Realme Book Laptop Sesuai Untuk Student
Rasanya ramai yang dah tahu yang pengeluar telefon terkemuka, realme, telah keluarkan laptop pertama mereka iaitu realme Book. Laptop ini berprestasi tinggi, nipis, ringan, dan merupakan laptop sesuai untuk student yang mahukan peranti berspesifikasi padu untuk kegunaan jangka masa panjang.
Biarpun ini adalah laptop pertama mereka, realme is not messing around. Bukan laptop cikai tau, tapi penuh dengan specs power setanding dengan jenama lain di pasaran.
realme Book hadir dengan dua varian iaitu:
i3 (8+256GB) RM 2,999 | RM 2,499 pada 27 Ogos 2021 (Link Shopee)
i5 (8+512GB) RM 3,499 (Link Shopee)
Perbezaan antara varian i3 & i5 adalah dari segi cip pemprosesan, kad grafik, dan storan. i3 dikategorikan sebagai laptop terbaik bawah RM3000. Manakala, i5 lebih berkuasa untuk handle kerja-kerja berat dan gaming. Jom ketahui antara spesifikasi lain yang ada pada realme Book.
Skrin
Dari paparan, ia menggunakan 2K Full Vision, IPS LCD 14 inci, sRGB Color Gamut, dengan resolusi 2160x1440. Bingkai nipis dengan ratio 3:2. Ini membolehkan visual lebih sharp dan pixel density lebih tinggi berbanding laptop berskrin HD lain di pasaran.
Selain itu, kecerahan skrin juga amat baik untuk kegunaan indoor dan outdoor. So kalau anda nak bawah sinaran matahari seperti di coffee house, memang tak ada masalah langsung.
Cip pemprosesan
i3 di jana dengan 11th Gen Intel® Core™ i3-1115G4 Processor amat lancar untuk kegunaan harian seperti buat kerja pejabat, assignment, light gaming, edit gambar, menonton filem, dan uruskan bisnes Shopee. Sebab itulah realme Book ni adalah antara laptop terbaik untuk pelajar 2021.
i5 pula hadir dengan 11th Gen Intel® Core™ i5-1135G7 Processor yang lebih berkuasa. Ideal untuk mereka yang berbajet besar, golongan profesional, nak handle tugasan multimedia berat dalam satu masa. Boleh main game, tapi tidak digalakkan untuk hardcore gaming.
Storan
Dari segi storan pula, anda akan menikmati kelancaran PCIe SSD Storage dengan saiz i3 | 256GB dan i5 | 512GB. Seperti yang kita tahu, SSD ni berkali-kali lebih laju berbanding HDD. Anda juga boleh upgrade pada bila-bila masa sahaja.
Kad grafik
i5 dipadankan dengan kad grafik Intel Iris Xᵉ Graphics yang cukup berkuasa. Ia sesaui untuk kegunaan berat seperti edit video, kerja-kerja multimedia, dan gaming. Bagaimanapun, ia bukanlah direka untuk hardcore gaming ya.
Artikel berkaitan:
+ Tips Beli Laptop Untuk Student
+ 7 Laptop Terbaik Untuk Student 2021
+ Plextone G20 Review
+ Handphone Murah Bawah RM500 2021
Design
Jelas, realme book tampak premium dengan binaan aluminium aloy. Ringan dan nipis. Ia cuma 1.38 kg dan ketebalan 14.9mm. Bahkan variasi warna silver dan blue ini kelihatan sleek dan elegan.
Kelebihan realme Book
Fingerprint scanner yang responsifSpeaker HARMAN Dwi mikrofon yang sokong noise cancelling. Sesuai untuk sesi PdPR, Zoom meeting, dll. Hadir dengan Windows 10, sedia untuk dinaik taraf kepadan Windows 11Port Thunderbolt 4 bagi varian i5
Dengan spesifikasi mantap di atas, jelas bahawa realme Book bukan sekadar melengkapkan peranti mereka. Tetapi ia hadir dengan spesifikasi luar dan dalam yang padu! Ia adalah laptop sesuai untuk student, pengguna sederhana, dan golongan profesional!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nikkhazami.com/2021/08/realme-book-laptop-sesuai-untuk-student.html