Rebut Takhta Permaisuri Paling Kaya Berkuasa Di Gangnam Drama Penthouse Dibarisi Pelakon Wanita Hebat


Baru-baru ini SBS telah mengumumkan barisan pelakon untuk sebuah drama bertajuk “Penthouse” yang bakal bersiaran selepas drama “Do You Like Brahms?” tamat nanti.
“Penthouse” membawa kisah seorang wanita yang berusaha mencapai impiannya untuk memasuki sebuah komuniti mewah dengan menjadi ‘permaisuri’ di tingkat 100 sebuah penthouse terletak di Gangnam. Merupakan tanda aras kejayaan baginya, wanita itu sanggup menjadi ‘orang jahat’ untuk melindungi dirinya sendiri.
Antara pelakon yang telah disahkan bakal membarisi drama ini ialah Lee Ji-ah yang bakal melakonkan watak Shim Soo-ryeon iaitu seorang wanita yang lemah lembut, elegan, bermaruah dan tidak pernah merasai kehidupan susah sepanjang hidupnya selain merupakan ‘ketua’ di kawasan penthouse tersebut.
Kim So-yeon pula akan melakonkan watak Cheon Seo-jin, seorang wanita kaya yang merupakan lambang berlagak dan menunjuk-nunjuk malah turut berselindung di sebalik cita-cita yang jahat.
Bagi Eugene, dia akan membawa watak Oh Yoon-hee iaitu seseorang yang tak pernah merasai manis kekayaan selain menjalani hidupnya sambil mengetap gigi dan melakukan pelbagai kerja bagi menampung diri sendiri. Dengan segala usahanya, dia cuba untuk memasuki komuniti kaya tersebut supaya anaknya akan hidup senang suatu hari nanti.
Uhm Ki-joon menggalas watak Joo Dan-tae, seorang yang bijak menguruskan hartanah dan setia menerima pulangan lumayan setiap kali melabur. Lelaki ini juga merupakan suami keran Shim Soo-ryeon. Manakala watak Kang Ma-ri iaitu OKB (orang kaya baru) dan menjalani dua kehidupan secara rahsia pula akan dilakonkan oleh Shin Eun-kyung.
Dari kiri: Uhm Ki-joon, Shin Eun-kyung, Bong Tae-gyu Bong Tae-gyu pula ialah Lee Kyu-jin, satu-satunya anak kepada sebuah keluarga kaya dalam bidang perundangan bahkan dia sendiri merupakan seorang peguam di sebuah firma guaman. Watak Ha Yoon-cheol akan dilakonkan oleh Yoon Jong-hoon di mana lelaki itu percaya bahawa seorang lelaki seharusnya memiliki kekayaan dan kuasa. Dia merupakan suami kepada Cheon Seo-jin dan bertugas sebagai ketua pembedahan di jabatan VIP di hospital tempat dia bekerja.
Park Eun-seok diberikan tanggunjawab untuk membawa watak Gu Ho-dong iaiatu seorang guru pendidikan jasmani yang banyak muslihat di sebuah sekolah sastera manakala Yoon Joo-hee akan melakonkan watak Go Sang-ah, seorang bekas penyampai berita dan isteri kepada Lee Kyu-jin.
Dari kiri: Yoon Jong-hoon, Park Eun-seok, Yoon Joo-hee Menurut pihak produksi “Penthouse”, penonton boleh menjangkakan sesuatu yang hebat daripada drama ini,
Ini adalah drama yang paling dinantikan pada pengujung tahun ini. Selepas memilih stesen penyiarannya, ‘Penthouse’ bakal menutup tahun 2020 buat SBS dengan bergaya. Sila letakkan harapan kepada drama tidak dijangka ini yang bakal menjadi perbualan utama di medial sosial.
Bunyi macam ala-ala “SKY Castle” sahaja! Sama-sama kita saksikan tayangan drama ini nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/rebut-takhta-permaisuri-paling-kaya-berkuasa-di-gangnam-drama-penthouse-dibarisi-pelakon-wanita-hebat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daripada Pelakon Cilik Kim Sohyun Kim Yoojung Dinamakan Sebagai Pelapis Baru Pelakon Wanita K Drama

Daripada Pelakon Cilik Kim Sohyun Kim Yoojung Dinamakan Sebagai Pelapis Baru Pelakon Wanita K Drama

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 594 hits
Tidak dinafikan bahawa dunia lakonan Korea dipenuhi dengan ramai pelakon wanita yang berbakat besar Bukan sahaja memiliki rupa paras yang menarik tetapi turut dilengkapi dengan mutu lakonan yang tak dapat disangkal langsung Antara daripada ...
Punca Sebenar Pelakon Wanita Popular Ditikam Di Leher Dan Dada Sampai Nyawa Nyawa Ikan

