Realiti Sebenar Gaji Lumayan Pemain Bola Sepak Profesional


Apabila disebut 'pemain bola sepak professional' - gambaran yang akan ada dalam minda kita adalah pemain-pemain yang hidup dengan mewah serta memiliki kenderaan-kenderaan yang sukar dimiliki pihak lain, bagaimanapun realitinya tidaklah seindah yang dikatakan, kerana bagi majoriti pemain lain - mereka sebenarnya berdepan realiti yang berbeza dengan apa yang kerap kali dijual dalam kaca televisyen.

Ronaldo

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh badan persatuan pemain bola sepak seluruh dunia iaitu FIFPro melibatkan lebih 14,000 orang pemain dari lebih 54 buah negara pada tahun 2016, mendapati hampir 60 peratus pemain sebenarnya menerima pendapatan bulanan dibawah RM8316.

Apa yang lebih menyedihkan, 4 daripada 10 pemain pernah atau sedang mengalami masalah pembayaran gaji, dalam tempoh dua tahun karier mereka sebelum kajian dilakukan.

Perkara ini diburukkan lagi dengan keenganan sesetengah untuk percaya terlalu banyak kelab bola sepak di seluruh dunia, sebenarnya enggan menghormati perjanjian kontrak kelab dengan pemain yang mengikat kontrak dengan mereka.

Kajian yang membuka mata dunia

Kajian itu yang dilakukan dengan kerjasama University of Manchester, merangkumi kebanyakan negara di Eropah, benua Amerika dan Afrika termasuklah beberapa negara kuasa besar bola sepak dunia, seperti England dan Sepanyol.

Dari aspek pendapatan, berbanding dengan imej yang selalu ditayangkan - 40.3 peratus pemain menerima pendapatan bawah RM8316, 14.5 peratus menerima gaji di antara RM4158 hingga RM8316, 24.6 peratus pada tahap RM1247 hingga RM4158 dan yang mengejutkan, 20.6 peratus menerima gaji bawah RM1246 sebulan.

41 peratus mengaku mereka pernah mengalami kelambatan penerimaan gaji secara purata, sementara di beberapa negara yang liganya agak terkenal seperti Turki; 75 peratus memaklumkan kelab pernah menangguhkan pembayaran gaji pemain.

Hidup pemain sebenarnya berisiko

Dalam aspek masalah fizikal yang dihadapi, 51 peratus pemain melaporkan mereka pernah diserang oleh penyokong, sama ada penyokong sendiri ataupun penyokong lawan.

Jumlah ini agak membimbangkan kerana sifat fanatik peminat serta penyokong agak menakutkan bagi sukan bola sepak.

25 peratus mengaku pernah diserang pemain lain dan 12 peratus pernah diserang oleh jurulatih atau pegawai pasukan.

Liga manakah yang mempunyai penyokong paling ganas dalam kajian?

Pemain-pemain dari Republik Congo melaporkan insiden keganasan paling tinggi melibatkan ancaman keganasan atau ancaman mental, dilakukan oleh penyokong pada hari perlawanan.

Agak mengejutkan juga apabila laporan itu menyebut liga Scotland berada di tempat kedua, Brazil di tempat kelima dan Itali di tempat ke enam - walaupun Itali mempunyai reputasi masalah peminat fanatik ultras yang terkenal di seluruh dunia.

Pemain-pemain di Itali melaporkan kes keganasan paling tinggi melibatkan penyokong di luar waktu permainan, dengan 24 peratus daripada pemain yang menyertai kajian melaporkan pernah diganggu atau diserang, semasa menjalani hidup seperti biasa.

Masa depan yang terumbang-ambing

Sesuatu fenomena yang lebih membimbangkan, kelab-kelab bola sepak juga dilihat mengambil kesempatan ke atas pemain.

Secara purata, kontrak pemain dengan kelab hanya mempunyai durasi sepanjang 22 bulan. 8 peratus pemain pula mengakui mereka tidak punya kontrak walaupun mereka merupakan pemain kelab itu.

29 peratus pemain pula memberitahu mereka pernah dipaksa untuk bertukar kelab, tanpa persetujuan mereka dan pemain pula tidak diberikan sebarang suara dalam menentukan hala tuju sendiri.

Kami sudah melaporkan bagaimana kapten pasukan Croatia dan pemain terbaik dunia 2018, Luka Modric dijadikan alat percaturan individu-individu berkuasa dalam arena bola sepak Croatia untuk menjana keuntungan mudah.

Perkara itu nyata sekali jelas berlaku dalam budaya bola sepak Croatia sendiri apabila 90 peratus pemain-pemain dari negara tersebut mengakui kontrak mereka dengan kelab masing-masing diadakan dengan berat sebelah, meletakkan pemain sebagai 'pekerja sambilan' sehingga tidak melayakkan pemain di liga-liga mereka mendapat perlindungan sepatutnya.

Begitulah serba sedikit gambaran statistik realiti sebenar hidup seorang pemain bola sepak di seluruh dunia.

Kita hanya nampak pemain yang kaya, sehingga menjadikan ada di antara kita mahu anak-anak kita membesar sebagai seorang pemain bola sepak professional.

