Raya 2022 Bersama Suami




assalamualaikum rakyat jelata KD. weyh, betul lah. aku tak ada masa langsung nak menulis. aku lebih sibuk susun jadual balik kerja nak masak, mandi, makan, layan suami, tengok tv, scroll tiktok, tidur, bangun, pergi kerja. ulang sampai abang jamil meninggal.
entah. mungkin aku masih baru nak belajar terima jadual kehidupan selepas bergelar isteri. walaupun kalau ikutkan aku dah menjalani kehidupan sebagai isteri selama 7 bulan. sekejap je kan masa berlalu. macam baru semalam suami aku lafazkan akad, dan aku sedang goyang - goyang kerusi macam tak boleh duduk diam sementara nak menunggu "sah...". 


Raya di Kuantan

disebabkkan dah 2 tahun tak dapat balik kampung mak, keluarga aku semuanya beraya di kuantan. kalau ikutkan, aku raya belah suami lah kan? tapi mak aku pujuk iwan, suruh raya di kuantan. lagipun orang belah sana belum ada yang pernah tengok suami aku. masa nikah dan majlis kahwin haritu, ada sedara yang tak ada. 
atas ihsan suami, dapatlah aku  berkumpul di kuantan bersama keluarga payah juga ya selepas kahwin ni. suami dan isteri. keduanya masih beribu dan berbapa. ibu dan bapa kita ada kampung masing - masing. kalau ikut logik, ketika raya mesti kita akan pulang berkumpul di kampung halaman rumah nenek atuk (belah ayah atau belah emak). 



bila dah kawin ni, lagi - lagi bila isu raya giliran siapa. dua - dua mak ayah berharap, anak nya ada dikampung. mak ayah suami mengharapkan anaknya ada disisi. begitu juga mak ayah isteri. macam zaman solo. mak ayah balik kampung, mesti muka kita ada sekali. HAHAH. aku cakap dengan mak aku macam ni "kalau macam tu tak payah kahwin la. boleh follow rapat dekat belakang."
ni kejap lagi sambut raya haji, mesti aku kena menjawab lagi. letih. kang aku duduk rumah je kang. tak payah pergi mana mana. terasa macam belum jadi isteri dan terasa macam masih anak kecil yang perlu menyendeng - nyendeng ke mana hala mak ayah aku pergi. kalau tak pergi kena bebel sebakul. aduh pening. hahahha

Raya Terkejut

raya di kuantan tak berapa meriah. ingat kan semua ada disana, tapi sebabkan raya mengejut. ada yang tak boleh nak balik waktu itu juga. ada yang terpaksa menyiapkan tempahan dan sebagainya. dan setiap tahun pastinya, salam raya akan bermula jam 12 / 1 petang. HAHAH. 
pagi tu walaupun semua orang dah bangun awal, lelaki akan menakluki bilik air untuk mandi berkejaran pergi sembahyang raya. perempuan pula, akan awal - awal nya menyiapkan hidangan dan sarapan untuk lelaki dan seisi rumah. termasuk juga menyiapkan anak kecil, mandi untuk diri sendiri dan mekap paling penting. sudahnya semua kelaut. hahahaa. namun salam raya tetap diteruskan dengan baju yang berpeluh. 
kemudian akan habiskan masa dengan beraya rumah jiran terdekat. 
aku bertolak ke kuantan pada bulan puasa. yang tiba - tiba kecoh di whatsapp mengatakan esok raya. baru ingat, esok nak berbuka bersama keluarga. sudahnya esok dah raya. selamatlah baju semua dah siap iron tak ada apa nak dikejarkan sangat. paling best tak payah pening nak iron baju orang lain hahahhaha. itu terpaling utama


hari raya pertama dikuantan, tiada apa sangat aktivitinya. selepas salam raya, rehat sebentar. kemudian bersiar - siar di bandar kuantan habiskan masa yang ada. ke east cost mall, pantai teluk cempedak, makan mcd, hujan, dan pulang ke rumah nenek semula


tengok lah perangai baby gajah ni hahah ,geram je aku

aku beraya di kuantan selama 1 hari setengah sahaja. esoknya, selepas bersiap - siap. semua keluarga dirumah berangkat ke rumah paksu untuk makan - makan (rumah terbuka). selepas makan, ,aku dan suami aku bergerak ke melaka pula untuk beraya dikampung suami

Raya di Melaka
raya di melaka ni, sama macam raya dikuantan. rakyatnya memang ramai. kalau menunggu / bersiap lama sampai kena sidai tu benda biasa. jadi rilek jela. hahaha. kalau macam keluarga blah mak aku, dorang macam maleh nak bergambar. mungkin sebab ramai anak kecik lagi. macam keluarga blah iwan, lambat tak lambat. gambar wajib ada. hahahaha. itu yang kita mahu

aku tidur dekat rumah nenek blah mak iwan. tak payah la tanya dekat mana. yang penting melaka. hahaha. rumah paksu aku sendiri pun aku dah lupa, ini kan lagi makcik - makcik nenek iwan. aku ni susah nak mengingat nama tempat. nama orang pun kadang - kadang aku lupa. 
aku baru teringat. aku tak ada gambar raya dengan keluarga blah nenek iwan, mak iwan, dan makcik makcik iwan. alahai. 
Makan dan Makandekat melaka memang lepas makan, makan lagi. raya ketiga tu singgah rumah ucu sekejap. dapat makan nasi impit dengan kuah lontong. weyh sedap. sambal ikan bilis mama cikjue. aduh. haaha. aku teringat - ingat je sambal ikan bilis ni. 