Punca Sebenar Pelakon Wanita Popular Ditikam Di Leher Dan Dada Sampai Nyawa Nyawa Ikan

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 252 hits
Seorang penyayi Jepun ditikam beberapa kali oleh seorang peminat fanatik ketika sedang menunggu untuk membuat persembahan di Tokyo pada Sabtu Lapor agensi berita AFP Mayu Tomita 20 ditikam di bahagian leher dan dada Menurut polis tempatan k...
Wow Hebat Berani Dua Wanita Guna Sari Selamatkan Sekumpulan Lelaki Dihanyutkan Arus Deras

Wow Hebat Berani Dua Wanita Guna Sari Selamatkan Sekumpulan Lelaki Dihanyutkan Arus Deras

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 322 hits
Berani Dua wanita guna sari selamatkan sekumpulan lelaki dihanyutkan arus derasDua wanita menggunakan kain sari mereka untuk menyelamatkan mangsa lemas Foto India TimesDUA wanita di Mungeli Chhattisgarh di India menggunakan kain sari mereka...
Kenali Marina Granovskaia Wanita Paling Berpengaruh Dalam Bola Sepak

Kenali Marina Granovskaia Wanita Paling Berpengaruh Dalam Bola Sepak

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 428 hits
Marina Granovskaia Siapa wanita ini Kenali Marina Granovskaia Wanita Paling Berpengaruh Dalam Bola Sepak Jika dilihat pada wajah jelita wanita berusia 45 tahun ini pastinya tiada siapa menyangka peranan yang dimainkan beliau cukup signifika...
Paling Kaya Di Dunia Hanya Jeff Bezos Yang Memiliki 8 Barang Mewah Ini

Paling Kaya Di Dunia Hanya Jeff Bezos Yang Memiliki 8 Barang Mewah Ini

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 381 hits
Menjadi orang terkaya di dunia membolehkan bos Amazon iaitu Jeff Bezos memiliki apa sahaja yang dia mahukan Rumah mewah jet peribadi hingga pangsapuri di pusat bandar boleh dibeli dengan mudah Berikut saya kongsikan kepada anda 8 barang mew...
Covid 19 Jangkiti Staf Pelakon 10 K Drama Ini Terpaksa Tangguh Penggambaran Buat Seketika

Covid 19 Jangkiti Staf Pelakon 10 K Drama Ini Terpaksa Tangguh Penggambaran Buat Seketika

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 333 hits
Sejak beberapa hari ini dunia K Drama telah dilanda ombak badai dek serangan COVID 19 secara tiba tiba Hal ini bermula daripada seorang tersebut Bahkan tak lama selepas itu seorang pelakon yang terlibat dengan drama Dol Dol Sol Sol La La So...
Lakonan Hebat Dalam Iotnbo Kwak Dongyeon Bakal Sertai Song Joongki Dalam Drama Baru Vincenzo

Lakonan Hebat Dalam Iotnbo Kwak Dongyeon Bakal Sertai Song Joongki Dalam Drama Baru Vincenzo

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 439 hits
Dengar cerita ramai yang dah teruja dengan drama baru yang bakal membawa Song Joong ki sebagai teraju utamanya iaitu Vincenzo Makin menggembirakan lagi kerana pelakon berbakat iaitu Kwak Dong yeon juga telah disahkan bakal menghiasi naskhah...
China Paksa Wanita Uyghur Buang Rahim Gugur Kandungan

China Paksa Wanita Uyghur Buang Rahim Gugur Kandungan

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 196 hits
Ada bayi masih bergerak ketika dibuang ke tempat pembuangan sampah ISTANBUL Kelahiran etnik Uyghur di China telah disekat dan dihadkan dedah seorang doktor Doktor pakar sakit puan yang juga berasal dalam kalangan etnik Uyghur itu berkata se...
Pukul Ikat Wanita Warga Emas Sebelum Samun Pdrmsia Polisjohor

Pukul Ikat Wanita Warga Emas Sebelum Samun Pdrmsia Polisjohor

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 191 hits
JOHOR BAHRU Seorang wanita warga emas diperlakukan dengan kejam apabila dipukul diikat pada kerusi dan disamun di rumahnya diJalan Sultan Ibrahim di sini 22 Ogos lalu Kejadian itu berlaku pada pukul 5 pagi ketika mangsa 63 yang tinggal seor...
Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Tolak Autopsi Keluarga Bawa Jenazah Anggota Polres Manado Bunuh Diri Ke Sulut



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Le Costil House Renovation By Anatomies D Architecture In Normandy France

Melawat Abang Di Asrama

Tular Gambar Di Atas Pelamin Berpegang Tangan Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain

When Will Govt Stop Abusing Cma Abolish Sedition Act Chegubard S Lawyer

Only Challenge Is Ensuring Voters Return For Polls Says Pang

Sultan Mizan Suggests Implementation Of Vertical Farming In Terengganu