 Kami sampai sini sekitar pukul 10 pagi. Lebih senang nak cari tempat ni sebab dari kejauhan dah nampak deretan kenderaan pengunjung yang diletak di bahu jalan. Kami letak kereta di kawasan lapang berhampiran papan tanda bertulis 'Kawasan JKKK Gajah Mati'. Rasa lebih selamat berbanding di bahu jalan sana tu. (sekadar ingatan : pastikan letak kenderaan di tempat yang tak menghalang/mengganggu laluan keluar/masuk penduduk tempatan.)
Kami sampai sini sekitar pukul 10 pagi. Lebih senang nak cari tempat ni sebab dari kejauhan dah nampak deretan kenderaan pengunjung yang diletak di bahu jalan. Kami letak kereta di kawasan lapang berhampiran papan tanda bertulis 'Kawasan JKKK Gajah Mati'. Rasa lebih selamat berbanding di bahu jalan sana tu. (sekadar ingatan : pastikan letak kenderaan di tempat yang tak menghalang/mengganggu laluan keluar/masuk penduduk tempatan.) Perjalanan menuju ke Red Forest bermula di sini - jalan ladang kelapa sawit. Macam mana kami tahu nak ikut jalan ladang sawit yang mana? Kami cuma ikut petunjuk yang ada, iaitu kenderaan dan kumpulan para pengunjung (ramai yang dah turun masa ni). Tapi sedih dan geram, awal-awal lagi dah jumpa sampah botol air mineral dan plastik
Perjalanan menuju ke Red Forest bermula di sini - jalan ladang kelapa sawit. Macam mana kami tahu nak ikut jalan ladang sawit yang mana? Kami cuma ikut petunjuk yang ada, iaitu kenderaan dan kumpulan para pengunjung (ramai yang dah turun masa ni). Tapi sedih dan geram, awal-awal lagi dah jumpa sampah botol air mineral dan plastik Dari jalan ladang kelapa sawit, kami melalui jalan tanah merah dan belukar untuk ke kaki bukit. Selepas itu barulah kami betul-betul berjalan di dalam hutan. Laluan di sini jelas, kita ikut je laluan tersedia. Ini adalah antara laluan yang perlu ditempuh. Semakin ke atas, pendakian makin curam dan perlu berpaut pada tali untuk memanjat. Memang menguji kekuatan tangan saya
Dari jalan ladang kelapa sawit, kami melalui jalan tanah merah dan belukar untuk ke kaki bukit. Selepas itu barulah kami betul-betul berjalan di dalam hutan. Laluan di sini jelas, kita ikut je laluan tersedia. Ini adalah antara laluan yang perlu ditempuh. Semakin ke atas, pendakian makin curam dan perlu berpaut pada tali untuk memanjat. Memang menguji kekuatan tangan saya Sebelum sampai ke puncak, kami melalui dua kawasan yang ada rimbunan buluh. Mungkin itu sebabnya bukit ini dinamakan BUKIT BULUH. Bila dah jumpa kawasan buluh yang kedua nanti, itu tandanya kita dah makin dekat dengan puncak
Sebelum sampai ke puncak, kami melalui dua kawasan yang ada rimbunan buluh. Mungkin itu sebabnya bukit ini dinamakan BUKIT BULUH. Bila dah jumpa kawasan buluh yang kedua nanti, itu tandanya kita dah makin dekat dengan puncak
 RED FOREST....pokok semua merahhhh! Alhamdulillah kami selamat sampai di puncak sekitar pukul 11.30 pagi, setelah mendaki selama 1 jam 10 minit (bermula di jalan ladang kelapa sawit). Terpegun saya dengan kecantikkan taman pokok merah sebaik menjejakkan kaki di puncak bukit ni. SubhanAllah 😍
RED FOREST....pokok semua merahhhh! Alhamdulillah kami selamat sampai di puncak sekitar pukul 11.30 pagi, setelah mendaki selama 1 jam 10 minit (bermula di jalan ladang kelapa sawit). Terpegun saya dengan kecantikkan taman pokok merah sebaik menjejakkan kaki di puncak bukit ni. SubhanAllah 😍 Keunikan lain di bukit ini - terdapat 'beirut'. Iaitu struktur besi seperti di atas (segitiga dan berkaki empat). Ia bukan pondok untuk pendaki berteduh tau. Dahulunya beirut di bina sebagai penanda sesebuah puncak, untuk tujuan pemetaan. Namun ia tak lagi digunakan pada masa sekarang. Kalau nak ia kekal tegak sebagai tinggalan sejarah, mungkin perlu letak papan tanda di larang duduk kat besi tu. Selalu kena duduk, lama-lama boleh roboh jugak tu
Keunikan lain di bukit ini - terdapat 'beirut'. Iaitu struktur besi seperti di atas (segitiga dan berkaki empat). Ia bukan pondok untuk pendaki berteduh tau. Dahulunya beirut di bina sebagai penanda sesebuah puncak, untuk tujuan pemetaan. Namun ia tak lagi digunakan pada masa sekarang. Kalau nak ia kekal tegak sebagai tinggalan sejarah, mungkin perlu letak papan tanda di larang duduk kat besi tu. Selalu kena duduk, lama-lama boleh roboh jugak tu Sudut pemandangan di lereng puncak bukit. Rasa macam berada di alam fantasi pulak! 😄
Sudut pemandangan di lereng puncak bukit. Rasa macam berada di alam fantasi pulak! 😄 Close-up pokok merah. Menurut info yang saya dapat, nama pokok ni pokok GELAM MERAH. Kulit pokoknya berwarna merah, lembut dan mudah tanggal. Bila saya pegang, macam kulit bawang tertanggal...nipis je. Pokok ni nampaknya hanya terdapat di bahagian puncak bukit, saya tak jumpa pokok yang sama di sepanjang pendakian tadi
Close-up pokok merah. Menurut info yang saya dapat, nama pokok ni pokok GELAM MERAH. Kulit pokoknya berwarna merah, lembut dan mudah tanggal. Bila saya pegang, macam kulit bawang tertanggal...nipis je. Pokok ni nampaknya hanya terdapat di bahagian puncak bukit, saya tak jumpa pokok yang sama di sepanjang pendakian tadi Nyaman sangat kat puncak bukit ni! Angin bertiup sejuk. Walaupun masa ni waktu tengahari. Tambah pulak dengan bunyi unggas, memang seronok bersantai di sini
Nyaman sangat kat puncak bukit ni! Angin bertiup sejuk. Walaupun masa ni waktu tengahari. Tambah pulak dengan bunyi unggas, memang seronok bersantai di sini Bukit Buluh dengan ketinggian 371 meter. Kalau ikut alat pengukur yang digunakan oleh suami, ketinggian di sini 340 meter. Tak tau la mana yang tepat, yang pasti bukit ni tak lebih 400 meter ketinggiannya
Bukit Buluh dengan ketinggian 371 meter. Kalau ikut alat pengukur yang digunakan oleh suami, ketinggian di sini 340 meter. Tak tau la mana yang tepat, yang pasti bukit ni tak lebih 400 meter ketinggiannya Rekod pendakian. Semua pun letak kat blog, senang nak rujuk semula
Rekod pendakian. Semua pun letak kat blog, senang nak rujuk semula| Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini | 
 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		