Nak Elak Covid 19 Terbeli Pula Ubat Palsu 2 600 Penjual Online Disekat Rm2 2 Juta Ubatan Dirampas


Oleh Mohd Ridzwan Md. Iman   MEMANDANGKAN pandemik COVID-19 menyebabkan kebimbangan masyarakat terhadap penyakit tersebut meningkat, semakin banyak laman web kini menjual produk atau ubatan berkaitan penyakit itu yang tidak berdaftar, palsu dan berbahaya di dalam talian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdulah berkata, sehubungan itu, Operasi Pangea XIV 2021 dilancarkan pada 18 sehingga 25 Mei lalu bagi membanteras masalah tersebut dan Malaysia telah sembilan kali menyertai operasi yang dijalan di seluruh dunia tersebut sejak beberapa tahun lalu.
Operasi Pangea XIV memberi tumpuan kepada laman sesawang dan media sosial yang menawarkan ubat-ubatan yang berbahaya termasuk peranti perubatan dan pada tahun ini, tumpuan diberikan terhadap penjualan ubat-ubatan dan peranti perubatan yang disalahgunakan bagi tujuan rawatan COVID-19.
Dr. Noor Hisham berkata, melalui operasi itu, sebanyak 2,600 pautan laman web berkaitan telah disekat dan lebih RM2.2 juta ubatan tidak berdaftar telah dirampas oleh pihak berkuasa di seluruh negara.
Di Malaysia, operasi tersebut melibatkan kerjasama antara beberapa agensi dalam Kementerian Kesihatan (KKM) dan juga agensi lain seperti National Central Bureau (NCB)/ Interpol Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Pos Malaysia dan CyberSecurity Malaysia.
“Operasi Pangea XIV juga menunjukkan bahawa penjual yang tidak bertanggungjawab terus menerus mengambil peluang untuk mendapatkan keuntungan dengan menjual produk perlindungan untuk wabak COVID-19.
“Buktinya, ubat-ubatan terkawal yang dikatakan untuk rawatan COVID-19, pelitup muka (face mask), thermometer, sarung tangan, gaun pembedahan, test-kit untuk COVID-19, nasal aspirator dan swab beralkohol yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa peranti perubatan banyak dijual di dalam talian,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.
Dr. Noor Hisham berkata,selain itu, terdapat trend peningkatan penjualan bahan psikotropik oleh penjual yang tidak bertauliah di platform yang sama.
Beliau berkata, sepanjang tempoh operasi itu, sebanyak 972 bungkusan pos telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut, 157 bungkusan pos didapati mengandungi 9,115 unit produk farmaseutikal yang tidak berdaftar dirampas yang bernilai RM108,352.
Berbanding dengan Operasi Pangea pada tahun lalu, lebih 60 peratus produk yang dirampas pada tahun ini adalah ubat-ubatan terkawal di bawah Akta Racun 1952 dan 18 perastus merupakan ubat-ubatan terkawal di bawah kategori bahan psikotropik.

Manakala, selebihnya adalah ubat darah tinggi, kencing manis, pil gugur, ubat anti inflammatory dan lain-lain yang kebanyakannya tidak berdaftar dengan KKM.
Pemeriksaan turut dijalankan di semua pintu masuk utama di seluruh negara melibatkan kargo udara, lapangan terbang, pos sempadan dan terminal feri dengan 961 unit ubat-ubatan tidak berdaftar dirampas dengan nilai rampasan sebanyak RM 42,213.
Aktiviti penguatkuasaan lain yang dijalankan melibatkan serbuan bersasar ke atas penjual dan premis perniagaan yang terlibat dengan penjualan secara dalam talian.
Dalam operasi kali ini, 94 premis perniagaan yang menjual produk farmaseutikal yang tidak berdaftar dan juga premis yang mengedarkan bahan psikotropik yang tidak berdaftar telah diserbu.
Dalam serbuan tersebut, 61,864 unit produk farmaseutikal yang menyalahi peruntukan undang-undang telah dirampas untuk tindakan lanjut dan nilai rampasan adalah dianggarkan sebanyak RM 2,071,855. Turut dirampas adalah beberapa peranti digital seperti komputer dan telefon bimbit yang digunakan sebagai medium untuk memasarkan produk.
Kenyataan itu berkata, pautan di laman sesawang yang menjual ubat-ubatan yang tidak berdaftar yang mempunyai tuntutan rawatan COVID-19, masih lagi disaring dan disekat, manakala notifikasi juga sentiasa dikeluarkan kepada platform e-marketplace bagi menurunkan penjualan produk-produk tidak berdaftar atas tujuan yang sama.
Selain itu, orang ramai perlu memastikan produk kesihatan yang dijual sama ada di atas talian ataupun di premis mempunyai pelekat keselamatan Hologram dan Nombor Pendaftaran Produk sebelum membeli produk tersebut.
Status pendaftaran produk boleh disemak dengan melayari laman sesawang http://www.npra.gov.my di ruangan “Product Status”. Selain itu, orang ramai boleh memuat turun aplikasi NPRA Product Status daripada Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery bagi tujuan semakan tersebut.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/nak-elak-covid-19-terbeli-pula-ubat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Tak Percaya Ini Percaya Pulak Video Lepas Bunga Cengkih Viral Pula Kopi Campur Clorox Penawar Covid 19