memang semua pandai masak. kenyang aku. dekat sini mengantuk - ngantuk aku. hahahha. 
lepastu bergerak ke rumah nenek sedara. aku lupa nama nya. nek busu. nek busu ni ada 2. nek busu yang ni aku tak pernah jumpa. gambar nya ada dekat bawah. 

nek busu lagi satu, aku dah pernah jumpa dua tiga kali kot. tapi nek busu apa tah panggilannya hahaha. aduh lupaaa. yang tu tak ada gambar sebab aku gerak awal. terus pergi rumah cousin iwan kot. jumpa cousin - cousin yang lain. lepak - lepak lepastu plan pergi berjimba. 
tengok wayang dekat dataran pahlawan. rasanya la ~ ahahha. tak sangka terserempak dengan ayah dan mama dekat sana. kita semua tengok cerita yang sama, bezanya waktu cerita ditayangkan. mama dengan ayah tayangan bermula jam 10.50pm macam tu. 
aku, iwan dan cousin yang lain. tayangan bermula jam 11pm. tengok cerita apa eh ah lupa. tak bergambar dengan tiket. aku sekarang maleh nak bergambar sebab 'kurus' dah. hahaha

ingatkan habis tengok wayang boleh la mengopi. rupanya banyak pulak kedai tutup. lepak mamak kena sidai. mamak ke india ke tak tahu la. tapi kedainya kotor dan sangat lambat. alih - alih jam 3.30 macam tu, iwan ajak gerak balik kuala lumpur. 
3.30 pagi guys. hahaha. akan ada sambungannya nanti ~ tunggu jelah bila. hahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2022/06/raya-2022-bersama-suami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raya Team Ict 2022

Raya Team Ict 2022

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 293 hits
dah 2 tahun jugak la kami team ict tak buat open house department sebab pendamik kan so tahun ni kami all out la tapi best nya bukan ict team je buat boleh dikatakan semua department buat dan kami kunjung mengunjung satu hari tak bukak pc h...
Suasana Pekan Raya Jakarta 2022 Di Hari Pertama Pembukaan

Suasana Pekan Raya Jakarta 2022 Di Hari Pertama Pembukaan

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 159 hits
Suasana Pekan Raya Jakarta 2022 di Hari Pertama Pembukaan Pekan Raya Jakarta atau Jakarta Fair 2022 akan berlangsung mulai tanggal 9 Juni hingga 17 Juli 2022
Rumah Terbuka Hari Raya Pulai Springs Resort 2022

Rumah Terbuka Hari Raya Pulai Springs Resort 2022

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 191 hits
Assalamualaikum wbtSEMAKIN Penghujung Syawal ni nampaknya makin meriah Jemputan Rumah Terbuka Hari yang sama Sk sempat hadir ke Pulai Springs Resort bagi memenuhi jemputan rakan korporat media Charlotte Masih ingat lagi kemeriahan pada tahu...
Potluck Raya Jdt Blogger Untuk Tahun 2022

Potluck Raya Jdt Blogger Untuk Tahun 2022

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 331 hits
Potluck Raya JDT Blogger Untuk Tahun 2022 Entry yang lama dah diperam akhirnya menonjolkan diri Itupun sebab nak ambil mood bercerita di lain entry Potluck raya yang last JDT Blogger buat adalah di Teratak Sis Lin Itu pun tahun 2018 Masa tu...
Pelan Dagangan Untuk Eurusd Pada 30 Mei 2022

Pelan Dagangan Untuk Eurusd Pada 30 Mei 2022

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 182 hits
Tinjauan teknikal EURUSD telah meningkat melalui 1 0755 sehingga kini pada hari Isnin Pasangan mata wang tunggal mungkin mencuba satu lagi tahap tinggi di atas 1 0765 yang telah didaftarkan sepanjang minggu lepas Perbezaan penurunan harga m...
Ini Cara Mudah Mohon Bina Rumah Mesra Rakyat Tahun 2022

Ini Cara Mudah Mohon Bina Rumah Mesra Rakyat Tahun 2022

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 284 hits
Syarikat Perumahan Negara Berhada merupakan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Ker...
29 Syawal Tahun 2022 Masihi

29 Syawal Tahun 2022 Masihi

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 286 hits
Assalammualaikum Dunia Alhamdulillah semua insan bergumbira dihari raya tahun 2022 Masihi Kejadian selepas pengumuman RayaLast puasa memang masak rendang sebab esok baru nak balik kampung kan lemang tue beliMalam raya rebus ketupat Walau pu...
Bidadari 2022 Munif Hijjaz

Bidadari 2022 Munif Hijjaz

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 294 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan rakan blogger Pada hari ini Naim akan share satu lagi lagu dari Ustaz Munif Hijjaz yang bertajuk Bidadari 2022 Siapa tak kenal Ustaz Munif merupakan vokalis kumpulan nasyid terkenal k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba