2 55 Juta Bantuan Kewangan Kepada Penggiat Industri Pelancongan Dalam Pakej Kita Selangor 2 0

Rm 2 55 Juta Bantuan Kewangan Kepada Penggiat Industri Pelancongan Dalam Pakej Kita Selangor 2 0

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 323 hits
Y B TUAN HEE LOY SIANPengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri SelangorKerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM551 56 juta menerusi Pakej Kita Selangor 2 0 dalam usaha membantu rakyat di Negeri Selangor yan...
Construction Worker Pleads Guilty To Extorting Rm2 From Elderly Woman

Construction Worker Pleads Guilty To Extorting Rm2 From Elderly Woman

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 287 hits
A man pleaded guilty at the Kota Bharu Session Court today for extorting an elderly woman and intentionally putting her in fear last April The accused Muhamad Fikrianisfatullah Mohd Azmi 27 admitted to the charges after they were read out b...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran