Rehearsal Di Atas Pelamin
Disebalik majlis pernikahan anak sulung mySIL di SINI..Kali ni banyak nak diceritakan tapi kena buat secara ber episod, tak nak ada yang tertinggal
07 Disember 2023 - Khamis
Kronologi kes:Dalam penat balik kerja, terus bersilat di dapur untuk memasak hidangan makan malam. Ku buang kulit ayam terhiris sekali jari kananku, terbuang kulit sendiri. Panik sekejap sebab darah mengalir tak berhenti. Balut ikut dan je takut menitik masuk dalan kuali
Bungkus asal jadi, darah masih keluar lagi
Long story short.. Seminggu dah ku tak beli ayam. Ini semua salah pisau. Kalau pisau tu buat kerja dengan elok, tak adalah jadi macam ni
Kemudian, lewat malam, aku menemani en. Hubby ke rumah kakak beliau (mySIL), sempatlah ku belikan yong tau foo. Makan sambil berbincang untuk majlis pada 10 Disember 2023
08 Disember 2023 - Jumaat
Jari tangan masih belum sembuh sepenuhnya tapi masih sempat menjemput family mySIL untuk menjamu selera di rumah.
Alasan tak mahu masak
Dulu.. sehari sebelum nikah, terhiris jari sewaktu memotong daun pandan untuk dijadikan bunga rampai. Orang tua kata bila 'berdarah manis', jangan buat sesuatu yang 'bahaya'. Ini.. anak buah yang nak nikah, jari MakBudak pulak yang luka
09 Disember 2023 - Sabtu
Sehari sebelum majlis pernikahan anak sulung mySIL. Aku ke rumah beliau tapi aku tolong tengok je sebab mySIL tak tahu nak bagi aku buat kerja. Tak banyak yang boleh dibantu sebab beliau nak aku dan en. Hubby hanya menemani untuk majlis pernikahan bukan sibuk di bahagian dapur seperti kebiasaan
Pelamin: Team mySIL
Baju Nikah: Sepasang
Khemah: Ruang hadapan rumah
Makanan: Kakak sepupu en. Hubby
Itu bukan untuk dijadikan hantaran
Ini antara yang berada di atas dulang hantaran
dari MakBudak buat myAnak Fruit - Ain.
Malam: Pasang pelamin.
Rehearsal di atas Pelamin. Bukan bakal pengantin tapi pengantin Purba, MakBudak. Pengantin dok sibuk berinai, kita biarkan dia
Diuruskan oleh team mySIL
Just nice.
Sementara menunggu en. Hubby balik kerja.
Ceria disebalik duka.
Anak bongsu mySIL dengan senang hati menjadi model di situ
Selagi bateri masih bernyala.
Inilah hasilnya.
Di ruang tamu di dalam rumah mySIL
Selepas penat bergossip, masa untuk ambil en. Hubby di tempat kerja dan ketika sampai di rumah, baru perasan kunci rumah tiada bersama kami. Terpaksalah berpatah balik dalam keadaan letih + mengantuk hanya disebabkan kunci rumah di rumah mySIL. Adan uke kami.. hahaha.
Esoknya.
Nanti aku sambung di entry akan datang
updated: di SINI.
#RemajaPurba: ..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2023/12/rehearsal-di-atas-pelamin.html