Realme Buds Air Wireless Earphone Terbaik
Realme kini telah melancarkan aksesori earphone tanpa wayar mereka sendiri yang diberi nama Realme Buds Air. Dengan design ringkas, jenis TWS, dan harga yang mampu milik, adakah Buds Air mampu diangkat sebagai wireless earphones terbaik?
Ia merupakan wireless earphones pertama dari Realme, malah terbina dengan fungsi wireless charging. Nak tahu apa lagi spesfikasi Buds Air? Teruskan membaca artikel ini.
Spesifikasi Realme Buds Air
Cip R1
Terbina dengan Cip R1yang terkini dan Bluetooth 5.0 iaitu penyambungan pantas, audio yang stabil, jangka hayat bateri yang lebih lama, 'smart controls', dan pengecasan tanpa wayar.
Teknologi ENC atau 'Enviroment Noise Cancellation' juga sangat membantu dalam memastikan pengguna tidak diganggu dengan bunyi persekitaran semasa mendengar lagu.
Wireless charging
Earphones ini hadir dengan pengecasan tanpa wayar. Dengan hanya meletakkan pod pengecas di atas 10W Wireless Charger, ia mampu mengecas peranti seperti biasa.
Walau bagaimanapun, 10W Wireless Charger dijual secara berasingan.
Rekaan
Tidak mengejutkan yang rekaan Buds Air ini mirip Apple AirPods. Ini kerana AirPods adalah wireless headphones paling laris dan berkualiti di pasaran. Meniru rekaan dari jenama lain sudah lama diamalkan di dalam arena ini. So, calm down.
On the bright sight, orang akan sangka yang anda sedang memakai AirPods walhal anda hanya menggunakan peranti yang lebih murah.
Rekaan ringkas, melengkung, dan sesuai untuk semua golongan. Ia juga direka padan dengan semua jenis telinga. tidak mudah tercabut walaupun ketika melakukan aktiviti fizikal seperti berjogging.
Smart In-ear Detection
Salah satu spesifkasi menarik Buds Air adalah sokongan Smart In-ear Detection. Ia merupakan sensor yang mampu mengesan sekiranya ia dipakai. Jika anda cabut satu earphone dari telinga, muzik akan dihentikan secara automatik. Muzik disambung semula sebaik earphone dipakai.
So you won't miss anything from your favorite song.
Fungsi touch control
Double click - Menjawab, play/pause muzikTriple click - Skip ke lagu seterusnyaLong press on one side - Menyeru Google Assistant / mematikan panggilanLong press on both sides - Masuk dan keluar dari Gaming mode
Gaming mode
Ya, Realme Buds Air turut menyokong gaming mode. Agak tidak selesa untuk bermain permainan video sekiranya menggunakan earphones berwayar. Dengan Buds Air, anda hanya perlu tekan lama pada kedua belah earphones untuk mengaktifkan gaming mode.
Anda boleh bermain game dengan selesa dan mendengar bunyi yang jelas tanpa delay.
Ketahanan bateri
Hadir dengan bateri 400 mA. Ia mampu bertahan selama 17 jam secara berterusan jika anda menetapkan voluma pada 50%.
Berbaloilah untuk penggunaan sederhana kan?
Artikel berkaitan:
- Xiaomi Air Dots di Lazada Rm69
- BOSE Soundsport Review
Kualiti audio
Nah, aspek paling pentng dalam sebuah peranti audio. Buds Air menghasilkan bunyi yang berkualiti. Anda mampu mendengar audio yang jelas dan bass yang mengagumkan dengan bantuan 12 mm bass booster.
Tidak menghasilkan audio terbaik, tetapi dengan harga yang ditawarkan dan kualiti bunyi sebegini anda akan berpuas hati dan wajar diberi pujian.
Tiga pilihan warna
Buds Air hadir dengan tiga pilihan warna iaitu putih, hitam, dan kuning. Tiga variasi warna ini memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. Warna putih terlalu common. Biarpun lebih bergaya, putih lebih cepat kotor dan akan meninggalkan kesan kekuningan jika digunakan untuk jangka masa panjang.
Warna kuning pula untuk mereka yang mahukan kelainan. Malah lebih menyerlah selain ia adalah warna rasmi Realme sendiri.
Cara pair Buds Air ke telefon
Buka pod pengecasTekan butang pada pod pengecas selama tiga saat sehingga keluar lampu hijauBuka bluetooth pada telefon, dan pilih 'Realme Buds Air'.
Kelebihan
Sambungan yang stabilKualiti audio, bass yang jelas dan berkualitiMenyokong gaming modeUSB Type - CWireless chargingSmart controlBoleh dipadankan dengan semua telefon pintarNoise cancelling
Kekurangan
Kotak/pod pengecas menggunakan plastik yang tampak murahTidak kalis air
Realme Buds Air Shopee
Harga Buds Air di Malaysia adalah pada RM299. Namun, bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya pada harga RM199 pada 21 Januari 2020 sahaja melalui Shopee.
Murah bukan? Kalau nak harga murah boleh beli di Shopee pada 21hb nanti. Beli dengan pengedar sah (Realme Official Store) untuk mendapatkan warranty selama 1 tahun. Boleh beli DI SINI.
Adakah Buds Air ini the best bluetooth earphones? Tidak. Tetapi dengan harga mampu milik ini anda boleh menikmati audio berkualiti dan sejumlah ciri menarik yang ada pada earphone premium yang lain.
Maklumat lanjut layari - https://www.realme.com/my/realme-buds-air
Artikel ini bukan sponsored post, tetapi ditulis untuk berkongsi tentang kehebatan Realme Buds Air. Jika anda pernah membaca blog ini, you would know how much I love earphones and Oppo. Realme, if you are reading..... *wink*
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nikkhazami.com/2020/01/realme-buds-air-wireless-earphone-terbaik.html