Mahukah anda membenarkan anak-anak anda menjadi seorang pemain bola sepak profesional sekiranya secara statistiknya - hanya 2 peratus daripada jumlah semua pemain yang diselidiki - menerima gaji lebih RM2.99 juta setahun atau RM242 ribu sebulan.

2 peratus sahaja, tetapi kita kerap menjadikan 2 peratus ini seakan gambaran mewakili semua.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Rahsia Kejayaan Bola Sepak Iceland Di Peringkat Dunia!Matlan Marjan, Lagenda Bola Sepak Sabah Yang Dihukum 'Mati'
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/03/realiti-sebenar-gaji-lumayan-pemain-bola-sepak-profesional.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
23 Senarai Pemain Bola Sepak Kebangsaan Bawah 23 Tahun 2020 Galas Cabaran Negara

23 Senarai Pemain Bola Sepak Kebangsaan Bawah 23 Tahun 2020 Galas Cabaran Negara

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 1464 hits
Pengendali skuad bawah 23 tahun negara Datuk Ong Kim Swee telah memuktamadkan senarai 23 pemain yang akan membawa cabaran negara di Kelayakan Kejuaraan B 23 Konfederasi Bola Sepak Asia 2020 dari 22 hingga 26 Mac ini Senarai 23 Pemain Malays...
Persatuan Bola Sepak Perlis Saman Bekas Presiden Rm3 Juta

Persatuan Bola Sepak Perlis Saman Bekas Presiden Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 297 hits
Persatuan Bola Sepak Perlis saman bekas presiden RM3 juta Dikemas kini 23 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 28 Mar 2019
Liga Bola Sepak Malaysia Saman Telekom Malaysia

Liga Bola Sepak Malaysia Saman Telekom Malaysia

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 379 hits
KUALA LUMPUR Liga Bola Sepak Malaysia mengambil tindakan undang undang terhadap Telekom Malaysia dengan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung pelanggaran kontrak penajaan oleh syarikat telekomunikasi itu kerana gagal me...
Bola Sepak Satukan Pemuda Pas Umno Larut

Bola Sepak Satukan Pemuda Pas Umno Larut

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 407 hits
ALI IRFANILARUT Pemuda PAS Kawasan dan Pemuda Umno Bahagian menzahirkan hubungan mereka untuk mengembleng kesatuan anak muda dalam Parlimen Larut menerusi perlawanan persahabatan bola sepak yang diadakan di Kubu Gajah di sini semalam Ternya...
Al Sultan Abdullah Tokoh Inspirasi Bola Sepak Malaysia Asia

Al Sultan Abdullah Tokoh Inspirasi Bola Sepak Malaysia Asia

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa menyifatkan Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sebagai tokoh yang memberi inspirasi terhadap kemajuan bola sepak di Malaysia dan Asia...
Jamal Nasir Mahu Bojan Hodak Dihukum Kerana Mengkritik Sistem Bola Sepak Malaysia

Jamal Nasir Mahu Bojan Hodak Dihukum Kerana Mengkritik Sistem Bola Sepak Malaysia

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 261 hits
Gara gara kerana kritikan pedasnya terhadap sistem bola sepak negara selepas kegagalan skuad Malaysia B 19 dalam saingan Piala Sanix di Jepun baru baru ini pengendali skuad tersebut iaitu Bojan Hodak diminta menulis surat tunjuk sebab kepad...
Tidak Profesional Nadiyah Shahab Dedah Sikap Sebenar Zizan Razak

Tidak Profesional Nadiyah Shahab Dedah Sikap Sebenar Zizan Razak

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 509 hits
Pelakon Nadiyah Shahab mengakui pengalaman berlakon bersama aktor Zizan Razak merupakan sesuatu perkara yang sukar dilupakan bagi dirinya Menurut Nadiyah perwatakan Zizan yang kelakar dan sering menukar dialog pada saat akhir membuatkan dia...
Video Lihat Pemain Remaja Galatasaray Ini Sengaja Sepak Penalti Keluar Demi Fairplay

Video Lihat Pemain Remaja Galatasaray Ini Sengaja Sepak Penalti Keluar Demi Fairplay

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 304 hits
Dalam satu aksi bola sepak remaja di antara Galatsaray dan Istanbulspor satu aksi semangat kesukanan yang sejati dipamerkan Beknaz Almazbekov merupakan kapten pasukan B 14 Galatasaray Beliau telah dijatuhkan di luar kotak penalti Kontak itu...
Tular Rakaman Mohamed Salah Dicerca Agama Islam Dihina Ketika Perlawanan Bola Sepak

Tular Rakaman Mohamed Salah Dicerca Agama Islam Dihina Ketika Perlawanan Bola Sepak

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 378 hits
Kelab Liga Perdana Inggeris West Ham melakukan siasatan selepas tular video seorang peminat memaki hamun penyerang Liverpool Mohamed Salah dengan kata kata jelek ketika perlawanan seri 1 1 di Stadium London kelmarin Perbuatan menghina penye...
Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akademik Etiqa

Sardin Pertima Keluaran Bumiputera

Kaedah Penanaman Durian Yang Betul

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Imam Abu Dawud Lunakkan Hadits Seperti Nabi Daud Lunakkan Besi

Kerjaya Virtual Assistant Flexi Dan Menguntungkan Untuk Newbie Yang Nak Mula