Reformasi Ag Dan Pendakwa Raya Kajian Tidak Boleh Jadi Alasan


 



Salah satu kelemahan struktur paling ketara dalam sistem perundangan Malaysia ialah penggabungan dua kuasa besar: Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang utama kerajaan, dan dalam masa yang sama, Pendakwa Raya yang memegang kuasa penuh untuk memulakan atau menghentikan pendakwaan jenayah.
Penyatuan dua peranan ini bukan sekadar isu teknikal perundangan. Ia menyentuh asas keadilan yang bebas dan tidak berpihak. Apabila kuasa mendakwa dan kepentingan kerajaan bertembung dalam satu tangan, ia mencetuskan persoalan serius tentang integriti proses keadilan.
Ini bukan persoalan individu, tetapi soal sistem. Rakyat tidak meminta kesempurnaan, tetapi mereka berhak menuntut sistem yang adil, telus dan boleh dipercayai.
Realitinya, terlalu banyak bergantung kepada budi bicara seorang Peguam Negara. Dilantik oleh kerajaan, beliau bertanggungjawab kepada eksekutif dan dalam masa yang sama memegang kuasa untuk menentukan siapa yang didakwa dan siapa yang tidak. Ini membuka ruang kepada persepsi, atau kemungkinan sebenar, berlakunya campur tangan politik dalam proses keadilan jenayah.
Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, telah menyatakan bahawa kerajaan sedang menjalankan kajian menyeluruh mengenai pemisahan fungsi ini. Kajian tersebut dikatakan memberi tumpuan kepada perlindungan institusi dalam pelantikan dan pemecatan Pendakwa Raya serta mekanisme semak dan imbang.
Namun persoalan yang timbul ialah sampai bila kajian ini akan berterusan. Apakah hala tuju yang jelas sedang digerakkan. Kajian demi kajian telah disebut sejak bertahun-tahun. Rakyat berhak mengetahui hasilnya, garis masa pelaksanaannya dan bentuk reformasi yang akan diperkenalkan. Reformasi institusi tidak boleh terus berada dalam fasa retorik.
Malaysia tidak bermula dari sifar dalam perkara ini. Banyak negara lain telah lebih awal melaksanakan pemisahan kuasa pendakwaan daripada pejabat penasihat undang-undang kerajaan. Mereka memahami bahawa persepsi terhadap keadilan adalah sama pentingnya dengan keadilan itu sendiri. Kita boleh belajar daripada pendekatan mereka yang terbukti berkesan, dengan penyesuaian mengikut realiti perundangan dan politik tempatan.
Pendakwa raya perlu berfungsi sebagai institusi bebas yang dilindungi oleh perlembagaan. Bebas daripada pengaruh politik. Bebas daripada sebarang kuasa eksekutif. Hanya dengan pengasingan yang jelas dan menyeluruh, kita dapat memastikan pendakwaan dilakukan berdasarkan undang-undang, bukti dan kepentingan awam. Bukan atas pertimbangan politik atau peribadi.
Ini bukan sekadar soal perundangan. Ini soal prinsip. Soal kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan. Soal generasi akan datang yang mewarisi sistem yang kita bina hari ini. Setiap kelewatan membawa risiko. Risiko penyalahgunaan kuasa, risiko persepsi pilih kasih, dan risiko keruntuhan keyakinan awam terhadap institusi undang-undang.
Parlimen yang akan bersidang tidak lama lagi perlu menjadi pentas untuk menetapkan hala tuju yang tegas. Masa untuk mengkaji telah berlalu. Masa untuk bertindak telah tiba.
Tanpa ketelusan dan struktur yang jelas, keadilan akan terus kekal sebagai janji yang belum ditepati. - Mkini
MAHATHIR MOHD RAIS ialah bekas setiausaha Bersatu.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/04/a_72.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Kesal Trend Menari Terima Duit Raya Di Tiktok Boleh Jatuh Hukum Haram

Mufti Kesal Trend Menari Terima Duit Raya Di Tiktok Boleh Jatuh Hukum Haram

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 126 hits
Kini ramai orang berkongsi dan mencuba trend menari terima duit raya di TikTok bersama sanak saudara mahupun sahabat sempena sambutan Aidilfitri Sambutan hangat trend berkenaan telah menerima pelbagai reaksi beberapa pihak termasuk Mufti Te...
Boleh Jadi Kreatif Tapi Netizen Kurang Senang Lihat Sampul Raya Didakwa Tak Lambangkan Aidilfitri

