Rebat Rm200 Untuk Peti Sejuk Penyaman Udara Cekap Tenaga


(Gambar Bernama) PUTRAJAYA: Isi rumah yang membeli peti sejuk dan penyaman udara cekap tenaga pada tahun ini akan diberi e-rebat RM200 di bawah program Sustainability Achieved via Energy Efficiency (SAVE) 2.0.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pemberian e-rebat dengan peruntukan RM30 juta itu diluluskan dalam Belanjawan 2021 dan dijangka memanfaatkan 150,000 isi rumah.
Menurut beliau pemberian e-rebat itu melibatkan pembelian peti sejuk dan penyaman udara cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang buatan tempatan atau yang dikilangkan dan mendapat persijilan SIRIM atau setara dengannya di Malaysia.
“Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi setiap pembelian penyaman udara atau peti sejuk dalam tahun 2021 atau sehingga kuota habis, yang mana terdahulu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program SAVE 2.0, di sini, hari ini.
Shamsul Anuar berkata pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar dengan syarikat utiliti elektrik seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power, layak memohon.
Pemohon boleh mendapatkan e-rebat melalui dua kaedah iaitu dengan membawa bil elektrik terkini untuk membuat pembelian secara fizikal di kedai elektrik atau pasar raya berdaftar di bawah Program SAVE 2.0 atau memohon e-rebat dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf, katanya.
“Bagi pembelian secara dalam talian, permohonan e-rebat melalui Shopee Malaysia telah dibuka mulai 1 Jan 2021 manakala e-rebat melalui pembelian secara fizikal boleh dinikmati bermula hari ini (7 Jan),” katanya.
Shamsul Anuar menyarankan pembeli supaya merujuk panduan senarai kelengkapan elektrik dan harga rujukan (RPP) melalui laman sesawang rasmi di www.saveenergy.gov.my sebelum membuat pembelian, serta membuat perbandingan harga bagi mendapatkan harga terbaik dan kos efektif.
Beliau berkata program SAVE 2.0 menggalakkan pengguna mengamalkan amalan cekap tenaga sekali gus menyumbang kepada penjimatan penggunaan tenaga dan bil elektrik serta menyokong aspirasi kerajaan dalam proses pengalakkan insiatif penjimatan dan kecekapan tenaga, rendah karbon dan tenaga lestari.
“Kerajaan menyasarkan penjimatan tenaga yang bersamaan dengan RM22.26 juta serta pengurangan pelepasan karbon sebanyak 39,164 tan setiap tahun atau 56,430 bilangan anak pokok yang perlu ditanam selama 10 tahun untuk menyerap karbon tersebut,” katanya.
The post Rebat RM200 untuk peti sejuk, penyaman udara cekap tenaga appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/08/rebat-rm200-untuk-peti-sejuk-penyaman-udara-cekap-tenaga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Save 2 0 Pemberian E Rebat Rm200 Tutorial Untuk Tebus Baucar

Program Save 2 0 Pemberian E Rebat Rm200 Tutorial Untuk Tebus Baucar

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 370 hits
APA ITU PROGRAM SAVE 2 0 Program SAVE 2 0 adalah pemberian e rebat kepada isi rumah yang ingin membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 bintang atau
Lg Melancarkan Peti Sejuk Instaview Dengan Pintu Yang Boleh Dibuka Dengan Arahan Suara

Lg Melancarkan Peti Sejuk Instaview Dengan Pintu Yang Boleh Dibuka Dengan Arahan Suara

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 293 hits
Dalam filem klasik Ali Baba Bujang Lapuk pintu gua penyamun boleh dibuka dengan menyanyikan 8220 niat insong mata kaji semar inseng 8220 Teknologi purbakala ini masih belum digunakan di rumah Tetapi LG mempunyai teknologi yang hampir sama u...
Kisah Peti Sejuk Baru

Kisah Peti Sejuk Baru

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 407 hits
Assalamualaikum SAMBUNGAN dari kisah dan nak jugaklah tulis kat blog kita untuk ingatan akan datang Blog ni kan macam diari jugak bila kita baca balik barulah teringat sesuatu peristiwa Kadang kadang macam oh oh ini ke yang jadi masa tu bil...
Baucar Rm200 Untuk Beli Barang Elektrik Jimat Tenaga Mohon Sekarang

Baucar Rm200 Untuk Beli Barang Elektrik Jimat Tenaga Mohon Sekarang

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 474 hits
Bermula 1 Januari 2021 kerajaan menyediakan sejumlah RM30 Juta untuk warganegara Malaysia dalam meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan barangan jimat elektrik atau cekap tenaga Kerajaan menjangkakan sebanyak 140 000 isi rumah bakal mene...
Jangan Guna Kelengkapan Elektrik Terendam Air Suruhanjaya Tenaga

Jangan Guna Kelengkapan Elektrik Terendam Air Suruhanjaya Tenaga

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 324 hits
BernamaST menyarankan penghuni menyimpan kelengkapan elektrik di tempat tinggi dan selamat daripada ditenggelami atau terkena air banjir Suruhanjaya Tenaga PUTRAJAYA Suruhanjaya Tenaga menasihati orang ramai agar tidak menggunakan kelengkap...
Pasaran Automobil Tenaga Alternatif China Buka Peluang Baharu

Pasaran Automobil Tenaga Alternatif China Buka Peluang Baharu

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 287 hits
Pasaran automobil tenaga alternatif China buka peluang baharu Dikemas kini 3 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Jan 2021 11 30P
Ipt Digesa Tambah Tenaga Pengajar Untuk Pendigitalan Pendidikan

Ipt Digesa Tambah Tenaga Pengajar Untuk Pendigitalan Pendidikan

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 247 hits
Noraini Ahmad berkata 1 2 juta pelajar termasuk 130 000 pelajar antarabangsa terkesan susulan pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan seperti biasa susulan penularan Covid 19 PETALING JAYA Kementerian Pengajian Tinggi menyeru ins...
Seronok Bila Si Kecil Suka Membaca Ini Aktiviti Mudah Bantu Si Kecil Mama Cekap Membaca

Seronok Bila Si Kecil Suka Membaca Ini Aktiviti Mudah Bantu Si Kecil Mama Cekap Membaca

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 216 hits
Sukanya ibu dan ayah kalau ada anak anak yang sedari kecil dah boleh membaca Sebenarnya kalau nak anak cekap membaca tidak semestinya hanya dengan latihan membaca sahaja Menurut Puan Siti Aisyah Rozalli Terapis Cara Kerja di Gym Academy ibu...
Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Momen Pakcik Pakcik Lepak Sambut Hari Lahir Bersama Rakan Runtun Hati Ramai

Hujan Demi Lencana Di Dada Chord

Jojo Ends Skid With Brutal Two Minute Tko In Bangkok

Bersatu Is Most Inclusive Party In Malaysian Political History Not Just For Malays Says Hamzah Zainudin

Some Malaysians Don T See Utusan Malaysia Erred In Describing World Champ Ee Wei Tomboy