Reen Rahim Tak Masuk Pawagam Pun Meletup






MULANYA kecewa apabila filem komedi seram lakonannya, Syif Malam Raya yang sepatutnya ditayangkan di pawagam sempena Aidilfitri ditukar kepada perancangan lain.

Bagaimanapun, pelakon cantik, Reen Rahim, 31, kini mampu tersenyum apabila filem yang ditayangkan menerusi saluran Astro First itu mendapat sambutan hangat peminat.

Setakat ini, filem arahan Datuk Profesor Dr A Razak Mohaideen yang turut menampilkan Atu Zero, Sharif Zero, Yoe Parey, Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Ropie ini sudah mencatat kutipan lebih RM3 juta selepas 10 hari tayangan.

Reen atau nama sebenarnyaNoreen Ashikin Abdul Rahim jelas teruja dengan apa yang dikecapi.

"Alhamdulillah, filem ini ternyata dapat menambat hati penonton. Sebenarnya agak sedih juga apabila mendapat berita ia tidak dapat ditayangkan di pawagam apabila ditutup akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Bagaimanapun, penerbitnya, Ray Theme Sdn Bhd mengambil langkah bijak apabila mencari jalan lain pula.

"Berikutan filem ini bertemakan hari raya, penerbit terpaksa ambil keputusan menyiarkannya di platform lain dan tidak boleh menunda tarikh seperti filem lain," katanya.

Reen yang melangkah masuk dalam bidang seni selepas menjuarai pentas Pilih Kasih musim ketiga pada 2012, melakonkan watak Mira dalam filem ini.

"Antara faktor mengapa saya bersetuju berlakon adalah kerana pengarahnya Razak Mohaideen. Saya membesar dengan filem komedi beliau termasuk Anak Mami. Jadi saya tidak lepaskan peluang untuk terbabit dalam filem komedi arahannya. Sebelum ini saya pernah berlakon di bawah arahan Razak menerusi filem Soulmate Hingga Jannah tapi ia bukan komedi," katanya.

Reen yang sebelum ini berjaya memikat penonton dengan watak Kak Su menerusi siri Pujaan Hati Kanda mengakui perasaannya begitu teruja dapat berlakon dengan barisan 'otai'.

"Memang ramai pelakon komedi 'otai' yang terbabit. Malah, saya juga sangat tertarik dengan mesej berbentuk pengajaran dan nilai murni yang diterapkan dalam filem ini. Pada saya filem seperti ini agak jarang dihasilkan dan wajarlah peminat memberikan sokongan," katanya.

Ibarat satu bonus, peminat akan dapat terus menyaksikan kemunculan Reen dalam filem menerusi filem Town Mall dan Omerta pula selepas ini.

"Seperti Syif Malam Raya, saya juga mengharapkan sambutan hebat diberikan peminat untuk kedua-dua filem ini. Diikutkan saya sebenarnya sudah ada beberapa projek yang menanti selepas Aidilfitri.

"Bagaimanapun, saya tak dapat dedahkan lagi kerana semua projek ini terpaksa ditunda akibat PKP. Saya perlu tunggu dahulu untuk melihat keadaan semasa," katanya.

Walaupun sudah mempunyai kedudukan kukuh, Reen tidak cerewet memilih watak.

"Saya sebenarnya tak sasarkan jenis watak yang diberikan. Apabila diberikan tanggungjawab, saya pasti akan buat sebaik mungkin. Saya sentiasa belajar memperbaiki mutu lakonan agar penyampaian watak nampak lebih matang dan padu.

"Sebenarnya saya paling takut sekiranya berada di tahap selesa. Saya selalu elak untuk rasa bangga dan sentiasa anggap diri masih mentah dalam bidang ini dan masih belajar," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/06/reen-rahim-tak-masuk-pawagam-pun-meletup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telemovie Jam Tangan Paksu Lakonan Sharnaaz Ahmad Reen Rahim

Telemovie Jam Tangan Paksu Lakonan Sharnaaz Ahmad Reen Rahim

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 2157 hits
Saksikan telefilem Jam Tangan Paksu arahan Rahila Ali pada Ahad 7 Jun pukul 9 malam di TV1 myklik rtm gov myJUDUL JAM TANGAN PAK SUWAKTU SIARAN Ahad 7 Jun 2020 9 00 malamSIARAN TV TV1 PENGARAH Rahila AliPRODUKSI Megapine Sdn BhdPELAKON Shar...
Mokhtar Senik Mana Hang P Ni Masuk Berita Ni Woiii Mana Dia

Mokhtar Senik Mana Hang P Ni Masuk Berita Ni Woiii Mana Dia

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 484 hits
Dua hati itu ialah hati PAS dan hati UMNO yang dipenuhi golongan kleptokrat yang diiktiraf dunia termasuk Singapura dan Amerika Syarikat Ini kerana wang 1Malaysia Development Berhad sebanyak USD972 juta telah dimasukkan ke dalam akaun perib...
Tak Punya Sikm 200 Kendaraan Dipaksa Putar Balik Saat Hendak Masuk Depok

Tak Punya Sikm 200 Kendaraan Dipaksa Putar Balik Saat Hendak Masuk Depok

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 365 hits
Kendaraan tersebut sengaja melintas pada malam hari untuk menghindari petugas Namun petugas yang berjaga di sejumlah titik tak lengah sehingga bisa menjaring kendaraan tersebut Tim Patroli Biru telah melakukan pemantauan sejak beberapa hari...
Zahra Fielding Wanita Australia Yang Masuk Islam Selepas Main Game Of Sultans

Zahra Fielding Wanita Australia Yang Masuk Islam Selepas Main Game Of Sultans

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 372 hits
Seorang wanita dari Australia Zahra Fielding tidak menyangka dia akan menjadi muslim selepas bermain permainan dalam talian di mana dia berkenalan dengan beberapa kenalan baru yang membawanya kepada agama Islam Zahra Fielding Dia yang pada ...
Hingga H 7 Lebaran 10 863 Kendaraan Tak Miliki Sikm Dilarang Masuk Jakarta

Hingga H 7 Lebaran 10 863 Kendaraan Tak Miliki Sikm Dilarang Masuk Jakarta

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 339 hits
Memasuki H 7 pasca Hari Raya Idul Fitri 1441 Hijriah Direktorat Lalu Lintas Polda Metro Jaya mencatat sebanyak 10 863 kendaraan tidak diperbohlehkan masuk Jakarta dan dipaksa putar balik Jumlah tersebut terhitung sejak 27 Mei 2020 hingga 30...
Wba Mengumumkan Openroaming Menghapuskan Proses Log Masuk Ke Perkhidmatan Wifi Terbuka

Wba Mengumumkan Openroaming Menghapuskan Proses Log Masuk Ke Perkhidmatan Wifi Terbuka

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 348 hits
Di Malaysia perkhidmatan WiFi percuma amat mudah ditemui di restoran pusat membeli belah pusat perkhidmatan pelanggan dan lapangan terbang Sebelum ia boleh digunakan pengguna perlu melog masuk terlebih dahulu dan proses ini kerap kali melec...
Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu

Baki Akaun Menyusut Hutang Puluhan Ribu Masih Tertangguh