Boleh Jadi Kreatif Tapi Netizen Kurang Senang Lihat Sampul Raya Didakwa Tak Lambangkan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 180 hits
Baru baru ini kecoh di aplikasi Threads apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas menerima sampul raya percuma daripada sebuah kedai jus Biasanya sampul raya akan tertera ucapan 8216 Selamat Hari Raya Aidilfitri 8217 sama ada di ...
Mematikan Ciri Penting Telefon Pintar Ini Boleh Mudakan Otak Sebanyak 10 Tahun Kajian

Mematikan Ciri Penting Telefon Pintar Ini Boleh Mudakan Otak Sebanyak 10 Tahun Kajian

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 114 hits
Satu kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik dari University of British Columbia dari Kanada mendapati bahawa menutup salah satu ciri penting pada telefon pintar boleh menjadikan otak manusia lebih muda Menurut kajian itu yang meliba...
Tak Suka Pmx Tak Apa Tapi Jangan Edit Kalimah Suci Takbir Raya Hingga Boleh Rosa

Tak Suka Pmx Tak Apa Tapi Jangan Edit Kalimah Suci Takbir Raya Hingga Boleh Rosa

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 165 hits
Tak suka PMX tak apa tapi jangan edit kalimah suci takbir raya hingga boleh rosakkan akidah Tak pasti jangan kongsi biarbetul delight ranges image ranges inline style ranges aggregated ranges ranges entity typename Hashtag isEntity Hashtag ...
Hiburan Tergedik Dengan Jantan Boleh Pula Lana Nodin Bidas Kecaman Netizen Bagi Duit Raya Ikut Trend Penguin Dance

Hiburan Tergedik Dengan Jantan Boleh Pula Lana Nodin Bidas Kecaman Netizen Bagi Duit Raya Ikut Trend Penguin Dance

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 109 hits
Dikritik kerana memberikan duit raya sambil mengikut trend Penguin Dance pelakon tampil mempertahankan diri terhadap tuduhan bahawa tarian tersebut berkait dengan upacara keagamaan tertentu Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin 45 ...
Nak Buat Boleh Tak Buat Pun Tak Apa 5 Amalan Hari Raya Yang Hanya Ikut Tradisi

Nak Buat Boleh Tak Buat Pun Tak Apa 5 Amalan Hari Raya Yang Hanya Ikut Tradisi

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 159 hits
Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang dinanti nantikan oleh umat Islam selepas sebulan berpuasa Namun ada beberapa amalan tradisi yang sering dilakukan semasa raya tetapi sebenarnya tidak wajib pun Kalau nak buat boleh saja tapi kalau t...
Pulau Pinang Bagi Duit Raya Guna Duit Negeri Terengganu Pula Harap Persekutuan Bayarkan

Pulau Pinang Bagi Duit Raya Guna Duit Negeri Terengganu Pula Harap Persekutuan Bayarkan

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 196 hits
IDUP CINA DAPHarapandailyMarch 25 2025OLEH A ZAHIDMasih segar dalam ingatan bagaimana Menteri Besar Terengganu dari Pas Datuk Dr Ahmad Samsuri Mokhtar emberi gred D kepada Kerajaan MADANI dalam satu podcast terkenal di tanah air Padahal ban...
Koleksi Popular Sampul Duit Raya Edisi Terhad 2025

Koleksi Popular Sampul Duit Raya Edisi Terhad 2025

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 240 hits
Bila tiba Aidilfitri salah satu perkara yang paling dinanti nantikan bukan sahaja ketupat dan rendang tetapi juga sampul duit raya Lebih lebih lagi kalau dapat sampul duit raya edisi terhad yang eksklusif dan rare Setiap tahun pelbagai jena...
8 Tips Penting Rancang Perjalanan Balik Kampung Untuk Cuti Raya

8 Tips Penting Rancang Perjalanan Balik Kampung Untuk Cuti Raya

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 213 hits
Bila musim perayaan makin hampir tiba mesti kadar penggunaan kenderaan dekat lebuhraya semakin meningkat Betul tak korang Lebih lebih lagi kalau nak sambut hari raya aidilfitri Memang sangat meriah tapi pada masa yang sama kita risau jugala...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Continuous Learning In Business

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option

5 Sebab Untuk Rebut Peluang Memiliki Kediaman Di Laman Sendayan 2

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Ketaksuban Terhadap Gen Ai Suatu Kebebalan

Petua Bawang Kisar Supaya Tak Cepat Rosak

Gani Famous Pasembur Pulau Pinang

Goreng Sekali Elok Gebu Tak Merekah Ini Tip Buat Bergedil Paling Menjadi

Danar Widianto Feat Gloria Jessica Nuansa Romansa Chord