Vaksin Tak Percaya Ini Percaya Pulak Video Lepas Bunga Cengkih Viral Pula Kopi Campur Clorox Penawar Covid 19

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 398 hits
Bermacam macam berita palsu disebarkan di Whatsapp terutamanya tentang penawar atau ikhtiar melawan virus Covid 19 Golongan anti vaksin akan mengambil kesempatan ini untuk dakyah mereka dan menghasut orang ramai untuk menolak suntikan vaksi...
Padah Sebar Berita Palsu Tentang Penyebaran Covid 19 Suri Rumah Sarat Hamil Di Perlis Didenda Rm5 000

Padah Sebar Berita Palsu Tentang Penyebaran Covid 19 Suri Rumah Sarat Hamil Di Perlis Didenda Rm5 000

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 241 hits
Gara gara menyebarkan berita palsu berkaitan penularan Covid 19 di aplikasi status Whatsapp seorang wanita sarat hamil telah didenda RM5 000 di Mahkamah Sesyen Kangar Perlis Difahamkan penyebaran berita tidak benar itu dilakukan pada 18 Apr...
Kim Jong Un Hapuskan Kucing Burung Merpati Untuk Elak Virus Covid 19 Tersebar Di Negaranya

Kim Jong Un Hapuskan Kucing Burung Merpati Untuk Elak Virus Covid 19 Tersebar Di Negaranya

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 336 hits
The ReporterPemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan bertindak menghapuskan haiwan haiwan seperti kucing dan burung merpati bagi mengelakkan penularan wabak Covid 19 Lapor Express co uk Kim mengarahkan pasukannya memusnahkan kucing dan m...
Elak Hospital Sesak 1 378 Positif Covid 19 Kuarantin Di Rumah

Elak Hospital Sesak 1 378 Positif Covid 19 Kuarantin Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 198 hits
Oleh LIYANA RAMLI NOOR Azmi Ghazali ditemui pemberita selepas meninjau PPV di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini UTUSAN ZULFACHRI ZULKIFLI IPOH Sebanyak 1 378 individu positif Covid 19 di negeri ini menjalani kuarantin di rumah masing ma...
Bagaimana Mahu Mengekang Covid Jika Semua Syarikat Dibenarkan Beroperasi Duit Tak Tau Nak Cari Atau Macamana

Bagaimana Mahu Mengekang Covid Jika Semua Syarikat Dibenarkan Beroperasi Duit Tak Tau Nak Cari Atau Macamana

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 228 hits
SHAHBUDIN HUSINSemalam kita telah didedahkan dengan laporan bahawa 95 142 syarikat telah diberi kebenaran beroperasi dalam tempoh apa yang disebut kononnya total lockdown Dengan permohonan daripada syarikat syarikat terus meningkat sehingga...
Perbahasan Panas Gesa Kkm Pakai Ivermectin Ubat Haiwan Untuk Rawat Pesakit Covid 19

Perbahasan Panas Gesa Kkm Pakai Ivermectin Ubat Haiwan Untuk Rawat Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 250 hits
Gambar ubat ini sekadar hiasan Kalau anda peka tentu tahu berkenaan isu gesaan pakai ubat yang dipanggil Ivermectin untuk rawatan dan pencegahan covid 19 Saya dapat maklumat ni semua dari grup wasap biasalah tu Ada manfaatnya juga grup wasa...
Rokok Tanpa Cukai Bernilai Lebih Rm1 2 Juta Dirampas

Rokok Tanpa Cukai Bernilai Lebih Rm1 2 Juta Dirampas

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 203 hits
Oleh NUR ALINA HASSAN KOTAK berwarna coklat yang mengandungi rokok berjaya dirampas polis dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Sierra 6 Pusat Komersial Sierra Maharani Muar Johor MUAR Polis berjaya mematahkan aktiviti jualan rokok tanpa ...
Rekod 7 748 Lagi Kes Baru Jangkitan Covid 19 Malaysia Jangkau 600 000

Rekod 7 748 Lagi Kes Baru Jangkitan Covid 19 Malaysia Jangkau 600 000

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 241 hits
MALAYSIA NOW Selangor kekal catat kes harian tertinggi sebanyak 2 612 Pegawai kesihatan menjalankan ujian saringan ke atas kanak kanak yang merupakan penduduk Sri Penara Cheras Sri Penara dikenakan PKP diperketatkan pada 28 Mei lalu sehingg...
Tabung Perwira Covid 19 3 0 Sasar Kutipan Rm1 Juta Aman Palestin

Tabung Perwira Covid 19 3 0 Sasar Kutipan Rm1 Juta Aman Palestin

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 260 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Dana RM300 000 bakal diperuntukkan untuk 2 jabatan kesihatan negeri Sumber foto Awani BANGI Selepas bantuan kepada rakyat yang memerlukan berjaya disalurkan menerusi Tabung Perwira COVID 19 fasa pertama dan k...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation